Showing posts with label Outdoor Gunung. Show all posts
Showing posts with label Outdoor Gunung. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Day 3 (Part 3). Ekspedisi Gunung Kinabalu 2012 (13 - 17 Sept 2012) - (Climbing Time)

Day 3 Part 3


Mendaki dari arah Mesilau memang agak mencabar jugak. Mencabar sebab trek sempit, tak selebar dan semudah trek dari arah Timpohon. Dari Timpohon tu macam naik tangga je. Kalau dari Mesilau ni, tak boleh leka sangat berenti borak-borak atau berhenti ambik gambar posing kemain sebab nanti timing konpem akan lari. The best time to reach Laban Rata is before 5.00 pm. Kalau tak, siap la bergelap masa nak naik tu. 




Melihat puncak...macam dah tak jauh lagi je ni...


Tengok la trek dari Mesilau ni...mcm trek kat gunung area semenanjung je...






Berehat melepaskan lelah...


Ada air terjun mini...




Lepas rehat kat pondok ni, Abg CC terus berdesup laju sampai ke Laban Rata...










Mengah?


Aksi termenung kat tangga...

That happened to us. Me and Mayna pairing to the top. Abg CC pairing dengan Cik Sue...dah jauh nun kat depan. Dah tak nampak kelibat. Berlari kot diorang tu. Masa sampai kat simpang 3, persimpangan Timpohon - Mesilau - Laban Rata, jarak dari situ ke Laban Rata adalah dalam 2km. By the time we reached there, hari dah start gelap, hujan and angin agak kuat. Walau macamanapun, kena terus bergerak jugak dalam kepayah nak melawan angin yang sejuk and kegelapan. Head lamp adalah sangat berguna pada time ni. Begitu juga baju sejuk yang tebal.

Jauh kat belakang, Ms Cheryl Barr, Pn. Rina dan Sue Intan serta dua orang guide. Kitorang pun dah tak sure berapa distance diorang time tu. Rasanya struggle jugak nak naik ke Laban Rata. Perbezaan masa rasanya ada la dalam setengah jam ke 45 minit. Time-time macam ni, semangat nak kena kuat. Kena maintain and jaga-jaga jangan sampai cramp kaki. Kalau tak, lagi la seksa nak naik. Kalau nak patah balik ke kaki gunung tu, jangan harap le...



Sejuk kat sini...sebab tempat yang agak open dan berangin...


Sebab sejuk, kena pakai glove...




Sejukkkkkkk....





Awan mendung tu...






Lepas gambar ni, tak ambik gambar lagi dah..sebab mcm dah  lari masa...
Finally, Me and Mayna reached Laban Rata pada jam 8.00 malam. Memang mental sket berjalan dalam gelap sambil menahan angin sejuk. Sesampai kat restaurant, Abg CC, Cik Sue and Sue Intan dah tunggu kat meja makan. Diorang dah sampai awal dah. Dah lama berehat agaknya. So, terus la makan apa yang ada. Lapar masa tu...letih tu jangan ceritalah. Then lepas Ms Cheryl Barr and Pn Rina sampai, lepak reramai kat restoran sambil temankan diorang makan sebelum semua bergerak ke Gunting Lagadan Hut. Kena menapak sket dari restoran dalam gelap-gelap tu tapi tak jauh pun. Misi seterusnya, nak tidur sebelum kena bangun kul 1.30 pagi. So, kitorang dapat bilik bersebelahan. Satu bilik ada 2 katil double decker. Masuk je bilik suma pakat-pakat masuk selimut masing-masing and tak lama lepas tu, senyap sunyi.

I woke up exactly at 1.00am. Masa tu dah terdengar riuh-rendah kat corridor. Means, ramai pengunjung lain dah ready and bersiap nak naik ke puncak ikut group memasing. Abg CC masih dalam selimut. Begitu jugak yang lelain. Then, slowly turun nak pegi toilet sebab nak clearkan perut sebelum tetiba perut buat hal kat atas nanti. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebabnya, kat atas sana tu takde toilet...kalau nak kena trurun ke final Check point. Macam tak sanggup je. Then, the best part is, toilet tak ada air. Ada la sket tapi kecikkk la sangat. Tak sampai berapa minit terus tak kuar dah dari dalam pili. Nasib baik dalam baldi ada lagi so bekalan adalah sangat mencukupi. Dunno bout the rest kalau diorg nak ke toilet nanti. 

Lepas setel, terus ketuk pintu bilik gegurls nak kejutkan diorang. Then kejutkan Abg CC, Mayna jugak...suma terpisat-pisat nak bangun. yelah...badan letih...tidur plak tak puas. Bila dah siap pakai kasut, baju sejuk (mmgtak bukak langsung masa tidur pun) etc, terus check bilik sebelah untuk make sure diorang semua dah bangun jugak. Tengok-tengok kat tengah-tengah bilik, atas lantai ada kesan muntah..lepas tu ada plak letak tisu bagai nak cover muntah tu. Sapa yang muntah? berkat hasil siasatan, rupanya Pn Rina termuntah malam tu. Diorang pun dah tak boleh nak buat apa so sepanjang malam tu diorang tido dengan ada muntah kat tengah-tengah. hehehe...memang adventurous sungguh. Sempoi jek diorang nih.


Siapakah ini???? Cuba teka...


Kemain nyenyak tidur ni...mcm taknak bangun je rupanya...
Bila semua dah bangun, dah sedar dan kembali ke dunia realiti, semua berkumpul kat tengah-tengah guest house. Pelbagai orang daripada pelbagai tempat ada kat situ. Semua dengan group masing-masing. Geng surau dari KL pun ada. Area mana ntah, tak ingat. Bukan main semangat lagi diorang nak conquer puncak Kinabalu. Kitorang plak tunggu guide yang tak sampai-sampai. Terlajak tidur ke diorang tu? Group lain dah mula start naik. Boleh nampak cahaya head lamp masing-masing dalam gelap. Nak buat neskape tak boleh la pulak sebab takde disediakan untuk guest. Sebelum-sebelum ni ada disediakan neskape 3 in 1..gula..air panas...kalau tak boleh tidur, boleh bancuh air and lepak kat hall hostel tu. Tapi time tu takde pulak. Jangankan neskape 3 in 1, air kat sinki pun takde jugak. Management kena buat sumthing la to overcome these problems.


Getting ready nak mendaki ke puncak...kul 1.30 pagi ni...


Abg CC tengah mamai ke tu...





So, bila guide dah sampai je, tanpa berlengah lagi kitorang terus mendaki naik ke arah puncak lepas diorang bagi short briefing. Yang penting, kena sampai ke final check point dulu untuk register bagi dapat sijil. Sayat-Sayat Check Point namanya. Another checking is done by the guide yang ikut sampai ke puncak. Guide tu yang akan sahkan pendaki mana yang berjaya jejak puncak tu and later dapat sjil berwarna. Tak boleh nak ngelat. Tang lelain yang tak sampai tu berhak dapat sijil yang takde kaler aje. Kalau nak yang berkaler jugak, boleh...tapi kaler la sendiri.

Group kitorang time tu terpecah dua. Abg CC and Cik Sue dah laju ke atas...menuju puncak. Me and Mayna sticked together with Pn Rina and Sue Intan. Disebabkan guide yang suppose jaga paling balakang sekali takde sebab temankan Ms Cheryl patah balik turun ke Laban Rata, kitorang kena pepandai jaga diri sendiri without guide. Patutnya guide tu naik balik tapi sampai ke sudah tak nampak muka. Untuk naik ke puncak ni, dari Laban Rata tu memula kena daki tangga...dalam gelap and sejuk-sejuk tu nak tak nak kena jugak la naik tangga tu. Eskeletor memang takde kat sini. Then, bila sampai kat satu area tu, kena naik pakai tali plak. So, semuanya kena berpaut pada tali and naik secara bergilir-gilir. Tak boleh rushing-rushing kat sini. Slow and steady. Sambil tangan berpaut kat tali, kaki kena pijak kat batu-batu yang ada untuk naik ke atas. Macam-macam stail ada. Yang dah biasa tu konpem takde masalah. Yang 1st time mendaki dengan cara macam ni mungkin agak kekok and ambil masa sikit. At this part, tak boleh slow sangat until block/halang laluan pendaki lain. Sebabnya, selain kita, kat belakang tu ramai lagi yang nak naik. So, kena la tolong each other and tak boleh pentingkan diri sendiri. Not only to our friends tapi tolong jugak pendaki yang lain. Dalam gelap tu, fokus adalah pada tali dan tempat berpijak. Memang tak nampak apa kat kiri kanan tu. Kena keep on moving sampai la reach Check Point akhir. Mental and semangat kena strong.

Masa sampai ke Sayat-sayat, langit pun dah cerah dah. So boleh nampak awan-awan kat keliling kita. Maknanya ketinggian tu adalah di atas paras awan. Supposely, at that time memang sempat nak kejar ke puncak. Tapi disebabkan cuaca yang kelihatan seperti nak hujan, hasrat terpaksalah dibatalkan. Dah turun sikit rintik-rintik hujan masa on the way ke atas. Sue Intan pulak sakit lutut so its better not to leave her alone. Kitorang reramai stay bersama-sama dengan Sue Intan before finally decide untuk turun balik ke Sayat-sayat untuk membolehkan Sue Intan berehat. Even tak sempat nak ke puncak kali ni, i dont really mind coz nanti boleh je try lagi. Pn Rina and Cik Sue pun dah ada pengalaman time ni...so next time diorang target nak jejak kat puncak jugak. Kira a big achievement kpd Mayna, Pn rina and Sue Intan sebab diorang kuat semangat dan berjaya melepasi Sayat-sayat. No more wearing running/jogging shoes sebab susah diorang nak bergerak kat batu-batu yang licin tu. Safety cannot be compromised. Dengan aksut yang sesuai (Hiking shoes especially), senang nak berjalan kat kawasan berbatu tu. konfiden sket so tak payah nak merangkak pegang tapi walhal orang kat keliling selamba je berjalan macam takde apa.

Di atas awan gemawan...


Dah otw nak turun dah ni...


Kelihatan final check point...




behind me is the Station...






Amik gambar sendirik je sebab yang lelain dah melaju nak turun tu...
Selepas berehat kat Sayat-Sayat and lutut Sue Intan pun dah kurang sket sakitnya, kitorang pun slowly turun ke Laban Rata. Time turun ni baru la nampak betapa cerunnya kawasan berbatu yang kitorang semua panjat dalam gelap tu. So, turun kena berhati-hati. Slow takpe asalkan selamat. Ada part yang agak crowded sket sebab bottle neck orang nak turun. Dalam sejam tu sampai la kat Laban rata...terus heading to the restaurant untuk breakfast and tunggu Abg CC and Cik Sue turun dari puncak. Makan aje apa yang ada untuk breakfast. Masa sampai kat restaurant, Ms Cheryl dah ada tunggu kitorang kat sana and we had our breakfast together.

Sarapan kat Laban Rata...belasah cukup2 apa yang ada...






Below are the photos that i took from the restaurant. Ada gambar seorang mak cik warga tempatan yang kerjanya adalah sebagai porter and mengangkat barang-barang untuk dibawa ke atas. Cuba tengok beg yang makcik tu guna. Bukannya beg brand Osprey, Salomon, Arnold Palmer, Haitop or Deuter tapi rotan yang berpintal-pintal yang boleh diikat barang-barang yang nak dibawa. Rain cover pun guna plastik hitam je. Sangat sempoi, unik dan kreatif. Sangat respek pada mak cik itu.


 
Respek sama ini mak cik...mmg terhebat...

Ini pulak foto Gunting bin Lagadan..yang terawal mendaki gunung Kinabalu bersama dengan ahli keluarganya.


Ini la dianya Gunting bin Lagadan...


Dah setel makan, semua balik ke Gunting Lagadan Hut untuk berehat sekejap then kemas-kemas barang untuk perjalanan turun ke bawah (kaki gunung). Turun ni, semua orang akan terus menghala ke Timpohon and Kinabalu Park. For that night, kitorang semua akan berehat dan bermalam kat Kinabalu Park. Nak turun pun kena jaga pace...tak boleh terlalu perlahan sangat sebab adalah lebih molek untuk sampai ke Kinabalu Park pada jam 4 atau 5 petang sementara langit masih cerah selain boleh berehat cukup-cukup. kalau injured tu mungkin tak boleh buat apa. Yang boleh membantu adalah semangat yang membara and tekad untuk sampai dengan selamat.

Thursday, February 21, 2013

Day 3 (Part 2). Ekspedisi Gunung Kinabalu 2012 (13 - 17 Sept 2012) - (Climbing Time)



Day 3 Part 2.

Masa ni semua dah ada kat Kinabalu Park. Menikmati udara nyaman sambil asap kuar kepul-kepul dari mulut bila berborak. Memang sejuk dah kat sini kalau pepagi ni. Banyak van dan bas parking sana sini sebab hantar group-group pendaki dari serata tempat. Ramai orang masa kat Kinabalu Park ni. Banyak group lain yang akan mendaki tapi mostly diorang naik dari Timpohon. Kitorang je yang naik dari Mesilau. Ngengada.

Nak tengok macamana excitednya diorang masa nak naik Gunung Kinabalu ni? Sila tengok aksi gambar lompat ni...asik nak melompat aje kejanya...Orang keliling sengih-sengih je perati diorang ni...

Ready semua?

1...2....

Aik..Baru nak mula lompat, Abg CC terus masuk nak juin sekaki...

up..up and away...



Reach the peak of lompatan

Going down...



Landing time...

 


Nak satu round lagi?

Tukar posisi dulu..takkan nak posisi yang sama aje...ready?
 

 







Dah habis sesi lompat-lompat, semua kena masuk balik dalam van. Kena continue balik perjalanan ke Mesilau pulak. Selepas selesai sesi register (yang diuruskan oleh Cik Sue), semua orang dapat pas masing-masing. Pas ni adalah sebagai pengenalan diri bagi semua orang yang akan mendaki Gunug Kinabalu. Selain sebagai pengenalan diri, boleh juga la dibawak balik sebagai kenang-kenangan, bukti korang dah sampai ke Gunung Kinabalu ni.





Gunung Kinabalu dalam pengamatan
Selain pas, semua orang juga dapat ration masing-masing sebagai bekalan makanan penambah tenaga dan penghilang rasa lapar semasa naik ke atas nanti. Yang dibekalkan adalah roti, pisang, epal dan dua bijik telur ayam. Takde pizza ataupun ayam KFC di sini.


Setelah 45 minit berlalu, sampai la semuanya ke Mesilau. Time ni haru sikit. Van tak boleh dan tak larat nak daki jalan ke atas tu sebab berat sangat (tu la...sapa suruh makan banyak-banyak semalam) so semuanya kena turun and menapak. Makan asap aje la masa ni. Oklah jugak, untuk warm-up pun bagus jugak ni. Seperti kebiasaan, sambil menapak pun ada juga yang nak bergambar....



Kat Mesilau ni ada jugak pejabat ranjer tapi kecik je. kawasan ni tak sebesar Timpohon. Ada air sungai kecik mengalir kat sini. Keadaan pun sejuk jugak. Masa kitorang sampai ni, jam dah dekat kul 10 pagi. By right, kul 10 pagi ni dah kena bergerak naik. Time is very important. Ini bagi mengelakkan pendaki lambat sampai ke Laban Rata sebab perjalanan biasanya memakan masa selama 5 jam. Kalau dari Mesilau ni kiranya 7 jam lah sebab extra 2 jam jauhnya berbanding trek Timpohon.



Semua yang ada ni kena ambik keluar barang-barang dari dalam van dan kemudian berkumpul kat satu kasawan untuk dengar sedikit penerangan daripada Guide yang akan mengemudi dan membawa ahli rombongan ni semuanya naik ke Laban rata dan seterusnya ke puncak Gunung Kinabalu. Guide ni jugak bertindak sebagai Porter yang akan membawa beg-beg ahli rombongan andaikata malas nak pikul beg sendiri. Bayaran yang dikenakan mengikut berat beg tersebut. 1 kg bersamaan RM8. So, kalau beg tu 10 kg, maknanya RM80 lah yang perlu dibayar. Ada ke yang nak bawak sampai 10kg? 







Guide memberikah sepatah dua kata dalam bentuk taklimat

MS rina mendengar dengan penuh minat

Dengar bebaik ye adik-adik...

Masih dalam sesi taklimat


So, inilah trek yang akan dilalui. Berbanding trek yang luas dan bertangga kat Timpohon, trek kat Mesilau ni macam denai and kebanyakan trek hutan yang kita lalui kalau kita naik kat mana-mana gunung yang lain. So, kat sini pun agak mencabar jugalah. Kena hati-hati jugak semasa melangkah. Ingat pesanan orang tua-tua kalau masuk hutan...

Jum masuk....
 


Adehhh....



Mayna dan Abg CC

Abg CC dengan aksi dan gaya gagah perkasanya...

Setelah puas berjalan, kitorang pun berhenti ambik nafas sebab dah start mengah-mengah.  Pwuerghhh.....So, bila tengah reramai lagi ni, kitorang pun bergambar la secara reramai dulu. Lepas ni konpem dah berpecah sket sebab kena ikut pace masing-masing tapi make sure, kena jalan secara berpartner. Guide pulak akan berada paling belakang sekali. Walau macamanapun, diorang akan ada kat belakang jugak. Diorang akan make sure semua ahli rombongan akan sampai ke Laban Rata dan membantu kalau ada sebarang masalah berlaku.
We are the world..we are the children...



Sesi bersatu hati sambil tayang kasut memasing...




Amenda tu CC? Aishhh...jangan tegur laaa...

We are heading there...



Bersambung lagi nampaknya....adessss....