Thursday, March 14, 2013

Warung Perigi Corner, Bukit Cina, Melaka

Warung Perigi Corner

I'm in Malacca at the moment. Balik Melaka sebab nak bawa & temankan my dad untuk check up mata and if possible undergo minor eye surgery untuk buang selaput pada mata. Woke up early tadi then after leaving the hospital, selain mengantuk, perut plak lapar so nak tak nak kena la cari tempat untuk breakfast. Decided untuk pergi ke satu kedai makan ni...namanya Warung Perigi Corner. Sebab apa nama Perigi Corner? Sebab ada perigi depan warung tu. Nak tengok, kena singgah sendiri kat warung ni.

lauk-pauk yang ada...nampak asam pedas tu? asam pedas ikan tenggiri & tetel..

Makcik ni tengah siapkan rojak mee

Rasanya this is my 2nd visit to this warung. Warung Perigi Corner ni yang terletak bersebelahan Bukit Cina sebenarnya dah lama famous dikalangan orang negeri Melaka (mostly area Melaka Tengah). This place is not far from Masjid Al-Azim & Malacca Hospital. Thats why i chose to come here. Specialty kat sini ialah rojak mee ayam. Most people who comes here will usually order rojak mee ayam tu but for me, everytime i come, without fail i will definitely choose to have rice and lauk asam pedas tetel for breakfast. Sedap. Lagipun dah lama sangat tak pekena asam pedas ori Melaka. Tak sama rasa dengan asam pedas Johor.

Rojak Mee dgn ayam goreng

Nasi Putih yang dimakan dgn lauk asam pedas tetel dan ayam goreng


Looking at this warung, it is connected to a house and terletak betul-betul kat tepi jalan. Whenever you come, you have to park kt tepi jalan since there's no parking lot available. Memang dah lumrah kalau sampai je, memang nampak berderet kereta parking so kena la pepandai carik space. Jangan pulak sampai park kereta betul-betul kat simpang or selekoh jalan. Marah pulak orang nanti.

menu yang ada

nyaman dan tak panas



Selain air minuman yang biasa terdapat kat kedai makan atau warung lain, those who come here will usually order air mata kucing for brekfast. Orderlah sama ada nak yang panas atau sejuk.

nampak sign JJCM tu?

Pandai-pandai la park kereta...

While looking here and there, ternampak sign 'Jalan-Jalan Cari Makan' TV3 ada tergantung kat dinding kedai. So, JJCM pun dah pernah sampai ke sini and kiranya tempat ni dah di approved sebagai salah satu kedai makan yang sedap makanannya. Papepun, whoever yang sampai ke Melaka nanti should come here to try and experience sendiri the rojak mee ayam and also asam pedas yang ada. Then you might want to come here again for breakfast.

Map:

Monday, March 11, 2013

Nasi Ayam Penyet Pasar Borong Selangor


Sekarang ni nasi ayam penyet dah jadi makanan feveret especially untuk time lunch dan jugak dinner. Dulu rajin la pergi Restoran Wong Solo...Ayam Penyet Ria...Ayam Penyet AP...tapi sejak ter cuba nasi ayam penyet kat Pasar Borong Selangor, terus tak jenguk dah kedai-kedai tadi tu. Sebabnya...harga lebih murah...selain ayamnya yang digoreng panas bila diorder dan cili (sambal)nya digiling segar. Dekat dengan rumah jugak.

Selain ayam gorang dan sambal, ada jugak tempe dan tauhu goreng serta pucuk ubi yang dijadikan ulam. Disertakan juga sup sebagai penambah rasa. Kombinasi yang cukup simple tetapi to me, sangat sedap dan harganya sangat berpatutan. Hanya RM6.50 sepinggan. Sebab selalu sangat datang, makcik kedai ni pun dah kenal muka. Dia tau dah, asal datang aje mesti nak makan nasi ayam penyet. Konpem tak order makanan lain dah

Pasar Borong Selangor
  
Inilah kedainya...

Kedai ni letaknya paling hujung sekali berdekatan/bertentangan dengan zon sayur kat pasar tu. Bila masuk ke kawasan pasar (lepas bayar seringgit kat pintu masuk), terus belok ke kiri dan drive hingga ke bahagian hujung deret kedai makan yang ada. Kedai ni memang yang paling hujung dan boleh cam dengan kerusi plastiknya yang berwarna kuning.



Dulu kedai ni simple je tapi sekarang nampaknya dah direnovate masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Dah elok bersimen dan susun aturnya nampak kemas. Selain tu, dah ada jugak gerai jual satay...baru je beroperasi so kalau memalam datang ke pasar ni, boleh la pekena satay kat kedai ni. (Belum test lagi so tak boleh nak komen). Waktu malam, selain satay dan ayam penyet, ada juga dijual makanan ala carte seperti nasi goreng, mi goreng etc. 



Pada waktu siang, selain nasi ayam penyet, ada juga dijual nasi putih berlauk...selain tu, bakso pun ada jugak. Tapi, berdasarkan pengamatan akibat selalu sangat datang makan nasi ayam penyet kat sini, mostly nasi ayam penyet lah yang menjadi makanan kegemaran, yang selalu diorder oleh pelanggan yang datang. Kalau diorang tak makan kat sini, diorang bungkus untuk bawak balik makan kat rumah.

Nyum...nyum...
Inilah dianya nasi ayam penyet tu...so, kalau ada sesapa nak test sedap ke tidak, boleh lah datang sendiri ke pasar borong ni pekena nasi ayam penyet ni sambil-sambil shopping barang basah untuk stok dapur....ayam goreng boleh dipilih sama ada nak bahagian dada atau peha...

Map untuk ke Pasar Borong Selangor sebagai panduan kalau takde Global Positioning System (GPS) kat phone atau dalam kereta:





Restoran Mat Ayam Kampung, Neo Cyber, Cyberjaya

Satu lagi kedai makan kat area Neo Cyber yang selalu menjadi serbuan pemakan-pemakan tegar yang laparkan makanan kampung adalah Restoran Mat Ayam Kampung. Restoran Mat Ayam Kampung ni sebenarnya dah ada kat Seri Serdang, bersebelahan dengan Dewan Badminton BSC Sports (kat deret kedai perabot tu). Sebelum-sebelum ni, memang biasa makan kat situ je lepas habis main badminton (kalau kedai tu still belum tutup) and waktu tengahari time hujung minggu. Tapi now dah ada satu lagi cawangan kat Cyberjaya. 


Apa yang best kat kedai ni ialah selain daripada lauk ayam kampung yang digoreng dan dimasak gulai, ada banyak lauk-pauk lain yang boleh dipilih ikut selera si pemakan/pengunjung kedai. Lauk-pauk ni hanya untuk sesi makan tengahari sahaja. Waktu malam takde.

Kalau tak silap, tempoyak kat dalam balang besar tu...kan?
Sabtu lepas, sempat la singgah makan tengahari kat sini atas cadangan Masri tapi sampai agak lambat jugak dalam pukul 2 lebih. Masri plak sampai dalam pukul 3 petang. Luckily, ada banyak lagi lauk-pauk yang available. Selalunya, kedai ni penuh dengan pengunjung pada waktu tengahari. Kalau waktu malam pulak biasanya makanan bergoreng yang dijual macam nasi goreng, mee goreng etc. Belum pernah test makan kat sini time waktu malam. Biasanya waktu malam tak berapa ramai sangat orang sebab kedai ni takde tv and skrin besar untuk orang tengok movie sambil makan-makan. Mungkin kalau dah ada lepas ni, sure jadi port lepak jugak macam D'Sedap Sengoti tu.

Tu...siput sedut...nampak?

Ulam-ulam jugak ada disediakan untuk para penggemar ulam. Cili/cabai pun ada. Kalau nak nampak terer, kunyah la cabai tu...kompem awek kat sebelah akan bertambah kagum melihat keperkasaan insan tersayang hinggakan semakin bertambah kasih sayang jadinya. Jangan lupa stand by tisu siap-siap untuk lap peluh.


Kelihatan ulam dan jugak ayam kampung goreng...

Lauk masak gulai, rendang, sambal..semuanya ada...sotong masak sambal nampak sedap jugak tu...

Sebelah atas semuanya lauk sayur, telur masih, ikan goreng, ikan bakar &ikan masin

 

Ruang lingkup kedai ni jugak agak luas. Banyak meja makan disediakan so mampu menampung kehadiran pelanggan yang ramai yang datang nak makan lauk ayam kampung kat sini. Kalau takde feel nak makan kat dalam, boleh la makan kat sebelah luar yang berbumbung. Kot nak feel romantik gitu...

Kul 3pm pun orang dok mai lagi...selagi lauknya tak abis...ada je orang datang...

Ini la lauk yang sempat diambik hari tu. Nasi putih dengan lauk pilihan ayam kampung masak lemak, tetel masak gulai kawah, kacang panjang dan telur masin. Patutnya ambik lauk ayam kampung je tapi dah ternampak tetel, tak boleh nak tahan sebab dah lama tak pekena tetel so terus angkut masuk dalam pinggan. Semuanya dicampur dengan air teh beng segelas, harga RM10.00 sahaja...oklah tu...

RM10 termasuk Teh Beng...

So, kalau bebila tersampai ke area Cyberjaya tu, boleh la try makan kat sini...directionnya sama macam nak pergi ke Restoran D' Sedap Sengoti sebab kedai ni saling berdepan antara satu sama lain...

Selamat menchoba...

Hock Eng Sports, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

The shop...
Hock Eng Sports is located at Seksyen 15, Bandar Baru Bangi and it is indeed my only favourite sport outlet. Most of the time, if i want to survey new badminton rackets, i will definitely come here than going to other places. The best is, you can simply get the best price/offer for badminton and other products especially when you deal/negotiate with the taukeh/boss when he is around, not to mention, if you are the regular customer here like me. For badminton rackets and other products, amongst the brand available are Carlton, Li Ning, Dunlop, Wilson, Victor, Fleet, Apacs, Babolat and of course Yonex. I just love this shop.

Shuttlecocks...

Badminton shoes...

Shuttlecocks...

Tennis rackets...

Badminton rackets...

Shirts

badminton and tennis bags


Variety of strings...


Customers queuing to pay at the counter

So far, this shop is a well known outlet to those who plays badminton and tennis. And not to forget, Ping Pong too. People will come from far to get here and buy the stuffs that they search for. If you visit internet forum especially on badminton and tennis, you will usually find this shop is discussed among them, mentioned, recommended or suggested to those who seek the sport products. That's why many people choose come here.

Yonex Ads

Yonex Ads

The boss and LCW...

He's a fan of Mawi and Ekin? Oh noo...

Bottom right: The Boss tengah dukung LCW...kau ado?
So, if ada sesapa nak carik reket badminton, beli shuttlecock, kasut or pape lagi barangan berkaitan, cuba singgah ke sini. You won't be dissappointed to see the price offered. Area Seksyen 15 ni tak jauh dari plaza tol Bangi so you can easily reach this shop at any time especially from the PLUS highway.

Address:


Address: 13 GF, Jalan 15/1A, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, 43650
Phone: 03-8922 2273

How to get there:

From Bangi toll, drive straight until u reach the 1st roundabout. Take the road directly in front of you (12 o'clock) until u reach the 2nd roundabout. Upon reaching the 2nd roundabout, u can see NIOSH building and Petronas Station at ur right side.  Make a u-turn at the 2nd roundabout and turn left at the junction after the Petronas Station. There are shop lots there. Then drive straight until u can see Hock Eng Sports at ur left side.

Restoran D' Sedap Sengoti, Neo Cyber, Cyberjaya

Dulu kawasan Cyberjaya ni tak banyak pilihan kedai makan. Ramai yang kerja and belajar kat sini terpaksa la keluar sampai ke Dengkil atau Putrajaya semata-mata nak carik makanan.  Kalau tak, bungkus je makanan siap-siap atau masak sendiri. Tapi sekarang, dah banyak dah area yang dibuka and salah satu area yang banyak kedai makan selain Shaftsbury Square ialah Neo Cyber.


Kat area Neo Cyber ni, ada bermacam jenis kedai makan. Ada kedai mamak, kedai makanan Arab, Tuti Fruti, Restoran Seri Penang, Restoran Mat Ayam Kampung, Dominos Pizza dan banyak lagi. Selalunya kalau datang sini, selain kedai mamak, akan singgah ke satu kedai ni. Restoran D' Sedap Sengoti namanya. Restoran ni letaknya tak jauh dari Tuti Fruti. Selang beberapa kedai je pun. Bertentangan jugak dengan Restoran Mat Ayam Kampung. So, kalau nak dah sampai area kedai-kedai ni, carik la tuti Fruti or Restoran Mat Ayam Kampung.  


