Showing posts with label Persilatan. Show all posts
Showing posts with label Persilatan. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Movie: Filem aksi silat The Raid Redemption (2011)


Selalunya movie aksi yang kita tengok banyak tonjolkan seni beladiri spt karate, taekwondo & kungfu. Sangat jarang malahan susah bebenor kita dapat tengok movie yang gunakan seni silat untuk adegan pertarungan. Kalau ada movie mcm tu pun, banyak datang dari Indonesia dan hanya dibuat untuk pasaran tempatan. Kalau movie Malaysia ni, tak berapa nampak aksi silatnya dan ada plak adegan terbang sini sana dari aksi silat yang tangkas mcm dalam filem Puteri Gunung Ledang.

iko uwais yang terer lg hensem

Pada tahun 2011, the Raid: Redemption, sebuah filem aksi dari Indonesia telah diterbitkan khusus untuk pasaran antarabangsa. Hero filem ni, Iko Uwais sebenarnya seorang jaguh silat dari Indonesia. Hensem jgk mamat ni. Pernah jadi player bolasepak jugak. Ilmu silat yang dimiliki beliau adalah Silat Tiga Berantai, yang mempunyai gaya Silat Betawi. Beliau juga pernah memenangi pertandingan seni silat tempatan dan aktif dalam pertunjukan silat di negara luar seperti di UK dan beberapa negara lain.

joe taslim..dia ni nanti berlakon dalam filem Fast & Furious 6

Begitu juga pelakon-pelakon lain. Mereka juga dipilih daripada kalangan pesilat-pesilat tempatan yang handal. Gile terer diorang ni. Semua gerak and aksi pelakon memang tangkas. Dari mula sampai habis movie memang banyak bergasak daripada berborak. Memang sangat puas hati la tengok movie ni.

Disebabkan jalan cerita, ketangkasan dan kehebatan diorang bergasak, movie yang dikategori bajet rendah ni telah berjaya mencapai tahap box-office internationally. Filem ni jugak dikatakan telah membantu mengangkat martabat seni silat sebagai salah satu martial art yang hebat sepertimana martial art yang lain. 

skuad elit tgh seram sejuk nak pegi attack sarang org jahat

Synopsis:
Salah seorang anggota pasukan elite special-forces Polis, Rama (Iko Uwais) telah diarahkan untuk menyertai satu misi berbahaya iaitu menahan seorang ketua penjahat yang brutal dari  sebuah blok apartment 15 tingkat tingginya. Dalam apartment tu plak, selain jadi tempat tinggal orang miskin, kebanyakannya dihuni oleh orang yang jahat-jahat aje. Tapi bila sorang penjahat dapat tau/nampak yang elite team ni ceroboh apartment tu, boss penjahat, Tama (Ray Sahetaphy) telah tawar ganjaran lumayan kepada semua pembunuh, perogol, gangster and perompak yang bermastautin dalam bangunan tu sebagai balasan kpd setiap anggota elite force yang dapat dibunuh. 

aiyak!!! kena serang lah pulok...

hero tgh saspen...teringat bini kt rumah yg tgh mengandung anak pertama

aksi bertarung guna parang...kau ado?


So, Rama dan Jaka (Joe Taslim) serta anggota polis yang ada terpaksa bergelut dan bertarung nyawa untuk kekal hidup dan teruskan misi tersebut. Diorang terpaksa gunakan dengan sebaiknya skill pertahanan diri untuk bergasak dengan penjahat yang berbahaya pada setiap aras apartment tu sebelum dapat ketemu dengan ketua penjahat. Namun, misi diorang sebenarnya mempunyai muslihat lain yang diorang sendiri tak sedar.

ketua pasukan elite yang tak kurang handalnya

aksi tepis-menepis

jurus tetak ketiak membelah sanubari


Filem ni sebenarnya filem kedua Pengarah: Gareth Huw Evans yang membolehkan beliau reteams semula dengan pelakon utama, Iko Uwais, yang juga fight choreographer untuk filem aksi silat: Merantau - yang merupakan filem aksi silat pertama Gareth Evans yang berjaya membawa Indonesian martial art of Pencak Silat kepada perhatian dunia. 


Filem ini juga menjadi sensasi ketika Toronto Film Festival, dan telah dimainkan kepada penunton yang rata-rata amat berpuashati dengan aksi yang ditonjolkan. Skor atau muzik bagi filem ini pulak dibuat oleh bukan calang-calang orangnya iaitu alternative rocker/composers Mike Shinoda dari kumpulan Linkin Park bersama Joseph Trapanese, yang turut berkolaborsi dengan  Daft Punk dan M83.


Filem silat dari Indonesia dah pun sampai ke peringkat dunia. Filem Malaysia pulak macamana? Sampai bila la filem Malaysia nak capai tahap macam ni kalau asik2 kuar movie yang ntah apa2 aje..

Kalau mau tengok movie ni, silalah berguling ke kedai dvd yang berhampiran atau persembahkan silat pulut atau silat pengantin untuk pinjam dvd daripada kawan yang ado...tengok la...konpem puas ati...konpem korang menggelupur nak belajar silat pasni..haha...


Thursday, February 14, 2013

Silat Nasrul Haq

Satu artikel berhubung salah silat batin yang telah diharamkan di Malaysia. Silat Nasrul Haq ini diharamkan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 iaitu pada April 1978. Pada ketika ini dikatakan silat ini telah mempunyai bilangan pengikut yang agak ramai.


"Salah satu seni mempertahankan diri atau silat yang telah diharamkan oleh JAKIM iaitu Nasrul Haq. Nasrul Haq diharamkan atas alasan ianya bukanlah dari ajaran Islam. Penulis bukan mempersoalkan kenapa ia diharamkan, tetapi mengikut pandangan otai-otai atau orang lama dalam silat ini mereka masih tertanya-tanya kenapa ia diharamkan pada masa tersebut. 

Antara persoalan yang timbul adalah silat ini tidak melakukan perkara-perkara yang jelas mencarik adat atau luar biasa seperti berjalan di atas bara api, kebolehan untuk makan kaca, ditetak dengan parang tapi tidak lut, ditanam hidup-hidup tapi tidak mati dan lain-lain. Ironinya silat-silat lain yang jelas terdapat perkara-perkara tersebut tidak pula diharamkan walaupun jelas ianya bukan dari ajaran Islam. 

Ada di antara orang-orang lama pada masa tersebut juga berpendapat mungkin ia diharamkan oleh sebab-sebab seperti tekanan pihak tertentu? Ada juga yang berpendapat atas faktor politik kerana pada masa silat ini diperkenalkan setiap hari ahli yang mendaftar adalah lebih kurang 2 ribu orang. Bayangkan pengaruh yang diperolehi oleh guru kepada silat ini. Salah seorang Guru Utama silat ini pula adalah menteri Belia dan Sukan pada ketika itu, iaitu Y.B Tan Sri Haji Abdul Samad Idris. Faktor lain seperti pembawaan segelintir ahli yang belajar silat ini yang menyimpang atau menyalahgunakan silat ini juga tidak dapat dinafikan seperti beribadat hanya untuk mencari hebat.

Berkenaan dengan ancaman komunis pula, ayah penulis merupakan salah seorang ahli pasukan keselamatan yang banyak bercerita mengenai kelebihan silat tersebut. Seingat penulis salah satu baiah atau sumpah ahli silat ini adalah “ Demi Allah, saya bersumpah, bahawa saya, akan ikut mempertahankan Negara ini, dari ancaman komunis dan golongan anti Islam”. 

Sayangnya, penulis tidak dapat belajar silat ini daripada ayah penulis kerana pada masa itu penulis masih bersekolah dan ayah penulis juga sering masuk hutan untuk operasi melawan pihak komunis. Salah seorang kenalan penulis iaitu Haji Husin iatu seorang anggota polis hutan yang bertugas pada tahun 80an dulu juga banyak bercerita mengenai keberkesanan silat ini semasa beliau menjalankan tugas semasa darurat dulu. Beliau juga merupakan salah seorang jurulatih silat ini.

Sekali lagi penulis menegaskan, penulis bukan mempersoalkan kenapa silat ini diharamkan. Tapi sekiranya bekas komunis atau ejen komunis yang ada di Negara kita mengatakan mereka berjasa kerana membebaskan negara ini dari penjajah, maka penulis juga berhak menyatakan bahawa silat ini juga berjasa di dalam melawan keganasan pengganas komunis di zaman darurat dahulu.

Berikut adalah jurus atau langkah-langkah yang terdapat di dalam Silat Nasrul Haq seingat penulis:
1. Kepal
2. Sogok Terlentang
3. Sogok Tertangkup
4. Siku Dua
5. Sogok Bawah Terlentang
6. Sogok Bawah Tertangkup
7. Setir/ Sogok Satu
8. Kewal Tahan
9. Lewatan
10. Tendet/ Cincang
11. Siku Satu
12. Giles perut
13. Pites/ Tekan
14. Kendor
15. Buka Sogok
16. Sogok Atas Bawah
17. Seperempat Alif @ Ibu Jurus
Wallahu A’lam…"

Pengasas Nasrul Haq

1. Tan Sri Haji Abdul Samad Idris (Khalifah Nasrul Haq Malaysia)


 2. Tuan Haji Johannes Choeldi (Khalifah Nasrul Haq)

3. Prof Muchtar Lintang (Penasihat)

(Sumber: blog http://gerakhalilintar.blogspot.com)




Tuesday, February 12, 2013

Silat, Silat Laksamana Hang Tuah & Jenis-Jenis Silat Lain


Sehingga kini, telah direkod/dikenalpasti terdapat sebanyak 360 jenis silat yang diamalkan dan mempunyai pengikut terutamanya di Malaysia. Wow...Banyak betul tu Tapi tak semua jenis silat tu kita ketahui atau biasa dengar sebab ada yang terdapat di negeri2 & kawasan tertentu dan tak ada kat tempat lain. Pengamal ilmu persilatan daripada mana-mana aliran pula sememangnya mempunyai kemahiran dan ada yang telah menguasai lebih daripada 1 jenis ilmu persilatan. Ini sama ada kerana minat atau ingin menimba lebih banyak pengalaman dan kemahiran oleh sebab setiap silat mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Oleh itu, tak mustahil mereka yang berkemahiran ini mampu untuk mewujudkan cabang persilatan baru hasil daripada kajian, kombinasi dan penambahbaikan (inovasi) daripada kemahiran dan ilmu persilatan yang dimiliki.  Hulubalang Hang Tuah juga mempunyai lebih daripada seorang guru untuk memantapkan ilmu persilatan yang merangkumi aspek zahir dan batin.

Maka, disebabkan wujudnya cabang ilmu persilatan baru (daripada kombinasi yang dilakukan), bertambahlah bilangan ilmu persilatan daripada yang asal dan sedia ada. Sebagai contoh, silat cekak dan silat gayung mempunyai pelbagai versi atau variasi yang mana puncanya dipercayai daripada asas yang sama. Kepelbagaian ini mengembangkan lagi kemahiran yang ada dan memeriahkan dunia persilatan kita. 

Hang Tuah juga digelar sebagai Bapa Persilatan Melayu. Ini berikutan keberanian, kemampuan, kebolehan, ilmu, ketangkasan dan kepintaran beliau dalam menguasai ilmu persilatan sehinggakan mampu menewaskan seteru yang lebih handal. Sebagai contoh, dalam pertarungan dengan perajurit/pendekar ulung Majapahit yang dikenali sebagai Taming Sari, Hang Tuah menggunakan kepintaran beliau untuk merampas keris Taming Sari yang mempunyai aura yang mampu memberikan kekebalan kepada perajurit berkenaan. Setelah berjaya merampas keris tersebut barulah Hang Tuah berjaya menewaskan Taming Sari.  

"Kehebatan ilmu persilatan Hang Tuah juga dibantu pula oleh kesaktian Keris Taming Sari kurniaan Seri Betara Majapahit di Tanah Jawa kepada beliau kerana jasanya membunoh Taming Sari yang mengamok yang mahu membunoh Seri Betara majapahit itu. Keris Taming Sari mempunyai aura (The Power of Keris) yang sungguh hebat."


"Ada pun seni silat Melayu asli hari ini yang benihnya dari Silat Bunga Hang Tuah dapat kita camkan pada permulaan seorang pesilatnya memulakan gerak tari iaitu jika salah satu tangannya berada atau menyentuh pinggangnya (seolah-olah memegang hulu keris) dan tangan yang satu lagi dikedang atau dihulur ke hadapannya dan ditarikan dengan apa-apa corak maknawinya serangan atau belaannya maka iaitu berkemungkinan besar adalah jenis silat yang benih asalnya daripada Silat Laksamana Hang Tuah. 

Tetapi kalau permulaan gerak tarinya terus saja dengan gerakan bunga tari yang istilahnya sama dengan yang disebut ini iaitu: Tebar, kibor, bedut, besut, pepat gantang, rencong teleng, pedang mengepang, pusaran ayer, belai bayu, bunga pakma, layangan camar, helang melayang, sikat puan, cakar beroga, cakar harimau, tampar beruang atau pun seludang jatuh, tapak rimau, tarik rotan, lenggang janda, merbah berlaga, kayuh sampan, menggalah canggah ombak, belah udang, sireh junjong, benang kusut, sambar helang segara, sambar garoda, mengepak bangau, patukan tedong, naga melilit, naga libas, siku kelawar dan banyak lagi, maka bukanlah asal dari benih Silat Tari Hang Tuah. 

Tetapi ia berasal dari para pendekar Melayu yang lain yang memang cukup ramai yang hebat-hebat, juga para pengasas Silat Silat Melayu Asli Nusantara ini dengan bermacam-macam gaya dan dan kaedahnya, falsafahnya dan namanya yang diwarisi bangsa Melayu hingga ke hari ini hingga berpuloh-puloh orang pendekar malah beratusan yang menjadi pengasasnya. 


Sebab itu silat pulut atau silat bunga Melayu cukup banyak dengan pelbagai gaya bunga silatnya tersendiri terkadang nampak seperti serupa antara satu sama lain kerana tercipta dari ilham pengasasnya bersumberkan benda-benda alam yang sama antara satu sama lain. Kaedah Silat Bunga Hang Tuah atau Silat Tari Hang Tuah tariannya disebutnya tari hulubalang yang dipengaruhi gerak bunga tikaman senjata pendek dan panjang, libasan.paras, pancong, belah, tangkis, libasan, penggal, tetakan kiri tetak kanan, tetak depan, tetakan belakang, tetak atas, tetak bawah, paras atau pacong kiri kanan, belakang, depan, atas, tengah, bawah, tangkisan atas, tengah, bawah, dalam, luar, kanan, kiri, depan, belakang, berpusing dan lompatan keris panjang dan pedang mengikut keselesaan gerak sejati manusia."

Dalam gerak jurusnya pula gerakan tubuh adalah bebas saja baik ke hadapan, ke belakang, ke kanan, ke kiri, dengan gerak lurus atau gerak sendeng atau rencong semua boleh dan bebas belaka mengikut situasi serta tempat bergelut serta keselesaan diri manusiawiyahnya. Kedudukan dan pergerakan tuboh juga bebas tidak terikat dengan satu-satu kaedah kedudukan persilatan sahaja, ia menggunakan gerak manusia sejatinya – boleh bertukar kapan saja asalkan dirinya selesa untuk membuat belaan atau serangan atau LARI.

Kedudukan tubuh juga mengikut situasi tempur atau pergelutan dan situasi tempat bertempur samada di kawasan lapang, kawasan sempit, di darat, di air, di bukit, di lembah dan sabagainya dengan kedudukan dan gerakan sama ada baring terlentang, terlungkup, berbaring pada lambong kiri atau kanan, keadaan bersila, bersila panggong atau pun bertinggong, duduk berlutut, berdiri dalam keadaan berbongkok, berdiri berkekuda atau berdiri tegak lurus terpacak sahaja atau pun apa saja kedudukan biasa manusianya ia tetap boleh bergelut atau bertempur jika diserang oleh musoh ketika itu dengan menggunakan seluruh alam diri persilatannya. Wallahu`alam.
(sumber: warisansunankalijaga.blogspot.com/2011/01/hang-tuah-bapa-seni-silat-melayu-sejati.html?m=1)

JENIS-JENIS SILAT

1. Abjad
2. Acheh Helang Putih
3. Agam
4. Al Muazat (Johor)
5. Alif Ba Ta
6. Amal
7. Api
8. Awal (Sabah)
9. Badek
10. Baginda Ali (Johor)
11. Baji Bumi
12. Baju Merah Harimau Berantai
13. Bakawali
14. Bakti Negara
15. Bandung (Sabah)
16. Bangau Putih
17. Bangkoi (Sabah)
18. Bangsal
19. Bantan (Melaka)
20. Bayangan (Sabah)
21. Belebat Canggak Emas
22. Berembang
23. Buah Mersing
24. Buah Penian
25. Buah Pokol
26. Buah Pulut
27. Budi Bahasa
28. Budi Suci (Johor)
29. Bugis
30. Bunga
31. Bunga Negeri Kedah
32. Bunga Rampai
33. Cakarla (Negeri Sembilan)
34. Cekak Bengkulu
35. Cekak Harimau
36. Cekak Malaysia
37. Cekak Monyet
38. Cekak Ustaz Hanafi
39. Cek Kendewa (Sarawak)
40. Cemandas
41. Chemande
42. Chikalong Cempaka Putih
43. Cimandi Hitam
44. Cimandi Hulu
45. Cimandi Putih
46. Cindai Putih
47. Cirimau
48. Dela
49. Depo Woojo
50. Elat (Pulau Pinang)
51. Embun Putih (Sarawak)
52. Empat
53. Ezhar
54. Firasah (Selangor)
55. Firasat Cemande
56. Gayang Lima
57. Gayung Asli
58. Gayung Cekak Sendeng
59. Gayung Fatani
60. Gayung Garuda (Kedah)
61. Gayung Ghaib
62. Gayung Harimau
63. Gayung Harimau Hitam
64. Gayung Laksamana
65. Gayung Lincah
66. Gayung Makrifat
67. Gayung Malaysia
68. Gayung Pancasila
69. Gayung Pusaka
70. Gayung Semarang
71. Gayung Singa Berantai
72. Gayung Tok Janggut
73. Gayung Tujuh
74. Gayung Zahir Sembilan
75. Gayungman Asli
76. Gayungman Kedah
77. Gegaran Petani (Pulau Pinang)
78. Gelombang
79. Gelut
80. Gelut Lintau
81. Gerak
82. Gerak Abadi
83. Gerak Harimau Puaka
84. Gerak Ilham Gabungan Pendekar
85. Gerak Kilat
86. Gerak Lian
87. Gerak Sakti Insaniah Qudsiah
88. Gerak Suci
89. Gerakan 1001 (Sarawak)
90. Gerakan Satu
91. Gerbang Sakti
92. Hadramaut
93. Hailam Betawi (Sarawak)
94. Halimun Allah
95. Hang Setia
96. Hang Tuah
97. Harimau Al Haq
98. Harimau Berantai
99. Harimau Betina
100. Harimau Putih (Sabah)
101. Harimau Seri Rama
102. Hulubalang
103. Ikatan Kalam Utama
104. Inai Teroi
105. Indera Putera
106. Istilaq
107. Jati Bersekutu
108. Jati Kedah
109. Jatuh
110. Jawi
111. Kaedah
112. Kaki Tunggal
113. Kalimah
114. Kalimah Ghaib
115. Kalimat Tujuh
116. Kampung Tebiuh
117. Kayu
118. Kayu Merah Harimau Berantai
119. Kemain
120. Kembangan (Kelantan)
121. Keramat
122. Kerayung Sendeng
123. Kerinci
124. Keris
125. Khalifah
126. Kilat
127. Kubu
128. Kudrat Illahi (Johor)
129. Kuningan (Johor)
130. Kuntau Betawi
131. Kuntau Elat
132. Kuntau Langkah 21 Gerak
133. Kuntau Sambar Helang
134. Kuntau Sendeng
135. Kuntau Tekpi
136. Kutar
137. Laksamana (Johor)
138. Laksamana Hang Jebat
139. Lam Melayang
140. Lang Merah
141. Lang Sewah
142. Langkah Batu Bara
143. Langkah Hang Tuah
144. Langkah Sumbang
145. Langkah Tiga
146. Lian
147. Lian Padukan (Johor)
148. Lian Yunan
149. Lincah
150. Lincah Lintar
151. Lintah
152. Lintang
153. Lintau
154. Liring
155. Lokma (Sarawak)
156. Macan Ireng
157. Majapahit
158. Majlis
159. Makrifat (Sarawak)
160. Mandau Senyawa
161. Mat Kilau
162. Mayang Mengurai (Sarawak)
163. Medan
164. Mega Chemande
165. Melaka
166. Melayu Asli
167. Melayu Gayong Pulut Kpg. Kua
168. Melayu Jawa
169. Melayu Kedah
170. Melayu Pahang T.Khatib.M.Noh
171. Menora
172. Minang
173. Minang Jawa Kedah
174. Minangkabau
175. Monyet
176. Moo
177. Naga
178. Nasrul Haq
179. Nasuha Rajawali
180. Natar
181. Nur Ilahi
182. Pagar Ruyong
183. Pagu (Selangor)
184. Pahlawan (Johor)
185. Panca Indera Lintau
186. Pancang 12
187. Pancasila Gayung Harimau
188. Panden Juan Sutan Maakat
189. Panglima
190. Panjar Tujuh (Sabah)
191. Panji Alam
192. Pantai Sempadan
193. Paradin
194. Pasak
195. Pasak Harimau
196. Pasak Padang
197. Pegema
198. Pegian
199. Pelaga (Johor)
200. Pelangi
201. Pelepas
202. Pencak
203. Pencak Gayong Melayu
204. Pencak Melayu Kedah
205. Pencak Riak Harimau
206. Pencak Sayau
207. Pencak Silat Melayu Jati
208. Pencak Silat Sabah
209. Pencek
210. Pencekar Muda
211. Pendekar Mat Dahan (Pahang)
212. Pendekar Sulaiman (Pahang)
213. Pengantin (Johor)
214. Peninjau
215. Penjurit Kepetangan (Perak)
216. Perasyah
217. Periaman
218. Perisai Sakti Mataram
219. Perisai Waja
220. Perkasa Gagah Di Rimba
221. Perlak (Pahang)
222. Perwira Kedah
223. Petir
224. Peturun
225. Pinang Jawa (Kedah)
226. Pisau
227. Porpila
228. Pukulan
229. Pukulan Gerak
230. Pukulan Syuhada (Pulau Pinang)
231. Pulut (Kelantan)
232. Purba
233. Pusaka (Sabah)
234. Pusaka Melayu Asli
235. Puteri Mandi
236. Raja Sehari (Perlis)
237. Rajawali
238. Rampai Sakti
239. Rampuk
240. Rancak
241. Randai
242. Ranting
243. Rela Pahlawan (Kedah)
244. Rencong Kapan
245. Rencong Kayak
246. Rian
247. Rohaniah
248. Sabil Indera Sakti
249. Saka
250. Saka Bumi
251. Sala
252. Sangga Bunuh Aspari (Sarawak)
253. Sangkar Rewana
254. Sapek Kalo (Sepit Kala)
255. Sapu Angin
256. Saudara Lima (Pulau Pinang)
257. Sayung
258. Segap
259. Sekalung (Sabah)
260. Sekebun
261. Selangkah
262. Selangkah Gerak (Kelantan)
263. Selayang Emas (Perlis)
264. Selendang Merah (Kedah)
265. Seleng Cimandi
266. Seligi Acheh
267. Seligi Kuningan
268. Seligi Putera
269. Seligi Sebalik
270. Seligi Tunggal (Melaka)
271. Selindang Hitam
272. Sembah
273. Semerap
274. Sempedi
275. Semulajadi (Negeri Sembilan)
276. Sendeng Kuntau Jawa
277. Sendeng Makrifat (Sarawak)
278. Sendeng Malaysia
279. Sendeng Merepat
280. Sendeng Tapak Sembilan
281. Sendi (Kelantan)
282. Sendi Cemara Bugis
283. Sentaja
284. Separap
285. Sepasang (Sabah)
286. Sepelet (Terengganu)
287. Sepulut
288. Seranteh (Selangor)
289. Serendah
290. Seri Melodi
291. Seri Minangkabau Tapak Suci
292. Seri Palembang
293. Seri Temarang
294. Serimau Hitam
295. Sewangi Tujuh
296. Si Buta Gua Hantu
297. Siku
298. Sikume
299. Sikuna
300. Singa Kandangan
301. Songsang
302. Spring
303. Sri Gayong Panglima Ulung
304. Sri Pelanduk (Melaka)
305. Stralak Jalid
306. Struman
307. Sukmorogo
308. Sumandera
309. Sumandi
310. Sunda
311. Sunting
312. Sunting Dua Belas
313. Suntingan (Johor)
314. Suntingan Acheh
315. Tandang
316. Tangkas
317. Tapak Rohani
318. Tapak Sembilan
319. Tapak Seratus
320. Tapak Serumpun
321. Tapak Suci
322. Tapak Waja
323. Tari
324. Tari Asli
325. Tari Inai
326. Tari Jawa
327. Tari Sekubu
328. Tari Teralak Lincah
329. Tari Tongkat
330. Tekpi
331. Tepi Seni Budaya Bangsa
332. Teralak Keli (Kelantan)
333. Teralak Nata
334. Terlak Empat
335. Terlak Kelantan
336. Terlak Padang
337. Terolak Sendeng
338. Tiga Kalimah Kalimantan
339. Titi Batang
340. Titi Pahang
341. Titi Pinang
342. To' Perpat Panglima Hitam
343. Tongkat
344. Tongkat Nombor Lapan
345. Tua
346. Tujuh Makam
347. Tujuh Putera Hang Setia
348. Tujuh Selendang Hidayat(S'wak)
349. Tukat Jawa
350. Tunggal
351. Wali Ghaib
352. Wali Sakti
353. Wali Sembilan
354. Wali Songo
355. Wali Suci
356. Wali Tujuh
357. Warisan
358. Warisan Gerak Ilham
359. Warisan Pusaka
360. Zahi

Saturday, February 09, 2013

Keris - Keunikan dan Maksud disebalik Lok Keris Melayu

Keris merupakan salah satu senjata bagi kebanyakan hulubalang dan pahlawan Melayu suatu ketika dahulu. Keris juga melambangkan kegagahan, keperwiraan, kedudukan atau darjat pemiliknya.

Keris dibuat/ditempa khusus untuk seseorang individu berdasarkan kehendak, keperluan dan kesesuaian yang mana boleh mewujudkan pertalian antara keris dan pemiliknya. Pemilihan bahan-bahan yang digunakan bagi membentuk sesebuah keris juga merupakan salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh pembuat senjata. Unsur mistik juga sering dikaitkan dengan keris dimana sesetengah keris yang dibuat khas mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu memberi kelebihan kepada pemiliknya seperti Keris Taming Sari. Keistimewaan berkenaan memerlukan jagaan rapi dan adakalanya membuatkan keris berkenaan sukar untuk bertukar milik/tidak boleh berpindah milik sebarangan.

Entry kali ini akan menerangkan dengan ringkas mengenai maksud bagi bilangan lok yang terdapat pada Keris Melayu.

Jika diperhatikan, Keris Melayu terdapat bilangan lok yang berliku-liku dan mengikut turutan bilangan ganjil seperti 13, 11, 9, 7, 5 dan 3. Keris yang kelihatan lurus lebih dikenali sebagai keris lurus atau sipukal. Keris lurus digenggam dlm tangan manakala keris berlok disisip di bawah rusuk kiri dalam samping dan diikat kemas oleh bengkung yang menyembunyikan pelbagai jenis senjata sulit. Ada juga yang menyisip keris di pinggang.

Panjang mata keris adalah mengikut sukatan dan sedap si pemilik untuk berhadapan dengan musuh. Ada juga keris yang digenggam adalah keris berlok dan bukannya keris lurus. Lok itu adalah lok 3 dan mempunyai mata yang panjang. Keris berlok yang disisip pula mempunyai ukuran antara 9 hingga 13 inci panjangnya. Loknya 5, 7 & 9. Jika lebih loknya, keris adalah sangat panjang dan tidak selesa untuk pergerakan bebas ketika bertarung.

Dikhabarkan juga bahawa setiap Melayu mesti mempunyai keris kerana keris itu melambangkan maruah & martabat. Keris diri atau keturunan membawa kepada pengenalan siapa dan kedudukan pemiliknya dalam bangsa Melayu. Dari ulu (hulu), pendukuk, sampir dan mata menceritakan siapa pemiliknya. Kedudukan pula adalah daripada anugerah istana. Oleh sebab itu, pada majlis keramaian di istana, jemputan yang datang akan membawa keris masing-masing.

Berikut adalah maksud yang digambarkan melalui bilangan lok-lok yang terdapat pada keris.

Keris Lurus - melambangkan kesetian, ketegasan dan sukar dipengaruhi. Ianya lazim digunakan sebagai keris istiadat.

Keris Lok 3 - digunakan oleh para panglima atau pahlawan. Keris ini dipercayai dapat menunaikan sebarang permintaan penggunanya.

Keris Lok 5 - melambangkan pemiliknya mempunyai kelancaran berbicara dan boleh mempengaruhi orang melalui berbicara.

Keris Lok 7 - melambangkan pemiliknya mempunyai wibawa dan karisma dalam pemerintahan.

Keris Lok 9 - melambangkan pemiliknya bijaksana dan mempunyai sifat kepimpinan.

Keris Lok 11 - menggambarkan pemiliknya memiliki cita-cita tinggi dalam mengejar kemajuan sosial dan sesuai digunakan oleh mereka yang telah bekerja dan berumah tangga.

Keris Lok 13 - bermaksud pemiliknya sanggup mempertahankan apa sahaja yang sudah dimilikinya.

Entry akan datang akan menceritakan dengan lebih detail tentang pembuatan, kegunaan, keistimewaan/kemampuan keris sebagai senjata pembunuh, pantang larang dsb berkaitan dengan keris yang digunakan sebagai senjata dalam dunia persilatan.

(sumber rujukan: pelbagai sumber berkaitan dgn keris melayu)

(Silat Cekak) Info Tentang Parang Lading & Wali Jantan

Parang Lading
Biasanya silat sinonim dengan keris sebagai senjatanya. keris pulak ada mcm2 saiz, bentuk  yang ada keistimewaanya tersendiri. Selain keris, ada jugak senjata spt tekpi (yang P.Ramlee guna dalam filem 6 Jahanam), tombak, serampang 3 mata, parang dan macam-macam lagi. Now, nak kongsi info sket tentang senjata ni - parang lading. Parang Lading ni senjata official bagi Silat Cekak Ustaz Hanafi dan Silat Cekak Melaysia. (Origin silat cekak ni sama...ada ceritanya kenapa boleh terpecah jadi dua). Parang lading ni pun unik jugak sebab bentuk & ukuran parang ni mengikut pemakainya (tuan empunya parang). 

Parang Lading

Seperti silat – silat lain, senjata rasmi bagi Silat Cekak adalah Parang Lading yang kebiasaannya tidak dijumpai di mana – mana tempat lain kecuali di negeri Kedah Darulaman. Parang ini digunakan secara meluas oleh para penduduk terutamanya para petani di negeri tersebut untuk melakukan kerja – kerja harian. Oleh kerana kaitan Parang Lading ini dengan penduduk Kedah amat kuat, penggunaan Parang Lading didalam silat ini secara tidak langsung menjadi bukti bahawa silat ini berasal dari negeri Kedah.

Ada kisah yang mengatakan bahawa pada suatu masa dahulu, Parang Lading telah digunakan sebagai anugerah kepada panglima kerajaan negeri Kedah. Parang Lading tersebut dikenali sebagai Parang Lading  berambu. Sebagi suatu senjata, sudah tentu rupabentuk Parang Lading yang digunakan oleh Silat Cekak mempunyai perbezaan yang ketara berbanding Parang Lading biasa. Antaranya adalah Parang Lading yang ada dalam silat ini mempunyai ukuran tertentu yang membolehkan ianya sesuai dengan si pemakainya. 

Ukurannya adalah seperti berikut:

A)    Panjang parang ini adalah sama dengan jarak dari telinga kiri ke mata kanan atau dari telinga kanan ke mata kiri sipemakai. Falsafahnya: Apa yang terlihat dan terdengar pasti kena.
B)    Lebar parang di sebelah hulu adalah sama dengan lebar kuku ibu jari si pemakai.
C)    Lebar di sebelah hujung parang adalah sama dengan panjang ibu jari pemakai
D)    Panjang mata parang pula adalah sama dengan jarak diantara dua mata si pemakai.
E)    Hulu parang ini mengambil bentuk tapak rusa dan diperbuat dari tanduk kerbau betina. 

Lentik Parang Lading dalam Silat Cekak juga juga berbeza dengan mengambil lentik Pelpah Kelapa berbanding lentik Pelepah Pisang yang biasa dijumpai. Pengamal Silat Cekak menggunakan Parang Lading semata – mata untuk mempertahankan diri dari serangan pelbagai senjata kecuali senjata api. Ia diletakkan dalam keadaan matanya tersorok dibelakang tangan pengamal atau pun tersorok di dalam lengan baju seperti diamalkan oleh panglima – panglima Silat Cekak suatu masa dahulu. Teknik penggunaan Parang Lading ini tidak jauh bezanya dengan kaedah – kaedah Silat Cekak yang sedia ada. Ia berfungsi lebih kepada  merosakkan “prasarana” musuh daripada membunuhnya dengan serta - merta.  Sungguhpun demikian, Parang Lading ini hanya dianugerahkan kepada orang-orang yang telah mencapai satu peringkat tertentu serta terbukti kesetiaannya kepada persatuan. 

Selalunya mereka yang mendapat anugerah ini adalah mereka yang telah bergiat aktif di dalam persatuan selama lebih dari 10 tahun.Pada kebiasaannya apabila seseorang itu dianugerahkan senjata ini, ukuran penerima parang itu akan diambil sendiri oleh Guru Utama dan beliau sendiri akan menempahnya bagi memastikan cara pembuatan senjata tersebut adalah menurut spesifikasi dan kualiti yang dikehendaki. Bagi mereka yang arif dalam bidang pembuatan senjata akan memahami bahawa proses pembuatan senjata Parang Lading seperti yang dikehendaki oleh Silat Cekak ini adalah amat rumit dan mengambil masa yang lama. 

Adalah menjadi satu kepelikan jika mendengar seseorang itu boleh membuat Parang Lading yang benar – benar sesuai dengan hanya mengetahui ukuran.      

(Sumber: laman web Silat Cekak Ustaz Hanafi)


Wali Jantan

Wali Jantan

Wali Jantan merupakan satu lagi senjata yang digunakan dalam Silat Cekak selain Parang Lading. Seperti juga Parang Lading, Wali Jantan beasal dari bumi Kedah Darulaman. Boleh dikatakan tiada negari lain yang mempunyai senjata seperti ini. Penggunaan Wali Jantan adalah berbeza dengan Parang Lading. Parang Lading digunakan khusus untuk mempertahankan diri manakala Wali Jantan pula boleh digunakan untuk menyerang dan juga bertahan. Antara kelebihan Wali Jantan ialah penggunanya dapat menyerang tepat sasaran walaupun di dalam keadaan yang gelap gelita. Selain itu matanya juga cukup berbisa. Mata wali jantan berbeza dengan mata pisau, iaitu mata tajamnya menghala ke atas dan muncungnya tirus dan tidak mempunyai bentuk seperti mata pisau biasa (labu pisau). 

Wali Jantan dibuat dengan menggunakan petua – petua tertentu bagi memastikan ianya beberapa kelebihan yang memanfaakan penggunanya. Antaranya, ia dibuat berdasarkan ukuran tertentu penggunanya bagi memastikan keadaan dimana Wali Jantan itu digunakan untuk menikam penggunanya (senjata makan tuan). Selain daripada itu, terdapat juga bahan – bahan tertentu yang diletakkan kedalam Wali Jantan bagi menambah bisa (rahsia). 

Pembuatan Wali Jantan juga perlu diakhiri pada hari yang sama ianya dimulakan. Misalnya, jikalau Wali Jantan tersebut dibuat bermula pada hari selasa, maka ia juga perlu diakhiri pada hari selasa juga. Dari segi penggunaan, Wali Jantan akan dikeluarkan sekali bersama sarungnya apabila penggunnya bersiap sedia untuk bertarung. Apabila pertarungan sebenar berlaku, pengguna Wali Jantan akan menjentik sarungnya keluar sejurus sebelum mula bertikam. Wali Jantan adalah merupakan salah satu anugerah Guru Utama kepada anak – anak muridnya. 

Tidak semua pengamal Silat Cekak mendapat senjata ini secara otomatik. Selalunya mereka yang mendapat senjata ini adalah mereka yang telah terlibat lebih 10 tahun dalam perjuangan Silat Cekak.

(sumber: laman web Silat Cekak Ustaz Hanafi). 

Friday, February 08, 2013

Asal-Usul Silat Cimandi/Cimande


Sejarah Silat Cimandi/Cimande:

ASAL USUL SENI SILAT CIMANDI PECAH TUJUH

Cogreg (Bogor) Indonesia pada abad ke17 hingga 18 - Terdapat sepasang suami isteri yang tinggal di Bogor, Pak Kahir Adalah seorang pedagang manakala Ibu Semantan adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Mereka tinggal di Cimande, Bogor berhampiran dengan sebatang sungai yang bernama Sungai Mande. Pada suatu hari Ibu Semantan pergi ke sungai untuk melakukan kegiatan hariannya seperti membasuh pakaian, mencuci makanan dan membuang hajat. Ketika Ibu Semantan sedang sibuk membasuh pakaian tiba-tiba di seberang sungai beliau terlihat seekor beruk putih sedang memungut buah kupak yang bertaburan di tepi sungai. 

Ketika itu juga muncul seekor harimau Putih di hadapan beruk itu. Berlakulah satu pertempuran rimba diantara Beruk Putih dan Harimau Putih itu. Pertarungan diantara kedua binatang ini menarik perhatian Ibu Semantan yang kebetulan berada di situ sehingga beliau berhenti dari membasuh pakaiannya. Mata beliau terpaku dengan aksi itu, seolah-olah beliau sedang menyaksikan dua pendekar yang bertarung. Si Beruk Putih bertarung untuk menyelamatkan nyawanya dari dibaham oleh si Harimau Putih dan setiap inci pergerakan, tangkisan dan serangan dari dua ekor binatang itu diperhatikan dengan teliti dan asyik oleh Ibu Semantan. Kejadian ini berterusan selang beberapa jam dan pertarungan ini diakhiri dengan keputusan seri. Kedua ekor binatang itu hilang ke dalam hutan dan tinggallah Ibu Semantan yang terpegun dan terkejut sengan kejadian tadi, pada masa yang sama beliau tersentak dan terkejut dengan masa yang telah lewat petang dan beliau dengan cepat membasuh pakaian, melakukan kerja hariannya dan segera pulang ke rumah. Beliau juga teringat yang beliau belum masak apa-apa untuk suaminya makan nanti.


