Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17

Malam tadi kita digemparkan dengan berita kehilangan sebuah lagi pesawat penumpang Boeing 777-200 milik MAS iaitu MH17 yang dipercayai telah ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia.
Ketika kejadian, pesawat berkenaan membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.

Innalillahiwainnalillahirajiun...

Takziah kepada semua keluarga penumpang dan krew penerbangan atas kejadian malang ini...

No comments: