Monday, March 11, 2013

Restoran Mat Ayam Kampung, Neo Cyber, Cyberjaya

Satu lagi kedai makan kat area Neo Cyber yang selalu menjadi serbuan pemakan-pemakan tegar yang laparkan makanan kampung adalah Restoran Mat Ayam Kampung. Restoran Mat Ayam Kampung ni sebenarnya dah ada kat Seri Serdang, bersebelahan dengan Dewan Badminton BSC Sports (kat deret kedai perabot tu). Sebelum-sebelum ni, memang biasa makan kat situ je lepas habis main badminton (kalau kedai tu still belum tutup) and waktu tengahari time hujung minggu. Tapi now dah ada satu lagi cawangan kat Cyberjaya. 


Apa yang best kat kedai ni ialah selain daripada lauk ayam kampung yang digoreng dan dimasak gulai, ada banyak lauk-pauk lain yang boleh dipilih ikut selera si pemakan/pengunjung kedai. Lauk-pauk ni hanya untuk sesi makan tengahari sahaja. Waktu malam takde.

Kalau tak silap, tempoyak kat dalam balang besar tu...kan?
Sabtu lepas, sempat la singgah makan tengahari kat sini atas cadangan Masri tapi sampai agak lambat jugak dalam pukul 2 lebih. Masri plak sampai dalam pukul 3 petang. Luckily, ada banyak lagi lauk-pauk yang available. Selalunya, kedai ni penuh dengan pengunjung pada waktu tengahari. Kalau waktu malam pulak biasanya makanan bergoreng yang dijual macam nasi goreng, mee goreng etc. Belum pernah test makan kat sini time waktu malam. Biasanya waktu malam tak berapa ramai sangat orang sebab kedai ni takde tv and skrin besar untuk orang tengok movie sambil makan-makan. Mungkin kalau dah ada lepas ni, sure jadi port lepak jugak macam D'Sedap Sengoti tu.

Tu...siput sedut...nampak?

Ulam-ulam jugak ada disediakan untuk para penggemar ulam. Cili/cabai pun ada. Kalau nak nampak terer, kunyah la cabai tu...kompem awek kat sebelah akan bertambah kagum melihat keperkasaan insan tersayang hinggakan semakin bertambah kasih sayang jadinya. Jangan lupa stand by tisu siap-siap untuk lap peluh.


Kelihatan ulam dan jugak ayam kampung goreng...

Lauk masak gulai, rendang, sambal..semuanya ada...sotong masak sambal nampak sedap jugak tu...

Sebelah atas semuanya lauk sayur, telur masih, ikan goreng, ikan bakar &ikan masin

 

Ruang lingkup kedai ni jugak agak luas. Banyak meja makan disediakan so mampu menampung kehadiran pelanggan yang ramai yang datang nak makan lauk ayam kampung kat sini. Kalau takde feel nak makan kat dalam, boleh la makan kat sebelah luar yang berbumbung. Kot nak feel romantik gitu...

Kul 3pm pun orang dok mai lagi...selagi lauknya tak abis...ada je orang datang...

Ini la lauk yang sempat diambik hari tu. Nasi putih dengan lauk pilihan ayam kampung masak lemak, tetel masak gulai kawah, kacang panjang dan telur masin. Patutnya ambik lauk ayam kampung je tapi dah ternampak tetel, tak boleh nak tahan sebab dah lama tak pekena tetel so terus angkut masuk dalam pinggan. Semuanya dicampur dengan air teh beng segelas, harga RM10.00 sahaja...oklah tu...

RM10 termasuk Teh Beng...

So, kalau bebila tersampai ke area Cyberjaya tu, boleh la try makan kat sini...directionnya sama macam nak pergi ke Restoran D' Sedap Sengoti sebab kedai ni saling berdepan antara satu sama lain...

Selamat menchoba...

No comments: