Friday, February 15, 2013

Movie: Filem aksi silat The Raid Redemption (2011)


Selalunya movie aksi yang kita tengok banyak tonjolkan seni beladiri spt karate, taekwondo & kungfu. Sangat jarang malahan susah bebenor kita dapat tengok movie yang gunakan seni silat untuk adegan pertarungan. Kalau ada movie mcm tu pun, banyak datang dari Indonesia dan hanya dibuat untuk pasaran tempatan. Kalau movie Malaysia ni, tak berapa nampak aksi silatnya dan ada plak adegan terbang sini sana dari aksi silat yang tangkas mcm dalam filem Puteri Gunung Ledang.

iko uwais yang terer lg hensem

Pada tahun 2011, the Raid: Redemption, sebuah filem aksi dari Indonesia telah diterbitkan khusus untuk pasaran antarabangsa. Hero filem ni, Iko Uwais sebenarnya seorang jaguh silat dari Indonesia. Hensem jgk mamat ni. Pernah jadi player bolasepak jugak. Ilmu silat yang dimiliki beliau adalah Silat Tiga Berantai, yang mempunyai gaya Silat Betawi. Beliau juga pernah memenangi pertandingan seni silat tempatan dan aktif dalam pertunjukan silat di negara luar seperti di UK dan beberapa negara lain.

joe taslim..dia ni nanti berlakon dalam filem Fast & Furious 6

Begitu juga pelakon-pelakon lain. Mereka juga dipilih daripada kalangan pesilat-pesilat tempatan yang handal. Gile terer diorang ni. Semua gerak and aksi pelakon memang tangkas. Dari mula sampai habis movie memang banyak bergasak daripada berborak. Memang sangat puas hati la tengok movie ni.

Disebabkan jalan cerita, ketangkasan dan kehebatan diorang bergasak, movie yang dikategori bajet rendah ni telah berjaya mencapai tahap box-office internationally. Filem ni jugak dikatakan telah membantu mengangkat martabat seni silat sebagai salah satu martial art yang hebat sepertimana martial art yang lain. 

skuad elit tgh seram sejuk nak pegi attack sarang org jahat

Synopsis:
Salah seorang anggota pasukan elite special-forces Polis, Rama (Iko Uwais) telah diarahkan untuk menyertai satu misi berbahaya iaitu menahan seorang ketua penjahat yang brutal dari  sebuah blok apartment 15 tingkat tingginya. Dalam apartment tu plak, selain jadi tempat tinggal orang miskin, kebanyakannya dihuni oleh orang yang jahat-jahat aje. Tapi bila sorang penjahat dapat tau/nampak yang elite team ni ceroboh apartment tu, boss penjahat, Tama (Ray Sahetaphy) telah tawar ganjaran lumayan kepada semua pembunuh, perogol, gangster and perompak yang bermastautin dalam bangunan tu sebagai balasan kpd setiap anggota elite force yang dapat dibunuh. 

aiyak!!! kena serang lah pulok...

hero tgh saspen...teringat bini kt rumah yg tgh mengandung anak pertama

aksi bertarung guna parang...kau ado?


So, Rama dan Jaka (Joe Taslim) serta anggota polis yang ada terpaksa bergelut dan bertarung nyawa untuk kekal hidup dan teruskan misi tersebut. Diorang terpaksa gunakan dengan sebaiknya skill pertahanan diri untuk bergasak dengan penjahat yang berbahaya pada setiap aras apartment tu sebelum dapat ketemu dengan ketua penjahat. Namun, misi diorang sebenarnya mempunyai muslihat lain yang diorang sendiri tak sedar.

ketua pasukan elite yang tak kurang handalnya

aksi tepis-menepis

jurus tetak ketiak membelah sanubari


Filem ni sebenarnya filem kedua Pengarah: Gareth Huw Evans yang membolehkan beliau reteams semula dengan pelakon utama, Iko Uwais, yang juga fight choreographer untuk filem aksi silat: Merantau - yang merupakan filem aksi silat pertama Gareth Evans yang berjaya membawa Indonesian martial art of Pencak Silat kepada perhatian dunia. 


Filem ini juga menjadi sensasi ketika Toronto Film Festival, dan telah dimainkan kepada penunton yang rata-rata amat berpuashati dengan aksi yang ditonjolkan. Skor atau muzik bagi filem ini pulak dibuat oleh bukan calang-calang orangnya iaitu alternative rocker/composers Mike Shinoda dari kumpulan Linkin Park bersama Joseph Trapanese, yang turut berkolaborsi dengan  Daft Punk dan M83.


Filem silat dari Indonesia dah pun sampai ke peringkat dunia. Filem Malaysia pulak macamana? Sampai bila la filem Malaysia nak capai tahap macam ni kalau asik2 kuar movie yang ntah apa2 aje..

Kalau mau tengok movie ni, silalah berguling ke kedai dvd yang berhampiran atau persembahkan silat pulut atau silat pengantin untuk pinjam dvd daripada kawan yang ado...tengok la...konpem puas ati...konpem korang menggelupur nak belajar silat pasni..haha...


No comments: