Monday, July 28, 2014

My Lovely & Adorable Kittens...

My cat, Bie dah selamat melahirkan 2 ekor anak kucing yang comel dan montel 2 minggu lepas...sekor berbelang-belang berwarna silver, diberi nama Tiger dan seekor lagi berwarna kelabu diberi nama Blu...dua-dua matanya biru...

Since umurnya baru 2 minggu (hampir masuk minggu ke-3 sbrnya), dua-duanya baru celik mata dan terkedek2 berjalan...adakalanya tergolek & terkial-kial bila nak memanjat masuk ke tempat tidur...very the cute...dua-duanya nampak sangat adorable & comel...

Pengumuman Raya Tahun 2014 & Salam Aidilfitri

Pak cik ni muncul kembali...kali ni bukan utk announce puasa...tapi untuk announce tarikh Hari Raya...begitulah dianya...setelah sebulan lamanya berpuasa (tak rasa lama pun, pejam celik sekejap je dah nak raya), akhirnya tiba masanya untuk pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga, sanak saudara & kawan-kawan lama..

Drive safe...
Makan dgn berpada-pada...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir & Batin...

Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17

Malam tadi kita digemparkan dengan berita kehilangan sebuah lagi pesawat penumpang Boeing 777-200 milik MAS iaitu MH17 yang dipercayai telah ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia.
Ketika kejadian, pesawat berkenaan membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.

Innalillahiwainnalillahirajiun...

Takziah kepada semua keluarga penumpang dan krew penerbangan atas kejadian malang ini...

Thursday, July 17, 2014

Mi Goreng aka Mi Bodo aka Mi Lambung

Kalau pergi kota Melaka...mmg nak pekena makanan yang pedas-pedas aje...mmg resam kalau pergi Melaka, nak pekena asam pedas tak kira la asam pedas apa...ikan kembung...ikan pari..ikan parang...tetel..semuanya ada...tapi skrg bukan nak cerita pasal asam pedas...sekarang ni nk cerita tentang mi goreng bersambal haji hasan...
Mee goreng Haji Hasan ni juga dikenali sebagai Mee Bodo (sebab mi gorengnya agak simple...kombinasi mi kuning...taugeh...timun dan jugak sambal) ataupun dikenali sebagai Mi Lambung sebab cara masaknya seolah dilambung2 mee tu...hehehe...
Mi Lambung ni mmg simple...tapi sambalnya tu yang membuka selera...kalau makan, memang kena makan masa masih panas...mi goreng ni tak lengkap kalau tak disekalikan dengan telur goreng mata...yang juga diletakkan sambal yang sama...
Bila sampai kat kedai ni..SOP nya adalah kena carik meja yang available...sebab memang kedai ni akan penuh dengan pelanggan...caranya, pick any table yang agak2 pelanggan dah nak abis makan and tunggu la kat sebelah meja tu...biasanya selepas makan pelanggan akan terus bayar dan beri peluang pelanggan lain utk menikmati mi goreng ni...kat sini bukanlah tempat makan dan lepak borak lama2...no..no...no...
So, bila dah dapat tempat duduk, orderla minuman dan makanan..which is mi goreng dan tunggu hingga mi goreng sampai ke meja...sesudah mi goreng tu landing atas meja, boleh la bangun sekejap dan beratur untuk ambil telur goreng mata...mmg konsep ambik telur goreng mata ni secara berdikari atau self service...lepas ambik telur mata tu bole la taruh sambal banyak2 kalau suka...hehe...
Dah ada mi goreng dgn telur goreng mata, maka dah boleh lah bersantap dengan penuh selera...sampai habis makan dan minum, bayar...lepas tu bagi next customer plak duduk makan...kalau datang ramai2 satu famili memang senang, boleh la mintak famili member tolong beratur and amik telur goreng mata tu banyak sambil tunggu mi goremg sampai kat meja...
Kedai haji Hasan ni terletak bersebelahan Methodist Girl School (MGS), Tengkera..iaitu tak jauh dari Masjid Jamek Tengkera...kalau nampak kereta parking berderet tepi jalan tu...mmg tak salah lagi...kat situ la kedainya...waktu perniagaan biasanya pada setiap hari jam 8.00 pagi hingga 11.00 tengahari...3 jam sahaja tapi cukup ramai akan datang makan kat situ especially masa cuti sekolah dan hujung minggu...kalau bulan ramadhan, kedai makan ni dibuka pada sebelah malam dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam..so, kalau tetiba mengidam masa tengah puasa tu, tak perlu la kecewa...kedai masih dibuka...
Lokasi kedai di sebelah jalan utama...Boleh nampak kereta banyak side parking kat tepi jalan
Mi goreng yang dah siap dimasak akan diagihkan dalam pinggan sebelum diedar kepada pelanggan
Kelihatan mi goreng...timun..dan sambal yang sedap...nyum..nyum...
close up mi goreng (biasanya sambal tu akan ditambah banyak2 baru puas makan..hehe...)
Bila mi goreng dah dapat, beratur pulak ambik telur goreng..time ni boleh taruk sambal banyak-banyak untuk top up stock sambal dalam pinggan mee...
Close up telur goreng mata yang diletakkan sambal dan timun,,,
This is my meal...kalau pekena mi goreng kat sini, konpem telur mata 2 pinggan...sambal pun top up jugak...adakala mi goreng pun bedal sampai 2 pinggan.... :)
Kalau waktu malam ni, biasanya pada bulan puasa...pelanggan ramai tapi kalau pada hari biasa (bukan bulan puasa) memang akan nampak pelanggan lebih ramai daripada dalam gambar ni

Street Fighter: Assassin's Fist

Aritu baru tengok movie ni...rasanya tak keluar kat panggung wayang...(actually asalnya TV series tapi digabung dalam 1 dvd menjadi versi movie)...kalau minat game Street Fighter, mmg kena tengok movie ni...mmg ikut sebijik karakter dalam game tu...bukan mcm filem Street Fighter Hollywood yang dulu2 tu...yang tu mmg failed terus...yang ni mmg sangat jauh kualitinya...terbaik!!!

Cerita Assassin's Fist ni banyak berkisar tentang Ryu dan Ken...serta gurunya, Goken...selain explore pasal diorg ni, filem ni jgk explain mcmana rakan seperguruan Goken iaitu Goki boleh menjadi musuh utama diorang iaitu Akuma...memang smart abis scene training, fighting and kemunculan Akuma...gaya fighting memang sama seperti dalam game...begitu juga la dengan pakaian bagi semua watak2 yang ada...sinematografi jugak amat baik...semua watak diperjelaskan satu persatu so penonton boleh faham tentang watak utama dalam movie ni...dan bagaimana 'dark art' yg dikenali sebagai 'satsui no hado' dalam seni mempertahankan diri yang diorg belajar iaitu Ansatsuken boleh menguasai diri org yg mengamalkannya...

Movie ni durasinya 120 minit...part 2 akan menyusul nanti...

So far, mmg puas hati la menontonnya especially bagi peminat tegar game Street Fighter...

Don't miss it!

Wednesday, July 09, 2014

Kuih Keria Femes Limbongan (Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil)

Kalau sapa2 ada menyinggah ke Melaka, try not to miss to have this tasty Kuih Keria Haji Jalil kt Limbongan, Melaka...Limbongan ni area antara Tengkera dan Klebang...

Nak cari kedai Kuih Keria Haji Jalil yg femes ni tak susah pun...cari je Masjid Limbongan..kedai ni terletak bersebelahan masjid tu...usually kalau hari biasa especially hujung minggu, memang penuh la orang dok berkerumun beli kuih keria ni...

Kuih kerianya besar2...gemuk2 dan bulat2...disalut pulak dgn gula melaka...nmpk keras tp bila dimakan...terasa lembut kuihnya...makan sekali pasti la nak lagi...hehehe...

Selamat mencuba...