Tuesday, April 09, 2013

Restoran Tuan Faridah - masakan kampung dan ayam kampung goreng


Not so busy today. Memula planning tak nak makan apa-apa tengahari arini...nak jaga badan bagi turun lagi dan lagi berat badan ni...but suddenly dapat tau malam ni member dah tempah court badminton. So...like it or not, kena lah makan jugak untuk bekalan enerji. Ok lah tu...kira timbal balik, kan...bukannya makan pastu terus tido...kalau petang nanti baru nak makan, ada jugak yang muntah hijau kaw-kaw time main badminton tu..

Selepas setel keja...abik nafas kejap then when the clock showed the time almost 1pm, cecepat keluar opis nak carik kedai makan. Memula ingat nak pekena nasi ayam penyet je for lunch...tapi tadi ada member suggest me to try this one kedai makan kat Puchong. My friend tak tau plak nama kedai tu. Just gave me the direction to get there. So..i started to think...apa lagi...why not give it a try...lagipun bukannya jauh... Kat Puchong area, depan sikit je pun dari Equine Park tu. Lagipun memang nak pergi workshop kat area Equine tu.

Thru phone, search la kat internet kejap nama kedai ni. Rupanya nama kedai ni Restoran Tuan Faridah. Got it. Then turn on GPS and Google Map supaya tak terbabas sampai ke Sunway Pyramid. Kalau terlajak ke sana, konpem kena amik half day. So, cecepat masuk kereta waja buruk tu then terus la drive lelaju ke arah destinasi yang ingin ditujui.


For direction: 

Dari arah Putrajaya ni, drive terus then masuk ke LDP menghala ke Puchong. Lepas tol RM1.60 tu, about 500 meter akan ada simpang ke kiri. Bagi signal kiri dan drive masuk ke simpang tu...then u will see one pintu gerbang at your front. Quickly buat u-turn sebelum pintu gerbang tu then belok kiri pada simpang sebelah kiri yang ada. You will see that you are entering kawasan perindustrian. Jangan panik dulu. Then, lepas masuk kiri tu, belok kiri lagi masuk ke Jalan BP4/3 then drive terus ikut jalan yang melengkung tu (masuk ke Jalan BP 6) sampai la ke deretan kedai. Pergi ke kedai yang paling hujunggggg sekali kat Jalan BP 6/7. Then you will see this Restoran Tuan Faridah ni kat sebelah kiri. Then pepandai la ye carik parking. Takkan itu pun nak kena bagi direction jugak kot. If tak sure jugak arah jalan nak ke sini, yang ada beli smartphone memahal tu please turn on your GPS or Google Map. Kedai makan ni memang ada ditanda dalam GPS and Google Map. Konpem tak sesat barat. Kalau jumpa tetuan Faridah and Co, itu bukan kedai makan tapi firma guaman. Salah tempat tu. Kalau still tak jumpa-jumpa jugak, silalah buat u-turn dan terus balik opis untuk berehat. Esok lusa boleh cuba lagi. (guna Kaedah Cuba Jaya)

lelauk yang ada kat sini...

Pelbagai lagi lelauk...

Kelihatan Ayam Kampung Goreng...dan sambal belacan yang baru lepas direfill...

Lelauk lain yang turut ada...
Memula sampai, tak berapa ramai sangat orang kat kedai. Ramai dah duduk makan dengan partner & geng masing-masing. So, terus la maju ke area lauk-pauk, nak tengok lauk apa yang ada. Banyak pilihan lauk kat sini. Rasanya sama lauk macam kat Restoran Mat Ayam Kampung kat Cyberjaya tu. Then, lepas ambik nasik, terus ambik ayam kampung goreng, sotong masak gulai, sayur kerabu dan telur masin. Tak dilupa sambal belacan nak bagi efek pedas. memang berjurai-jurai peluh membasahi dahi ini ketika makan dek penangan sambal belachan tu...

Nasi putih dan lauk yang terpilih untuk hari ini

Memang best pekena teh ais time panas-panas ni...
Lauk yang dipilih adalah sedap...yes, puas hati. Kombinasi yang baik. Memang licin pinggan dibuatnya sampai sebutir nasik pun tak tinggal. Ingatkan nak makan nasi separuh je tapi tengok-tangok dah habis semuanya masuk dalam perut. Teh ais yang diorder pun sedap...memang elok je membasahkan tekak yang tengah kering sebab cuaca panas hari ni. Rasa macam nak order satu jug aje minum sorang-sorang.

Sup tulang pun ada...tapi...time hari cuti sahaja...sbb time tu je ada banyak tulang agaknya...

Kalau nak tengok menu lain dan jenis lauk-pauk yang ada, boleh la refer kat sini...kalau boleh hafal semua tu, try la hafal...senang nak kira harga makanan sendiri nanti sebelum bayar...

Menu yang terpampang dengan megahnya

Memang ramai orang yang datang makan kat sini waktu tengahari. Mostly dari area Puchong, Seri Kembangan dan Putrajaya. Entah-entah ada yang sanggup datang dari Cyberjaya kalau diorang tak pergi makan kat Restoran Mat Ayam Kampung tu. Bila jam dah masuk pukul 1.15 pm je, berbondong-bondong orang masuk ke kedai. Penuh beratur nak ambik nasik and lauk. 

Kalau meja penuh, maka akan berlakulah aktiviti perkongsian meja. Macam aku tadi ni...datang sorang-sorang jek...then orang yang datang kendian pun mintak izin nak tumpang meja yang sama. No problem...takkan nak biarkan dia makan berdiri plak. Tak elok cenggitu...Kita sama-sama datang nak makan. so, makan la sesama semeja...kalau dia nak tolong bayarkan sekali pun takpe...atas semangat satu malaysia...



Ramainya...
Kat sini, bukan takat ramai aje yang datang makan, ada jugak yang bungkus lauk-pauk untuk makan kat opis/rumah. sekali bungkus, nah...ambik kau...sampai habis ayam kampung goreng dibuatnya. Terpaksa la yang datang nak makan tu kena tunggu ayam yang tengah digoreng tu siap...

Tu diaa...habis licin lauk dikerjakan...

So, kalau ada sesiapa yang tak pernah sampai and nak try makan kat sini, try lah ikut direction yang diberi nun kat atas tu...Insya Allah, tak sesat...aku yang 1st time gamble carik ni pun boleh jumpa...Alhamdulillah...

selamat menchoba dan selamat mengisi perut yang lapar....

No comments: