Thursday, April 11, 2013

Shopping Gadget Untuk Samsung Galaxy S3 kat Publika, Solaris Dutamas

Semalam tak semena-mena pergi Publika (Solaris Dutamas). Unplanned. Itu pun sebab my brother dari Penang tetiba bagitau dia datang KL sebab ada meeting kat Bukit Aman. Meeting pasal apa, tak tau...sebab tak tanya. Then, dia ajak jumpa lepak minum lepas habis kerja, sebelum dia balik Penang petang tu jugak. Oklah. 


So, lepas kerja terus cabut pergi KL ikut MEX Highway. Sekali tengok, langit dah gelap. Nak hujan lebat pulak. Kalau masuk KL time hujan lebat, memang la carik penyakit. Ada jugak yang tersangkut dalam banjir. Tak pepasal je. Tapi redah jugak la. Sebab dah plan nak jumpa kan. Bila mana dah plan tu, buat ajelah..buatpe nak tukar-tukar, ye tak...

Since KL dah start hujan, puas fikir kat mana nak jumpa and tempat mana yang bole lepak minum. Area yang dia senang nak access ke Highway arah Utara. Sambil drive, sambil fikir. Ingatkan nak ajak ke Bangsar je tapi dia plak ada kat Chow Kit sebab jumpa member kat IPK Dang Wangi. Suddenly, dapat idea. Jumpa kat Publika ajelah. Lagipun kat situ ada banyak pilihan kedai makan.

Hujan lebat...traffic slow moving

Masuk je KL, terus stuck sekejap kat Jalan Istana sampai la ke area KL Sentral tu. Slow but moving. Then keluar susur ke Jalan Duta. Nasib baik kat sini tak sesak sangat so smooth je nak masuk ke Publika, belakang Masjid Wilayah Persekutuan tu. Dari Putrajaya, adala dalam 45 minit baru sampai sana. Cepat jugak la tu consider keadaan hujan lebat macam ni.

Mencari kedai Samsung
Then, sambil menunggu tu, carik la kedai Samsung. Nasib baik ada kat sini. Ingatkan takde. Memang dah plan nak pergi kedai Samsung kat Mines tu...semata-mata nak beli car charger sebab yang ada sekarang ni (Blackberry car charger) macam dah bengong sikit. Status charging tapi macam tak charging pun sebab power battery phone makin kurang je bila charge. So, memang dah masanya kena beli yang baru. Lagipun yang Blackberry tu dah 2 tahun pakai. 


Masuk je kedai, terus pegi side Accessories. Belek punya belek, jumpa car charger yang dicari. Harga pun dalam RM69. Power 5W. Quite reasonable untuk yang original. Ada kualiti and long lasting lagi tu compared yang biasa-biasa. Baru nak ambik yang tu tapi salesman tu suggest untuk ambik car charger bagi model Note II. Reason: sebab power lebih kuat (10W) dan charging pun lagi laju compared to 5W.

Samsung Power Bank: RM279
Then, ternampak plak power bank Samsung. Harga: RM279. Mahal jugak. Terfikir nak beli power bank tu tapi niat asal nak beli car charger je. Tengok punya tengok, ternampak pulak Extra Battery Kit. This kit ada charger box plus extra battery for phone. So, kalau ambik yang ni, boleh la switch battery and charge the other battery pakai charger box tu (connected to travel charger/car charger). Since dah ada travel charger and planning nak beli car charger, bole la pakai charger box ni kat rumah/office ataupun dalam kereta masa travelling. So, fikir punya fikir, ambik la dua-dua benda ni. Total is RM298 (Wah!!!) car charger/adapter RM129 & Extra Battery Kit RM169. Takpelah..dapat 2 benda untuk kegunaan diri sendiri. Kalau tak jenuh nak cari power plug and charge phone kalau ada satu battery. Nak ambik power bank pun ok jugak sebenarnya tapi what i need most is the car charger. Spare battery should be helping a lot too.


The 2 items that i bought

dah try charge the extra battery...working well...

Later, my brother arrived with his partner, one guy who drives the police car. Lupa plak namanya. Orang Utara. Then, after my brother saw the items that i bought, dia pun masuk jugak kedai Samsung tu and beli pulak travel charger for his Note II. Reason: nak cepat charge phone sebab battery dah takde power. Beli charger yang biasa-biasa tu kat Chow Kit tadi tapi charging speed sangat la lambatnya and kesan jangka panjang, boleh rosakkan memory battery plus cepat rosak. So, my brother kata: carik kedai makan yang boleh charge phone. Ok.


Happy sebab dapat charge phone..dia ni, kecik2 dulu musuh ketat ni...asik bergaduh je kat rumah...skrg dia plak jadik polis. Tak aci.



Then, straight away belanja diorang makan kat restoran Chawan. His 1st time there and his friend but not me. Banyak kali dah pekena makanan Chawan ni kat Bangsar. Port orang kereta mewah bawak aweks jugak tu. So. sambil makan, boleh la dia charge phone kat situ. Kena duduk dekat-dekat dengan tiang yang ada power plug. Ada la dalam sejam lepak, makan and borak-borak then pukul 9.30 malam baru bersurai. My brother balik Penang, me cabut balik tukar baju sebab nak kena join main badminton kat Sri Serdang kul 10.30 malam. 


My brother's dinner meal...lontong...

My dinner meal...sempoi...

Ada eksiden kat Highway MEX arah ke Putrajaya..kereta langgar kereta, 2 treler pulak langgar divider sebab nak elak dari langgar kereta-kereta tu...
Jeng...jeng..jeng...battery kat sebelah dalam...

Longkang tu boleh buat stand utk phone...sama ada menegak atau melintang...ikut suka lah...

No comments: