Day 3 Part 3
Mendaki dari arah Mesilau memang agak mencabar jugak. Mencabar sebab trek sempit, tak selebar dan semudah trek dari arah Timpohon. Dari Timpohon tu macam naik tangga je. Kalau dari Mesilau ni, tak boleh leka sangat berenti borak-borak atau berhenti ambik gambar posing kemain sebab nanti timing konpem akan lari. The best time to reach Laban Rata is before 5.00 pm. Kalau tak, siap la bergelap masa nak naik tu.
|
Melihat puncak...macam dah tak jauh lagi je ni... |
|
Tengok la trek dari Mesilau ni...mcm trek kat gunung area semenanjung je... |
|
Berehat melepaskan lelah... |
|
Ada air terjun mini... |
|
Lepas rehat kat pondok ni, Abg CC terus berdesup laju sampai ke Laban Rata... |
|
Mengah? |
|
Aksi termenung kat tangga... |
That happened to us. Me and Mayna pairing to the top. Abg CC pairing dengan Cik Sue...dah jauh nun kat depan. Dah tak nampak kelibat. Berlari kot diorang tu. Masa sampai kat simpang 3, persimpangan Timpohon - Mesilau - Laban Rata, jarak dari situ ke Laban Rata adalah dalam 2km. By the time we reached there, hari dah start gelap, hujan and angin agak kuat. Walau macamanapun, kena terus bergerak jugak dalam kepayah nak melawan angin yang sejuk and kegelapan. Head lamp adalah sangat berguna pada time ni. Begitu juga baju sejuk yang tebal.
Jauh kat belakang, Ms Cheryl Barr, Pn. Rina dan Sue Intan serta dua orang guide. Kitorang pun dah tak sure berapa distance diorang time tu. Rasanya struggle jugak nak naik ke Laban Rata. Perbezaan masa rasanya ada la dalam setengah jam ke 45 minit. Time-time macam ni, semangat nak kena kuat. Kena maintain and jaga-jaga jangan sampai cramp kaki. Kalau tak, lagi la seksa nak naik. Kalau nak patah balik ke kaki gunung tu, jangan harap le...
|
Sejuk kat sini...sebab tempat yang agak open dan berangin... |
|
Sebab sejuk, kena pakai glove... |
|
Sejukkkkkkk.... |
|
Awan mendung tu... |
|
Lepas gambar ni, tak ambik gambar lagi dah..sebab mcm dah lari masa... |
Finally, Me and Mayna reached Laban Rata pada jam 8.00 malam. Memang mental sket berjalan dalam gelap sambil menahan angin sejuk. Sesampai kat restaurant, Abg CC, Cik Sue and Sue Intan dah tunggu kat meja makan. Diorang dah sampai awal dah. Dah lama berehat agaknya. So, terus la makan apa yang ada. Lapar masa tu...letih tu jangan ceritalah. Then lepas Ms Cheryl Barr and Pn Rina sampai, lepak reramai kat restoran sambil temankan diorang makan sebelum semua bergerak ke Gunting Lagadan Hut. Kena menapak sket dari restoran dalam gelap-gelap tu tapi tak jauh pun. Misi seterusnya, nak tidur sebelum kena bangun kul 1.30 pagi. So, kitorang dapat bilik bersebelahan. Satu bilik ada 2 katil double decker. Masuk je bilik suma pakat-pakat masuk selimut masing-masing and tak lama lepas tu, senyap sunyi.
I woke up exactly at 1.00am. Masa tu dah terdengar riuh-rendah kat corridor. Means, ramai pengunjung lain dah ready and bersiap nak naik ke puncak ikut group memasing. Abg CC masih dalam selimut. Begitu jugak yang lelain. Then, slowly turun nak pegi toilet sebab nak clearkan perut sebelum tetiba perut buat hal kat atas nanti. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebabnya, kat atas sana tu takde toilet...kalau nak kena trurun ke final Check point. Macam tak sanggup je. Then, the best part is, toilet tak ada air. Ada la sket tapi kecikkk la sangat. Tak sampai berapa minit terus tak kuar dah dari dalam pili. Nasib baik dalam baldi ada lagi so bekalan adalah sangat mencukupi. Dunno bout the rest kalau diorg nak ke toilet nanti.
Lepas setel, terus ketuk pintu bilik gegurls nak kejutkan diorang. Then kejutkan Abg CC, Mayna jugak...suma terpisat-pisat nak bangun. yelah...badan letih...tidur plak tak puas. Bila dah siap pakai kasut, baju sejuk (mmgtak bukak langsung masa tidur pun) etc, terus check bilik sebelah untuk make sure diorang semua dah bangun jugak. Tengok-tengok kat tengah-tengah bilik, atas lantai ada kesan muntah..lepas tu ada plak letak tisu bagai nak cover muntah tu. Sapa yang muntah? berkat hasil siasatan, rupanya Pn Rina termuntah malam tu. Diorang pun dah tak boleh nak buat apa so sepanjang malam tu diorang tido dengan ada muntah kat tengah-tengah. hehehe...memang adventurous sungguh. Sempoi jek diorang nih.
|
Siapakah ini???? Cuba teka... |
|
Kemain nyenyak tidur ni...mcm taknak bangun je rupanya... |
Bila semua dah bangun, dah sedar dan kembali ke dunia realiti, semua berkumpul kat tengah-tengah guest house. Pelbagai orang daripada pelbagai tempat ada kat situ. Semua dengan group masing-masing. Geng surau dari KL pun ada. Area mana ntah, tak ingat. Bukan main semangat lagi diorang nak conquer puncak Kinabalu. Kitorang plak tunggu guide yang tak sampai-sampai. Terlajak tidur ke diorang tu? Group lain dah mula start naik. Boleh nampak cahaya head lamp masing-masing dalam gelap. Nak buat neskape tak boleh la pulak sebab takde disediakan untuk guest. Sebelum-sebelum ni ada disediakan neskape 3 in 1..gula..air panas...kalau tak boleh tidur, boleh bancuh air and lepak kat hall hostel tu. Tapi time tu takde pulak. Jangankan neskape 3 in 1, air kat sinki pun takde jugak. Management kena buat sumthing la to overcome these problems.
|
Getting ready nak mendaki ke puncak...kul 1.30 pagi ni... |
|
Abg CC tengah mamai ke tu... |
So, bila guide dah sampai je, tanpa berlengah lagi kitorang terus mendaki naik ke arah puncak lepas diorang bagi short briefing. Yang penting, kena sampai ke final check point dulu untuk register bagi dapat sijil. Sayat-Sayat Check Point namanya. Another checking is done by the guide yang ikut sampai ke puncak. Guide tu yang akan sahkan pendaki mana yang berjaya jejak puncak tu and later dapat sjil berwarna. Tak boleh nak ngelat. Tang lelain yang tak sampai tu berhak dapat sijil yang takde kaler aje. Kalau nak yang berkaler jugak, boleh...tapi kaler la sendiri.
Group kitorang time tu terpecah dua. Abg CC and Cik Sue dah laju ke atas...menuju puncak. Me and Mayna sticked together with Pn Rina and Sue Intan. Disebabkan guide yang suppose jaga paling balakang sekali takde sebab temankan Ms Cheryl patah balik turun ke Laban Rata, kitorang kena pepandai jaga diri sendiri without guide. Patutnya guide tu naik balik tapi sampai ke sudah tak nampak muka. Untuk naik ke puncak ni, dari Laban Rata tu memula kena daki tangga...dalam gelap and sejuk-sejuk tu nak tak nak kena jugak la naik tangga tu. Eskeletor memang takde kat sini. Then, bila sampai kat satu area tu, kena naik pakai tali plak. So, semuanya kena berpaut pada tali and naik secara bergilir-gilir. Tak boleh rushing-rushing kat sini. Slow and steady. Sambil tangan berpaut kat tali, kaki kena pijak kat batu-batu yang ada untuk naik ke atas. Macam-macam stail ada. Yang dah biasa tu konpem takde masalah. Yang 1st time mendaki dengan cara macam ni mungkin agak kekok and ambil masa sikit. At this part, tak boleh slow sangat until block/halang laluan pendaki lain. Sebabnya, selain kita, kat belakang tu ramai lagi yang nak naik. So, kena la tolong each other and tak boleh pentingkan diri sendiri. Not only to our friends tapi tolong jugak pendaki yang lain. Dalam gelap tu, fokus adalah pada tali dan tempat berpijak. Memang tak nampak apa kat kiri kanan tu. Kena keep on moving sampai la reach Check Point akhir. Mental and semangat kena strong.
Masa sampai ke Sayat-sayat, langit pun dah cerah dah. So boleh nampak awan-awan kat keliling kita. Maknanya ketinggian tu adalah di atas paras awan. Supposely, at that time memang sempat nak kejar ke puncak. Tapi disebabkan cuaca yang kelihatan seperti nak hujan, hasrat terpaksalah dibatalkan. Dah turun sikit rintik-rintik hujan masa on the way ke atas. Sue Intan pulak sakit lutut so its better not to leave her alone. Kitorang reramai stay bersama-sama dengan Sue Intan before finally decide untuk turun balik ke Sayat-sayat untuk membolehkan Sue Intan berehat. Even tak sempat nak ke puncak kali ni, i dont really mind coz nanti boleh je try lagi. Pn Rina and Cik Sue pun dah ada pengalaman time ni...so next time diorang target nak jejak kat puncak jugak. Kira a big achievement kpd Mayna, Pn rina and Sue Intan sebab diorang kuat semangat dan berjaya melepasi Sayat-sayat. No more wearing running/jogging shoes sebab susah diorang nak bergerak kat batu-batu yang licin tu. Safety cannot be compromised. Dengan aksut yang sesuai (Hiking shoes especially), senang nak berjalan kat kawasan berbatu tu. konfiden sket so tak payah nak merangkak pegang tapi walhal orang kat keliling selamba je berjalan macam takde apa.
|
Di atas awan gemawan... |
|
Dah otw nak turun dah ni... |
|
Kelihatan final check point... |
|
behind me is the Station... |
|
Amik gambar sendirik je sebab yang lelain dah melaju nak turun tu... |
Selepas berehat kat Sayat-Sayat and lutut Sue Intan pun dah kurang sket sakitnya, kitorang pun slowly turun ke Laban Rata. Time turun ni baru la nampak betapa cerunnya kawasan berbatu yang kitorang semua panjat dalam gelap tu. So, turun kena berhati-hati. Slow takpe asalkan selamat. Ada part yang agak crowded sket sebab bottle neck orang nak turun. Dalam sejam tu sampai la kat Laban rata...terus heading to the restaurant untuk breakfast and tunggu Abg CC and Cik Sue turun dari puncak. Makan aje apa yang ada untuk breakfast. Masa sampai kat restaurant, Ms Cheryl dah ada tunggu kitorang kat sana and we had our breakfast together.
|
Sarapan kat Laban Rata...belasah cukup2 apa yang ada... |
Below are the photos that i took from the restaurant. Ada gambar seorang mak cik warga tempatan yang kerjanya adalah sebagai porter and mengangkat barang-barang untuk dibawa ke atas. Cuba tengok beg yang makcik tu guna. Bukannya beg brand Osprey, Salomon, Arnold Palmer, Haitop or Deuter tapi rotan yang berpintal-pintal yang boleh diikat barang-barang yang nak dibawa. Rain cover pun guna plastik hitam je. Sangat sempoi, unik dan kreatif. Sangat respek pada mak cik itu.
|
Respek sama ini mak cik...mmg terhebat... |
Ini pulak foto Gunting bin Lagadan..yang terawal mendaki gunung Kinabalu bersama dengan ahli keluarganya.
|
Ini la dianya Gunting bin Lagadan... |
Dah setel makan, semua balik ke Gunting Lagadan Hut untuk berehat sekejap then kemas-kemas barang untuk perjalanan turun ke bawah (kaki gunung). Turun ni, semua orang akan terus menghala ke Timpohon and Kinabalu Park. For that night, kitorang semua akan berehat dan bermalam kat Kinabalu Park. Nak turun pun kena jaga pace...tak boleh terlalu perlahan sangat sebab adalah lebih molek untuk sampai ke Kinabalu Park pada jam 4 atau 5 petang sementara langit masih cerah selain boleh berehat cukup-cukup. kalau injured tu mungkin tak boleh buat apa. Yang boleh membantu adalah semangat yang membara and tekad untuk sampai dengan selamat.
No comments:
Post a Comment