Saturday, March 02, 2013

Kedai Reket AJ Racket Mart, Bandar Puteri Puchong

Hari ni xde plan nak ke mana-mana. Takde invitation untuk apa-apa majlis pun. So, keluar lunch pn agak lambat. Kul 3pm baru la nak keluar rumah. 

Lepas setel lunch, tetiba Masri wassap then call, ajak follow pergi tengok kedai reket area Bandar Puteri, Puchong. Katanya, member dia biasa hantar reket kat situ and dia nak tengok la kedai tu skali. Saja je nak tengok since sebelum ni selalu pergi Hock Eng kat Bandar Baru Bangi. So, kuar je dari Pasar Borong, park sesiap kereta kat Petronas Equine, sebaik Masri sampai je terus naik kereta dia pergi carik kedai reket tu.

AJ Racket Mart ni sblh kedai S2 Slimming yg ada gmbr Amber Chia yg besar giler



Kedai AJ Reket Mart ni sebenarnya kecik je kedainya tapi nampak ramai jugak orang yang datang untuk beli reket, pasang tali reket, beli kasut badminton, baju etc. Almost semua brand reket ada kat sini.




Selain badminton, kedai ni jugak ada jual bat ping pong dan reket tenis. Kalau beli reket atau kasut badmintom kat sini, boleh la dapat diskaun up to 25% pada barang-barang yang berkaitan.
reket klasik...tahun 1976..for display only...


Kedai ni jugak terletak berhampiran dengan dewan badminton iaitu Michael's Badminton Academy & Sports.

So, kalau ada sesapa nak try survey harga reket badminton, kasut etc boleh la datang ke kedai ni.
Alamat:
AJ Racket Mart
Jalan Puteri 4/1,
Bandar Puteri Puchong,
Puchong,
Selangor DE.

1 comment:

m said...

kedai ni ngn hock heng bangi mne murah?