Monday, July 28, 2014

My Lovely & Adorable Kittens...

My cat, Bie dah selamat melahirkan 2 ekor anak kucing yang comel dan montel 2 minggu lepas...sekor berbelang-belang berwarna silver, diberi nama Tiger dan seekor lagi berwarna kelabu diberi nama Blu...dua-dua matanya biru...

Since umurnya baru 2 minggu (hampir masuk minggu ke-3 sbrnya), dua-duanya baru celik mata dan terkedek2 berjalan...adakalanya tergolek & terkial-kial bila nak memanjat masuk ke tempat tidur...very the cute...dua-duanya nampak sangat adorable & comel...

Pengumuman Raya Tahun 2014 & Salam Aidilfitri

Pak cik ni muncul kembali...kali ni bukan utk announce puasa...tapi untuk announce tarikh Hari Raya...begitulah dianya...setelah sebulan lamanya berpuasa (tak rasa lama pun, pejam celik sekejap je dah nak raya), akhirnya tiba masanya untuk pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga, sanak saudara & kawan-kawan lama..

Drive safe...
Makan dgn berpada-pada...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir & Batin...

Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17

Malam tadi kita digemparkan dengan berita kehilangan sebuah lagi pesawat penumpang Boeing 777-200 milik MAS iaitu MH17 yang dipercayai telah ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia.
Ketika kejadian, pesawat berkenaan membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.

Innalillahiwainnalillahirajiun...

Takziah kepada semua keluarga penumpang dan krew penerbangan atas kejadian malang ini...

Thursday, July 17, 2014

Mi Goreng aka Mi Bodo aka Mi Lambung

Kalau pergi kota Melaka...mmg nak pekena makanan yang pedas-pedas aje...mmg resam kalau pergi Melaka, nak pekena asam pedas tak kira la asam pedas apa...ikan kembung...ikan pari..ikan parang...tetel..semuanya ada...tapi skrg bukan nak cerita pasal asam pedas...sekarang ni nk cerita tentang mi goreng bersambal haji hasan...
Mee goreng Haji Hasan ni juga dikenali sebagai Mee Bodo (sebab mi gorengnya agak simple...kombinasi mi kuning...taugeh...timun dan jugak sambal) ataupun dikenali sebagai Mi Lambung sebab cara masaknya seolah dilambung2 mee tu...hehehe...
Mi Lambung ni mmg simple...tapi sambalnya tu yang membuka selera...kalau makan, memang kena makan masa masih panas...mi goreng ni tak lengkap kalau tak disekalikan dengan telur goreng mata...yang juga diletakkan sambal yang sama...
Bila sampai kat kedai ni..SOP nya adalah kena carik meja yang available...sebab memang kedai ni akan penuh dengan pelanggan...caranya, pick any table yang agak2 pelanggan dah nak abis makan and tunggu la kat sebelah meja tu...biasanya selepas makan pelanggan akan terus bayar dan beri peluang pelanggan lain utk menikmati mi goreng ni...kat sini bukanlah tempat makan dan lepak borak lama2...no..no...no...
So, bila dah dapat tempat duduk, orderla minuman dan makanan..which is mi goreng dan tunggu hingga mi goreng sampai ke meja...sesudah mi goreng tu landing atas meja, boleh la bangun sekejap dan beratur untuk ambil telur goreng mata...mmg konsep ambik telur goreng mata ni secara berdikari atau self service...lepas ambik telur mata tu bole la taruh sambal banyak2 kalau suka...hehe...
Dah ada mi goreng dgn telur goreng mata, maka dah boleh lah bersantap dengan penuh selera...sampai habis makan dan minum, bayar...lepas tu bagi next customer plak duduk makan...kalau datang ramai2 satu famili memang senang, boleh la mintak famili member tolong beratur and amik telur goreng mata tu banyak sambil tunggu mi goremg sampai kat meja...
Kedai haji Hasan ni terletak bersebelahan Methodist Girl School (MGS), Tengkera..iaitu tak jauh dari Masjid Jamek Tengkera...kalau nampak kereta parking berderet tepi jalan tu...mmg tak salah lagi...kat situ la kedainya...waktu perniagaan biasanya pada setiap hari jam 8.00 pagi hingga 11.00 tengahari...3 jam sahaja tapi cukup ramai akan datang makan kat situ especially masa cuti sekolah dan hujung minggu...kalau bulan ramadhan, kedai makan ni dibuka pada sebelah malam dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam..so, kalau tetiba mengidam masa tengah puasa tu, tak perlu la kecewa...kedai masih dibuka...
Lokasi kedai di sebelah jalan utama...Boleh nampak kereta banyak side parking kat tepi jalan
Mi goreng yang dah siap dimasak akan diagihkan dalam pinggan sebelum diedar kepada pelanggan
Kelihatan mi goreng...timun..dan sambal yang sedap...nyum..nyum...
close up mi goreng (biasanya sambal tu akan ditambah banyak2 baru puas makan..hehe...)
Bila mi goreng dah dapat, beratur pulak ambik telur goreng..time ni boleh taruk sambal banyak-banyak untuk top up stock sambal dalam pinggan mee...
Close up telur goreng mata yang diletakkan sambal dan timun,,,
This is my meal...kalau pekena mi goreng kat sini, konpem telur mata 2 pinggan...sambal pun top up jugak...adakala mi goreng pun bedal sampai 2 pinggan.... :)
Kalau waktu malam ni, biasanya pada bulan puasa...pelanggan ramai tapi kalau pada hari biasa (bukan bulan puasa) memang akan nampak pelanggan lebih ramai daripada dalam gambar ni

