Thursday, April 11, 2013

Shopping Gadget Untuk Samsung Galaxy S3 kat Publika, Solaris Dutamas

Semalam tak semena-mena pergi Publika (Solaris Dutamas). Unplanned. Itu pun sebab my brother dari Penang tetiba bagitau dia datang KL sebab ada meeting kat Bukit Aman. Meeting pasal apa, tak tau...sebab tak tanya. Then, dia ajak jumpa lepak minum lepas habis kerja, sebelum dia balik Penang petang tu jugak. Oklah. 


So, lepas kerja terus cabut pergi KL ikut MEX Highway. Sekali tengok, langit dah gelap. Nak hujan lebat pulak. Kalau masuk KL time hujan lebat, memang la carik penyakit. Ada jugak yang tersangkut dalam banjir. Tak pepasal je. Tapi redah jugak la. Sebab dah plan nak jumpa kan. Bila mana dah plan tu, buat ajelah..buatpe nak tukar-tukar, ye tak...

Since KL dah start hujan, puas fikir kat mana nak jumpa and tempat mana yang bole lepak minum. Area yang dia senang nak access ke Highway arah Utara. Sambil drive, sambil fikir. Ingatkan nak ajak ke Bangsar je tapi dia plak ada kat Chow Kit sebab jumpa member kat IPK Dang Wangi. Suddenly, dapat idea. Jumpa kat Publika ajelah. Lagipun kat situ ada banyak pilihan kedai makan.

Hujan lebat...traffic slow moving

Masuk je KL, terus stuck sekejap kat Jalan Istana sampai la ke area KL Sentral tu. Slow but moving. Then keluar susur ke Jalan Duta. Nasib baik kat sini tak sesak sangat so smooth je nak masuk ke Publika, belakang Masjid Wilayah Persekutuan tu. Dari Putrajaya, adala dalam 45 minit baru sampai sana. Cepat jugak la tu consider keadaan hujan lebat macam ni.

Mencari kedai Samsung
Then, sambil menunggu tu, carik la kedai Samsung. Nasib baik ada kat sini. Ingatkan takde. Memang dah plan nak pergi kedai Samsung kat Mines tu...semata-mata nak beli car charger sebab yang ada sekarang ni (Blackberry car charger) macam dah bengong sikit. Status charging tapi macam tak charging pun sebab power battery phone makin kurang je bila charge. So, memang dah masanya kena beli yang baru. Lagipun yang Blackberry tu dah 2 tahun pakai. 


Masuk je kedai, terus pegi side Accessories. Belek punya belek, jumpa car charger yang dicari. Harga pun dalam RM69. Power 5W. Quite reasonable untuk yang original. Ada kualiti and long lasting lagi tu compared yang biasa-biasa. Baru nak ambik yang tu tapi salesman tu suggest untuk ambik car charger bagi model Note II. Reason: sebab power lebih kuat (10W) dan charging pun lagi laju compared to 5W.

Samsung Power Bank: RM279
Then, ternampak plak power bank Samsung. Harga: RM279. Mahal jugak. Terfikir nak beli power bank tu tapi niat asal nak beli car charger je. Tengok punya tengok, ternampak pulak Extra Battery Kit. This kit ada charger box plus extra battery for phone. So, kalau ambik yang ni, boleh la switch battery and charge the other battery pakai charger box tu (connected to travel charger/car charger). Since dah ada travel charger and planning nak beli car charger, bole la pakai charger box ni kat rumah/office ataupun dalam kereta masa travelling. So, fikir punya fikir, ambik la dua-dua benda ni. Total is RM298 (Wah!!!) car charger/adapter RM129 & Extra Battery Kit RM169. Takpelah..dapat 2 benda untuk kegunaan diri sendiri. Kalau tak jenuh nak cari power plug and charge phone kalau ada satu battery. Nak ambik power bank pun ok jugak sebenarnya tapi what i need most is the car charger. Spare battery should be helping a lot too.


The 2 items that i bought

dah try charge the extra battery...working well...

Later, my brother arrived with his partner, one guy who drives the police car. Lupa plak namanya. Orang Utara. Then, after my brother saw the items that i bought, dia pun masuk jugak kedai Samsung tu and beli pulak travel charger for his Note II. Reason: nak cepat charge phone sebab battery dah takde power. Beli charger yang biasa-biasa tu kat Chow Kit tadi tapi charging speed sangat la lambatnya and kesan jangka panjang, boleh rosakkan memory battery plus cepat rosak. So, my brother kata: carik kedai makan yang boleh charge phone. Ok.


Happy sebab dapat charge phone..dia ni, kecik2 dulu musuh ketat ni...asik bergaduh je kat rumah...skrg dia plak jadik polis. Tak aci.



Then, straight away belanja diorang makan kat restoran Chawan. His 1st time there and his friend but not me. Banyak kali dah pekena makanan Chawan ni kat Bangsar. Port orang kereta mewah bawak aweks jugak tu. So. sambil makan, boleh la dia charge phone kat situ. Kena duduk dekat-dekat dengan tiang yang ada power plug. Ada la dalam sejam lepak, makan and borak-borak then pukul 9.30 malam baru bersurai. My brother balik Penang, me cabut balik tukar baju sebab nak kena join main badminton kat Sri Serdang kul 10.30 malam. 


My brother's dinner meal...lontong...

My dinner meal...sempoi...

Ada eksiden kat Highway MEX arah ke Putrajaya..kereta langgar kereta, 2 treler pulak langgar divider sebab nak elak dari langgar kereta-kereta tu...
Jeng...jeng..jeng...battery kat sebelah dalam...

Longkang tu boleh buat stand utk phone...sama ada menegak atau melintang...ikut suka lah...

Tuesday, April 09, 2013

Restoran Tuan Faridah - masakan kampung dan ayam kampung goreng


Not so busy today. Memula planning tak nak makan apa-apa tengahari arini...nak jaga badan bagi turun lagi dan lagi berat badan ni...but suddenly dapat tau malam ni member dah tempah court badminton. So...like it or not, kena lah makan jugak untuk bekalan enerji. Ok lah tu...kira timbal balik, kan...bukannya makan pastu terus tido...kalau petang nanti baru nak makan, ada jugak yang muntah hijau kaw-kaw time main badminton tu..

Selepas setel keja...abik nafas kejap then when the clock showed the time almost 1pm, cecepat keluar opis nak carik kedai makan. Memula ingat nak pekena nasi ayam penyet je for lunch...tapi tadi ada member suggest me to try this one kedai makan kat Puchong. My friend tak tau plak nama kedai tu. Just gave me the direction to get there. So..i started to think...apa lagi...why not give it a try...lagipun bukannya jauh... Kat Puchong area, depan sikit je pun dari Equine Park tu. Lagipun memang nak pergi workshop kat area Equine tu.

Thru phone, search la kat internet kejap nama kedai ni. Rupanya nama kedai ni Restoran Tuan Faridah. Got it. Then turn on GPS and Google Map supaya tak terbabas sampai ke Sunway Pyramid. Kalau terlajak ke sana, konpem kena amik half day. So, cecepat masuk kereta waja buruk tu then terus la drive lelaju ke arah destinasi yang ingin ditujui.


For direction: 

Dari arah Putrajaya ni, drive terus then masuk ke LDP menghala ke Puchong. Lepas tol RM1.60 tu, about 500 meter akan ada simpang ke kiri. Bagi signal kiri dan drive masuk ke simpang tu...then u will see one pintu gerbang at your front. Quickly buat u-turn sebelum pintu gerbang tu then belok kiri pada simpang sebelah kiri yang ada. You will see that you are entering kawasan perindustrian. Jangan panik dulu. Then, lepas masuk kiri tu, belok kiri lagi masuk ke Jalan BP4/3 then drive terus ikut jalan yang melengkung tu (masuk ke Jalan BP 6) sampai la ke deretan kedai. Pergi ke kedai yang paling hujunggggg sekali kat Jalan BP 6/7. Then you will see this Restoran Tuan Faridah ni kat sebelah kiri. Then pepandai la ye carik parking. Takkan itu pun nak kena bagi direction jugak kot. If tak sure jugak arah jalan nak ke sini, yang ada beli smartphone memahal tu please turn on your GPS or Google Map. Kedai makan ni memang ada ditanda dalam GPS and Google Map. Konpem tak sesat barat. Kalau jumpa tetuan Faridah and Co, itu bukan kedai makan tapi firma guaman. Salah tempat tu. Kalau still tak jumpa-jumpa jugak, silalah buat u-turn dan terus balik opis untuk berehat. Esok lusa boleh cuba lagi. (guna Kaedah Cuba Jaya)

lelauk yang ada kat sini...

Pelbagai lagi lelauk...

Kelihatan Ayam Kampung Goreng...dan sambal belacan yang baru lepas direfill...

Lelauk lain yang turut ada...
Memula sampai, tak berapa ramai sangat orang kat kedai. Ramai dah duduk makan dengan partner & geng masing-masing. So, terus la maju ke area lauk-pauk, nak tengok lauk apa yang ada. Banyak pilihan lauk kat sini. Rasanya sama lauk macam kat Restoran Mat Ayam Kampung kat Cyberjaya tu. Then, lepas ambik nasik, terus ambik ayam kampung goreng, sotong masak gulai, sayur kerabu dan telur masin. Tak dilupa sambal belacan nak bagi efek pedas. memang berjurai-jurai peluh membasahi dahi ini ketika makan dek penangan sambal belachan tu...

Nasi putih dan lauk yang terpilih untuk hari ini

Memang best pekena teh ais time panas-panas ni...
Lauk yang dipilih adalah sedap...yes, puas hati. Kombinasi yang baik. Memang licin pinggan dibuatnya sampai sebutir nasik pun tak tinggal. Ingatkan nak makan nasi separuh je tapi tengok-tangok dah habis semuanya masuk dalam perut. Teh ais yang diorder pun sedap...memang elok je membasahkan tekak yang tengah kering sebab cuaca panas hari ni. Rasa macam nak order satu jug aje minum sorang-sorang.

Sup tulang pun ada...tapi...time hari cuti sahaja...sbb time tu je ada banyak tulang agaknya...

Kalau nak tengok menu lain dan jenis lauk-pauk yang ada, boleh la refer kat sini...kalau boleh hafal semua tu, try la hafal...senang nak kira harga makanan sendiri nanti sebelum bayar...

Menu yang terpampang dengan megahnya

Memang ramai orang yang datang makan kat sini waktu tengahari. Mostly dari area Puchong, Seri Kembangan dan Putrajaya. Entah-entah ada yang sanggup datang dari Cyberjaya kalau diorang tak pergi makan kat Restoran Mat Ayam Kampung tu. Bila jam dah masuk pukul 1.15 pm je, berbondong-bondong orang masuk ke kedai. Penuh beratur nak ambik nasik and lauk. 

Kalau meja penuh, maka akan berlakulah aktiviti perkongsian meja. Macam aku tadi ni...datang sorang-sorang jek...then orang yang datang kendian pun mintak izin nak tumpang meja yang sama. No problem...takkan nak biarkan dia makan berdiri plak. Tak elok cenggitu...Kita sama-sama datang nak makan. so, makan la sesama semeja...kalau dia nak tolong bayarkan sekali pun takpe...atas semangat satu malaysia...



Ramainya...
Kat sini, bukan takat ramai aje yang datang makan, ada jugak yang bungkus lauk-pauk untuk makan kat opis/rumah. sekali bungkus, nah...ambik kau...sampai habis ayam kampung goreng dibuatnya. Terpaksa la yang datang nak makan tu kena tunggu ayam yang tengah digoreng tu siap...

Tu diaa...habis licin lauk dikerjakan...

So, kalau ada sesiapa yang tak pernah sampai and nak try makan kat sini, try lah ikut direction yang diberi nun kat atas tu...Insya Allah, tak sesat...aku yang 1st time gamble carik ni pun boleh jumpa...Alhamdulillah...

selamat menchoba dan selamat mengisi perut yang lapar....

Tuesday, April 02, 2013

Respect & Love


Friday, March 29, 2013

What Does A Real Relationship Has?

What does a real relationship has? Well...a real relationship has this....


Friday, March 22, 2013

Movie: Life of Pi

Dah lama tak beli dvd. Asik ulang-ulang tengok citer yang ada je kat rumah. Dah macam channel Astro plak sebab asik dok ulang movie yang sama banyak kali. Balik-balik movie tu. Balik-balik movie ni. Boring. So, memang dah sampai masa kena cari stok movie yang baru...sebab memang ada movie yang tak tengok lagi. So, 2 hari lepas, singgah la kat kedai dvd nearby the house and looked for good movies that is worth to watch.


Well, rupanya tak banyak movie baru (movie gred A list yang best) yang boleh dibeli. Then suddenly terpandang satu movie ni: Life of Pi. Life of Pi ni adalah American 3D live-action/computer-animated adventure drama film tahun 2012 yang diadaptasi daripada novel oleh penulis Yann Martel pada tahun 2001 dengan tajuk yang sama.  

Novel Life of Pi
A boy, a tiger, a hyena, a zebra and an orangutan
The chart of Pi's actions

Sebelum ni tak tertarik langsung nak tengok movie ni even dah dengar banyak good review about it and selain dah banyak cecah tahap box-office kat pelbagai negara, this movie pun berjaya menang 4 award (daripada 11 nominations) semasa berlangsungnya the 85th Academy Awards – the Oscar Awards 2013 iaitu Best Direction, Best Original Score, Best Cinematography and Best Visual Effects.


So, i think i should watch it. 

Pi and Richard Parker the tiger

Richard Parker and Pi
Taming Richard Parker


Drifting at sea
Synopsis:

A young man (Pi) who survives a disaster at sea is hurtled into an epic journey of adventure and discovery. While cast away, he forms an unexpected connection with another survivor: a fearsome Bengal tiger.
(source: imdb)
Facing the storm

Meeting the whale
Clueless
Beautiful sea

Pi's father named him Piscine Molitor after a swimming pool in France. As a child he changed his name to "Pi" (the mathematical symbol, π) because he was tired of being called "Pissing Patel". When Pi is 16, his father decides to move the family to Winnipeg, Canada, where he intends to settle and sell the zoo animals that he has. They book passage on a Japanese freighter named Tzimtzum. One night there is a storm; the ship begins to founder while Pi is on deck. He tries to find his family, but a crew member throws him into a lifeboat. Just as the ship falls into the sea, a freed zebra leaps from the ship to land on the boat with him. Pi then watches helplessly as the ship sinks, killing his family and the crew. Also with him is a hyena, and an orangutan.


Pi, who survives the shipwreck in which his family dies is finally stranded in the Pacific Ocean on the lifeboat with a Bengal tiger named Richard Parker. Then his journey and adventure for survival begins.
(source: wikipedia)



On mystery island..at night...

Mystery island is full of meerkat manor (very cute)

What can i say...Movie ni terbukti memang best untuk ditonton. You will enjoy it dari mula lagi iaitu dari saat karakter Pi diperkenalkan (sejak beliau masih kecil dan tinggal bersama keluarga dan kenal pelbagai jenis agama: Hindu, Kristian dan Islam) hinggalah beliau kehilangan keluarga dan terpaksa mengharungi 227 hari untuk survive dalam bot penyelamat bersama-sama dengan seekor harimau. Macamana harimau tu boleh dapat nama Richard Parker? kena tengok sendiri lah untuk tau...(kalau nak search kat Google pun boleh je sebanrnya...)


Stranded..without food...

Flying fish coming...

flying fish entering the boat...

Both tired and helpless...

Selain daripada adventure and CGI yang cantik, it also explores issues of spirituality and practicality. So, sesiapa yang belum tengok lagi movie ni, sila la beli dvd and tengok sendiri to witness it. Highly recommended.


Believe me...You will not regret watching it.


another cover of the book

in the making
the boat

in the making