Pada masa yang sama Pak Kahir yang baru pulang dari berdagang telah tiba ke rumahnya. Dengan perut yang lapar dan kepenatan beliau ke dapur untuk mencari makanan. Melihat tiada apa untuk dimakan dan juga isterinya tiada di rumah beliau naik berang dan menunggu dengan hati yang geram dan marah. Seketika kemudian, Ibu Semantan telah sampai kerumah dan mendapati Pak Kahir telah pun berada di rumah dengan keadaan yang amat marah. Pak Kahir bertanya pada isterinya kenapa tidak menyiapkan makanan dan kenapa lambat pulang. Ibu Semantan cuba mejelaskan dan menceritakan tetapi tiba-tiba Pak Kahir menempeleng Ibu Semantan .Dengan secara sepontan dan pantas Ibu semantan mengelak tamparan itu dan ini menyebabkan kemarahan suaminya meluap-luap.


Pak Kahir kembali menyerang lagi, si isteri yang teringat gaya pertempuan dua ekor binatang tadi dan segera mempraktikan gerakan dan langkah itu.Ini menyebabkan Pak kahir terkejut dan bertambah marah lalu menyerang bertalu-talu. Namun semuanya dapat ditepis dan ditangkis dengan mudah oleh isterinya yang melangkah laksana srikandi. Perkelahian suami-isteri kemudiannya berhenti akibat kepenatan. Pak Kahir berasa hairan terhadap isterinya yang tidak mempunyai latar belakang ilmu persilatan tetapi dapat mengelak sebagai seorang ahli silat yang mahir.


Keadaan kembali tenang dan Pak Kahir bertanya pada isterinya ;


"Di mana kamu belajar maen poho?" (ertinya "menipu gerakan" dipersingkat menjadi "maempo").

Di waktu inilah Ibu Semantan pun menjelaskan dari mula hingga akhir kejadian yang berlaku semasa beliau di tepi sungai tadi. Pak Kahir pun meminta isterinya menunjukkan sekali lagi gerakan yang digunakan ketika mengelak serangan beliau. Setiap gerakan dan langkah serangan dan tepisan dikaji dan dipraktikkan oleh suami isteri ini. Maka terciptalah Silat Cimande yang diambil sempena nama Kg. Cimande dan nama Sungai Mande yang menjadi asas dan tapak kejadian beruk putih dan harimau putih. Pak Kahir dan Ibu semantan pun menyebarkan dan mengembangkan Silat Cimande ini ke pelusuk tanah nusantara.


Ibu Semantan yang menjadi pengasas silat Cimande juga mempunyai seorang rakan karib yang bernama Ibu Surtani. Beliau telah menurunkan dan mengajar langkah-langkah silat Cimande kepada Ibu Surtani. Ibu Surtani menjadi murid Ibu Semantan dan mengembangkan ajaran dan ilmu silat Cimande ke daerah Bentan. Di Bentan, Ibu Surtani telah mengajarkan silat Cimande kepada Ibu Muryati yang berasal dari daerah Bengkalis. Segala ilmu yang diajarkan oleh Ibu Surtani telah di sebarkan oleh Ibu Muryati kampong halaman beliau iaitu daerah Bengkalis dan telah berkembang dan dikenali sehingga Riau. 







Ibu Surtani juga mempunyai 8 orang murid yang terdiri dari 2 lelaki dan 6 perempuan. Di antara murid beliau ialah Pak Sukiman yang merupakan antara pengasas Silat Cimande di Malaysia. Pada tahun 1950-an Pak Sukiman telah berhijrah dan merantau ke Batu Pahat, Johor di Malaya (Malaysia). Pak Sukiman telah bermaustatin dan menetap di Batu Pahat, beliau juga telah membuka gelanggang silat Cimande yang juga dikenali di Malaysia sebagai Seni Silat Cimandi Pecah Tujuh. Beberapa tahun kemudian Pak Sukiman telah merantau dari Johor ke utara semenanjung sehingga ke Banting, Selangor. Disana beliau telah menetap dan mengajar silat sehingga ke akhir hayat. Sebelum beliau kembali ke Rahmatullah beliau mempunyai ramai anak murid dan salah seorang darinya itu ialah Guru Khairi Bin Sakiman yang juga tinggal di Banting , Selangor.


Guru Khairi Bin Sakiman juga dikenali sebagai Wak Khairi telah meneruskan dan memperkembangkan seni silat Cimandi Pecah Tujuh dari Selangor sehingga Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Cawangan gelanggang Cimandi Pecah Tujuh yang pertama di Kuala Lumpur yang dibuka ialah di Kampung Kerinchi. Wak Khairi telah berusaha dan berkerja keras mengembangkan Seni Silat Cimandi Pecah Tujuh sehingga sanggup berulang-alik dari Banting ke Kuala Lumpur tanpa rasa jemu sehinggalah beliau menemui kemalangan jalan raya pada 1982 yang menyebabkan sebelah kakinya kudung.


Oleh kerana keuzuran Wak Khairi, beliau telah mengamanahkan tanggungjawab sebagai guru kepada salah seorang anak murid lama beliau iaitu Tn.Hj.Md Zin Bin Omar yang menetap di di Pantai Dalam untuk meneruskan dan mengembangkan Seni Silat Cimandi Pecah Tujuh hingga sekarang.