Yang bestnya D' Sedap Sengoti ni, selain ada wifi, kedai ni ada banyak jenis makanan. Kalau malam, selain bermacam jenis roti canai, ada bermacam jenis makanan bergoreng (nasi/mee/bihun) selain tom yam, pelbagai sup etc. Western food pun ada. Selain tu, ada jugak cucur udang, lempeng, pengat pisang dan bubur-bubur lain tapi selalunya cepat habis (asal nak order aje, takde..dah habis...asal dah habis je, nak order...) and bila dah habis tu takde top-up (masak yang baru) lagi dah. Tak macam D'Umai Cafe, Putrajaya yang konpem ada semua makanan tu tak kira siang atau malam. Maybe diorang kena take note hal ni sebab tak semua yang datang malam-malam tu nak makan makanan yang heavy. Kalau ada kuih-muih macam cekodok etc dan bubur-bubur tu pun molek jugak sambil minum-minum and borak-borak. Kat luar kedai tu, ada jugak gerai yang jual nasi kukus and ayam kampung goreng.  

Untuk senang cerita pasal menu yang ada kat D' Sedap Sengoti, boleh la tengok gambar kat bawah ni. Malas nak tulis satu-satu.







Kalau ikutkan, menu makanan kat sini tak jauh beza dengan D' Umai Cafe, Putrajaya tu. Tak tau la kalau dua-dua ni asalnya dari company yang sama. 

For me, quite few times jugak la datang makan kat sini and so far, makanan kat sini sedap-sedap belako. Sebab sedap tu la boleh datang lagi dan lagi dan lagi especially kalau rajin nak drive sampai ke area Cyberjaya ni. Yang bestnya kat sini, selain makan, boleh guna wifi and layan movie or game bola kat skrin besar yang ada. 

Kat sblh luar pun ada skrin besar...

Dalam kedai...luas jugak la...and selesa (tak sesak/cramp)...

Area luar kedai...
Selalunya, kalau menyinggah ke kedai ni, just rajin order makanan bergoreng je macam nasi goreng, bihun gorang and nasi putih dengan lauk yang simple-simple macam ayam masak merah and kangkung goreng belacan. So far, semuanya sedap. Takde komplen lagi buat masa ni. Maybe next round boleh try lauk special sket macam ikan Siakap masak pedas or masak 3 rasa. 

Hari tu, terasa nak order Nasi Goreng Pataya Special. Bila sampai je makanan, tengok je dah tau sedap. Dah la ada telur, ada pulak ayam masak merah tu...Memang tak ambik masa lama pun...sekejap je dah setel. Alhamdulillah...My friend, Masri plak order bihun goreng and Pejol order Nasi Goreng Kerabu (takde dalam gambar sebab lupa nak ambik) tapi nampak sedap juge. Boleh try nanti.

Nasi Goreng Pataya Special

Bihun Goreng dengan Telur Mata

As usual, Teh Ais...

Nak pergi ke area Neo Cyber ni tak susah. Area ni tak jauh daripada bangunan LHDN. Kalau dari arah Putrajaya, masuk simpang ke Cyberjaya (yang ada Sekolah Seri Puteri kat sebelah kiri) and kat traffic light tu, belok ke kanan. Kalau dari arah Dengkil, naik flyover yang sama (Sekolah Seri Puteri kat sebelah kanan) and belok ke kiri. Then go straight.  U will definitely reach the first traffic light junction, yang ada Bangunan Dell kat sebelah kiri and Balai Bomba kat sebelah kanan. (kalau tak jumpa, sila mula balik dari arah Sekolah Seri Puteri). Dari traffc light tu jangan belok kiri or kanan. Just go straight until u reach second traffic light (yang ada Bangunan LHDN kat sebelah kiri). From there, just belok ke kanan dengan tenangnya and dalam 100 meter, sampai la kat area Neo Cyber tu...

Map ada kat bawah ni tapi dalam map ni tak ditunjukkan plak bangunan LHDN (sbb bangunan LHDN tu baru siap kot)


Selamat mencuba....