Street Fighter: Assassin's Fist

Aritu baru tengok movie ni...rasanya tak keluar kat panggung wayang...(actually asalnya TV series tapi digabung dalam 1 dvd menjadi versi movie)...kalau minat game Street Fighter, mmg kena tengok movie ni...mmg ikut sebijik karakter dalam game tu...bukan mcm filem Street Fighter Hollywood yang dulu2 tu...yang tu mmg failed terus...yang ni mmg sangat jauh kualitinya...terbaik!!!

Cerita Assassin's Fist ni banyak berkisar tentang Ryu dan Ken...serta gurunya, Goken...selain explore pasal diorg ni, filem ni jgk explain mcmana rakan seperguruan Goken iaitu Goki boleh menjadi musuh utama diorang iaitu Akuma...memang smart abis scene training, fighting and kemunculan Akuma...gaya fighting memang sama seperti dalam game...begitu juga la dengan pakaian bagi semua watak2 yang ada...sinematografi jugak amat baik...semua watak diperjelaskan satu persatu so penonton boleh faham tentang watak utama dalam movie ni...dan bagaimana 'dark art' yg dikenali sebagai 'satsui no hado' dalam seni mempertahankan diri yang diorg belajar iaitu Ansatsuken boleh menguasai diri org yg mengamalkannya...

Movie ni durasinya 120 minit...part 2 akan menyusul nanti...

So far, mmg puas hati la menontonnya especially bagi peminat tegar game Street Fighter...

Don't miss it!

Wednesday, July 09, 2014

Kuih Keria Femes Limbongan (Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil)

Kalau sapa2 ada menyinggah ke Melaka, try not to miss to have this tasty Kuih Keria Haji Jalil kt Limbongan, Melaka...Limbongan ni area antara Tengkera dan Klebang...

Nak cari kedai Kuih Keria Haji Jalil yg femes ni tak susah pun...cari je Masjid Limbongan..kedai ni terletak bersebelahan masjid tu...usually kalau hari biasa especially hujung minggu, memang penuh la orang dok berkerumun beli kuih keria ni...

Kuih kerianya besar2...gemuk2 dan bulat2...disalut pulak dgn gula melaka...nmpk keras tp bila dimakan...terasa lembut kuihnya...makan sekali pasti la nak lagi...hehehe...

Selamat mencuba...

Friday, May 24, 2013

Cuti...Nak Pergi Mana Eh?

I guess ramai yang enjoy sakan during this 3 days holiday (Friday is Wesak Day then continue with Saturday & Sunday). Malam tadi pun nampak dah sesak sana sini, ramai orang berpusu-pusu nak balik kampung or bercuti sakan dengan insan tersayang. Selain cuti Wesak, dah start jugak cuti sekolah time ni...

