Kalau pergi kota Melaka...mmg nak pekena makanan yang pedas-pedas aje...mmg resam kalau pergi Melaka, nak pekena asam pedas tak kira la asam pedas apa...ikan kembung...ikan pari..ikan parang...tetel..semuanya ada...tapi skrg bukan nak cerita pasal asam pedas...sekarang ni nk cerita tentang mi goreng bersambal haji hasan...
Mee goreng Haji Hasan ni juga dikenali sebagai Mee Bodo (sebab mi gorengnya agak simple...kombinasi mi kuning...taugeh...timun dan jugak sambal) ataupun dikenali sebagai Mi Lambung sebab cara masaknya seolah dilambung2 mee tu...hehehe...
Mi Lambung ni mmg simple...tapi sambalnya tu yang membuka selera...kalau makan, memang kena makan masa masih panas...mi goreng ni tak lengkap kalau tak disekalikan dengan telur goreng mata...yang juga diletakkan sambal yang sama...
Bila sampai kat kedai ni..SOP nya adalah kena carik meja yang available...sebab memang kedai ni akan penuh dengan pelanggan...caranya, pick any table yang agak2 pelanggan dah nak abis makan and tunggu la kat sebelah meja tu...biasanya selepas makan pelanggan akan terus bayar dan beri peluang pelanggan lain utk menikmati mi goreng ni...kat sini bukanlah tempat makan dan lepak borak lama2...no..no...no...
So, bila dah dapat tempat duduk, orderla minuman dan makanan..which is mi goreng dan tunggu hingga mi goreng sampai ke meja...sesudah mi goreng tu landing atas meja, boleh la bangun sekejap dan beratur untuk ambil telur goreng mata...mmg konsep ambik telur goreng mata ni secara berdikari atau self service...lepas ambik telur mata tu bole la taruh sambal banyak2 kalau suka...hehe...
Dah ada mi goreng dgn telur goreng mata, maka dah boleh lah bersantap dengan penuh selera...sampai habis makan dan minum, bayar...lepas tu bagi next customer plak duduk makan...kalau datang ramai2 satu famili memang senang, boleh la mintak famili member tolong beratur and amik telur goreng mata tu banyak sambil tunggu mi goremg sampai kat meja...
Kedai haji Hasan ni terletak bersebelahan Methodist Girl School (MGS), Tengkera..iaitu tak jauh dari Masjid Jamek Tengkera...kalau nampak kereta parking berderet tepi jalan tu...mmg tak salah lagi...kat situ la kedainya...waktu perniagaan biasanya pada setiap hari jam 8.00 pagi hingga 11.00 tengahari...3 jam sahaja tapi cukup ramai akan datang makan kat situ especially masa cuti sekolah dan hujung minggu...kalau bulan ramadhan, kedai makan ni dibuka pada sebelah malam dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam..so, kalau tetiba mengidam masa tengah puasa tu, tak perlu la kecewa...kedai masih dibuka...
|
Lokasi kedai di sebelah jalan utama...Boleh nampak kereta banyak side parking kat tepi jalan |
|
Mi goreng yang dah siap dimasak akan diagihkan dalam pinggan sebelum diedar kepada pelanggan |
|
Kelihatan mi goreng...timun..dan sambal yang sedap...nyum..nyum... |
|
close up mi goreng (biasanya sambal tu akan ditambah banyak2 baru puas makan..hehe...) |
|
Bila mi goreng dah dapat, beratur pulak ambik telur goreng..time ni boleh taruk sambal banyak-banyak untuk top up stock sambal dalam pinggan mee... |
|
Close up telur goreng mata yang diletakkan sambal dan timun,,, |
|
This is my meal...kalau pekena mi goreng kat sini, konpem telur mata 2 pinggan...sambal pun top up jugak...adakala mi goreng pun bedal sampai 2 pinggan.... :) |
|
Kalau waktu malam ni, biasanya pada bulan puasa...pelanggan ramai tapi kalau pada hari biasa (bukan bulan puasa) memang akan nampak pelanggan lebih ramai daripada dalam gambar ni |