I'm not going anywhere. Takde plan apa-apa pun. Just resting at my place and actually, on stand by mode in case kena panggil pergi ke opis during weekend. Today pun just lepak and tidur kat rumah je. Keluar sekejap pun untuk sembahyang Jumaat then lepas tu, balik rumah and sambung rehat/tidur. Badan rasa x berapa larat. Lagipun, baru lepas baik dari dirrhea...Petang tadi pulak hujan kemain lebat, makin liat nak bangun dr katil. Dah nak maghrib baru la kluar carik makan..to cover lunch & dinner. Semalam tak dapat nak pekena steak kat @grills Bangi lepas balik dari gym...sbb kitchen dah tutup... frust jugak la sebab tekak nak rasa steak. Then same thing dengan ayam penyet AP not far dari @grills tu. Last2 balik rumah tak makan pape. Just sempat teguk air Gatorade kat gym and air kosong je.

Today, makanan yang berjaya masuk perut ialah...Nasi Ayam Penyet kat Pasar Borong Selangor..memang terasa nak makan pedas sket tapi malas nak pergi jauh-jauh...i think kena makan nasik sket to recover tenaga kat badan ni. Memang tak larat pun tapi gagahkan diri jugak. Kalau tak, sapa nak bawak pegi klinik, belikan makanan etc. Then..lepas makan terus pegi Alamanda tapi bila sampai je kat sana, nampak macam sesak plak...kemain banyak kereta nak masuk parking kat situ...of course sesak dengan orang jugak kat dalam tu nanti..last-last, u-turn je and trus heading ke Solaris Putra.

Solaris Putra ni sebenarnya R&R Serdang yang ada drive thru tu...tak jauh pun..kat situ ada Subway..Starbucks..KFC...since tak tau mana nak pergi so sampai la ke Solaris Putra...and its my 1st time there...selalunya situ ramai dengan orang yang dari highway yang stop nak melepak makan/minum sebelum continuing their journey arah Selatan dari KL...for me today, i think better lepak situ sekejap sementara tunggu jam kul 10 pm...then later boleh proceed pergi BSC Sri Serdang pulak untuk main badminton dengan geng2 yang ada...penatkan diri ajelah untuk malam ni selepas puas berehat siang tadi..maybe that's the best thing to do for today...utk esok and lusa, akan difikirkan kemudian especially kalau tak kena panggil ke opis...hopefully...

So, Happy holidays to all...semoga semua orang enjoying their holiday with family, best friend or BFF and insan tersayang...

Wednesday, May 22, 2013

Shopping Beli Kasut Jogging/Running

Assalamualaikum wbh, Selamat pagi/tengahari/malam dan Selamat Sejahtera...Semoga kalian berbahagia hendaknya...


Semalam...lepas kerja...pegi Alamanda with no purpose sebab nak tunggu traffic clear and tak sangkut dalam jem kalau nak balik rumah...So, sesampai je kat Alamanda, test luck kat salon Hairven sebab ngada-ngada nak cuci rambut kononnya nak bagi hilang sakit kepala...since takde customer and staff suma nampaknya tengah sibuk berborak and main game Candy Crush, i was accepted as the last customer for that day. Ingatkan tak nak ambik customer dah sebab dah almost kul 8.00 pm. Even though waktu operasi Hairven sampai pukul 10.00 pm tapi kul 8.00 pm iorang dah stop ambik customer. Apakah itu? macamana la nak maju kalau berniaga macam tu...dalam 2 jam dah rugi berapa banyak customer tu...

Then lepas cuci rambut, pergilah pulak ke outlet Al-Ikhsan. Sejak dua menjak ni, memang dok ralit survey and cari kasut running/jogging yang sesuai. Memandangkan jugak time ni tengah stress, mood nak membeli sampai terbelah poket tu memanglah sangat ada. 

Nak beli barang ni depends jgk...tak semuanya boleh dibeli macam tu je unless ada yang bebetul berkenan and ada yang menangkap mata. Selain tu, kena tengok jugak lah, spec, material and lastly, kosnya berapa. Tak boleh la main belasah beli je.

So, masuk-masuk je terus menghala pergi kat area kasut Adidas. Harga memang tak boleh kalah brand Adidas ni. Harga dalam range RM300 ke atas je and yang latest RM400++. tapi material memang tip-top. Latest Model, kasut running jenis Climacool. Ada banyak lobang-lobang kat tapak kasut and material yang membolehkan peluh kaki tak terperangkap and kasut sentiasa kering dan berangin (agaknyalah).


Kasut ni ringan tapi...mahal la kalau sampai RM400++, kan? So, belek-belek je lah sambil mata dok merayap tengok kasut Adidas yang lain. So far tak ada yang berkenan..in term of kasut and design yang ada. Actually Adidas memang offer kasut yang bagus dari segi kualiti and selesa pemakaiannya. Tapi kadang-kadang bukan tu aje yang kita nak kalau kita beli kasut. Design yang ada tu pun diambilkira jugak so sejuk la mata memandang bila dah habis rabak poket dibuatnya. Design untuk kasut brand Nike pun biasa-biasa aje sekarang ni. So far, memang nampak Nike macam tak ada idea and design tak menarik langsung.

Then, datang la sorang sales girl. Muka dia ni saling tak tumpah macam muka Yana, PA to my bosshh (terkejut sekejap, ingatkan si Yana tu buat part time kat sini). Since bagitau yang tujuan datang situ sebab nak carik kasut jogging/running, maka dia pun recommend la model kasut Puma yang latest: Puma Mobium Elite. Sebenarnya dah banyak kali jugak belek kasut ni tiap kali singgah survey kat Al-Ikhsan (Alamanda), Stadium (Pavilion) dan Puma Store (Pavilion). So...takde la macam alien masuk kampung bila tiap kali tengok kasut ni. 

Kasut ni memang nampak cun (bagi aku lah) sebab design yang simple and shape yang menarik. Kasut ni jugak so far dapat good review kat internet. Sesuai untuk short and long distance running. Ada kaler merah, hijau, oren, biru dan hitam. (Lately design kasut Puma memang best-best belaka...nak celen Adidas agaknya ni)




Memula test yang kaler merah walau teringin nak cuba yang kaler oran atau hijau. Tapi, kasut hijau dah ada (kasut badminton) so, kaler merah and oren je yang mungkin boleh di consider kali ni.

Kaler hijau memang nampak menangkap mata sebenarnya. Banyak kali dok toleh kat kasut kaler hijau ni sambil kaki dok sarung kasut kaler merah. 

Kaler biru and oren pun not bad sebenarnya. semuanya kaler-kaler yang menarik cuma pada kita ajelah nak kaler yang mana yang sesuai dengan taste and mood kita. Kaler hitam? not really into it.



Then, bila dah sarung kat kaki, nampak cantik pulak kaler merah ni. Memang selesa. Not only suitable untuk diguna masa jogging and running malah nampak cun jugak kalau pakai dengan jeans time merayap tak tentu hala kt KL or memana.

So, belek punya belek, macam berkenan sangat, terpaut hati dengan kasut Puma Mobile Elite ni. Dah ada kasut baru nanti ni, membakar la sket semangat nak berjogging pagi and petang. (itu pun kalau celik mata awal-awal pagi...memang bertuah la kan time cuti and hujung minggu nak bangun awal...). Selain tu, terbakar jugak la semangat nak pegi gym khusus untuk menghapuskan lemak degil (since tiap-tiap hari memang kebosanan especially waktu petang lepas keluar opis and waktu malam). Daripada dok kat rumah or kat kedai makan sorang-sorang maka better pergi gym and buat pape yang patut. 

Selain kasut Puma ni, try jugak kasut jenama Brooks. Model Puredrift. According to sales girl tu, brand Brooks ni memang brand yang terkenal internationally untuk kasut running (betul tu) and ranking no. 4 dikalangan brand kasut yang lain (i need to check this...maybe betul jugak..bagus budak ni kalau dia buat homework pasal brand yang kedai dia jual) 

Kasut Brooks ni memang la ringannya...selesa jugak bila dipakai sebab material and cushion yang merata-rata adanya tapi tak berkenan sket dengan design kasut ni. Dunno why. Mungkin sebab tapak kasut ni ada bentuk macam melengkung sket..




Satu lagi model Brooks, Pureflow pun ringan jugak. Tapaknya ringan, and material tapak kasut ni macam diperbuat daripada foam. Kasut daripada brand Brooks ni memang sangat sesuai untuk those yang minat marathon and long distance running...mcm dari Putrajaya ke Muar...atau Putrajaya ke Penang...kaki tak sakit and tetap selesa (bak kata sales girl tu lah...). 

So...test jugak la model Pureflow and Puredrift...fikir-ppunya fikir, rasanya tak ambik la kasut ni. Harga pun dalam RM400++. Tak jauh beza dengan kasut Adidas Climacool tu.




Well..finally, this is my catch...Puma Mobium Elite...rasa tak sabar pakai. Sebab dah berkenan, tak payah fikir banyak kali dah. Test kasut lain tu just buat syarat je...hehe...

Kalau boleh malam tu jugak nak berjogging tapi takde sapanya yang buang tebiat nak berlari sorang-sorang tengah-tengah malam. Kang tak pasal-pasal ada benda yang mengikut balik ke rumah. 




Bila tengok kasut ni, terus teringat yang Puma ada buat promosi kat Sunway Pyramid last month and during that time, anybody can try this shoes and test berlari atas treadmill. masa tu usha dari jauh je...tak terfikir nak try apatah lagi nak beli kasut ni.





Selain kasut ni, dapat pulak free gift. 'Running iPad Touch Glove'. Aiseh...glove apa plak ni. Tanya sales girl apa kegunaan glove ni. Dia pun tak sure...then dia pergi tanya boss dia kat kaunter. Tak lama lepas tu, sales girl tu datang balik. Dia cakap...boss dia bagitau kalau nak pakai gloves tu, kena install software dari internet. Huh??? Bistu disebabkan takde iPad, kena beli iPad ke? Sales girl tu angkat bahu tanda tak tau pastu sengih je. Ishh...biar benar...then, search kat internet. Rupanya gloves ni kegunaannya:


Touchscreens use a capacitive system that allows them to "feel" the electric charge in the user's fingertips. Wearing normal gloves shields that charge from the sensors in the touchscreen. 

The solution? "Touch Gloves"manufactured with a special textile covering the fingertips that allows the body's electric field free access to your tablet's touchscreen.

So...takdelah sampai nak kena install sofware kat internet plak kannn... Memandai ajelah boss kau ni. Tak pasal-pasal sales girl ni temberang customer. Mentang-mentang la ada perkataan iPad kat situ, terus dengan bijaksananya dia bagitau kena install software pulak. haha.. Memang inesen je sales girl tu sampaikan maklumat dari boss dia. Aku perati je muka boss dia and dia nampak macam saspen je bila sales girl tu dok sampaikan info tu kat aku ...haha...

Takpelah...Boss is always right. But remember, customers always right too...especially when they always check the info from internet, right handed and they do not go to the left. That is why customers always right. Glove ni sebenarnya sesuai kalau dalam cuaca sejuk macam kat oversea and kat atas gunung Kinabalu. So, tak payah susah-susah bukak glove kalau nak sentuh touch screen kat phone. (kalau pakai gove biasa, memang takde respond pada touchscreen)

Selain kasut, terdetik plak hati nak beli set untuk running/gym...usha jugak la baju sleeveless untuk running as additional kepada baju yang ada. Ada sehelai sleeveless dri fit brand Puma...harga pun just RM69.90. Not bad..material pun nipis and menarik. terus sambar.



Sehelai lagi, baju Adidas Clima 365 cool. Harga RM129.90. Sebab ambik baju ni: material baju ni adalah batu jade yang dipecahkan menjadi sangat halus dan digabungkan dengan material fabrik baju so kesan climacool yang lebih mendalam dan menusuk kalbu boleh diperolehi (agaknyalah kot). 

Info: Developed using recycled jade stone powder, infused with moisture wicking fabric to produce a stone cold effect, ClimaCool+ is like no other sports apparel technology – so while the ambient temperature rises, the ClimaCool+ jersey keeps the athlete 2 degrees cooler!!


Tu diaaa..hebat betul teknologi sekarang ni....So, sambar jugak baju ni disebabkan material yang berteknologi tinggi tu. Memang tak tercapai akalku yang ada baju boleh dibuat daripada batu jade. Masa sales girl tu yang cakap macam tu, my respon was: Ha??? Kain baju ni daripada batu jade??? Kenapa tak keras plak? Ada banyak 'ong' (luck) ke kalau pakai baju ni...Tapi bila dah baca info kat tangging baju tu, baru la dapat gambaran sebenarnya..Lagipun, masa belek-belek tu tak tau lagi apa yang special dengan baju ni..ingatkan sama je dengan baju climacool lain..So, hopefully bila pakai baju ni time running, badan boleh maintain sejuk la especially bila berlari tengah panas buta...kalau tak sejuk jugak, siap sedia la Adidas kena saman RM10 juta pasni...

So, konpem petang-petang (lepas kerja...kalau tak kena stay kat opis) lagi syok nak pegi jogging or seksa diri kat gym...memanalah...bersemangat nak rasmikan kasut and baju yang baru beli punya pasal. Ntah apa-apa.

Pasni, nak release tensen and abiskan duit beli apa pulak ye?