Saturday, March 16, 2013

Roti Canai Special, Limbongan, Melaka

Ini la Kompleks Niaga Limbongan

Bangun pagi..gosok gigi..perut lapar...nak sarapan kat mana ni? Well, aritu sempat singgah kat satu kedai roti canai yang femes bagi warga Melaka. Dulunya kedai ni kat deret kedai buruk tepi jalan kat area Limbongan (selepas Tengkera sebelum Klebang) tapi dek kerana projek jalan baru, deret kedai tu kena roboh, kedai roti canai tu hilang sekejap then now dah ada balik kat Kompleks Niaga Limbongan. This place is way much better than before sebab dulu seat pun limited, parking plak just kat tepi jalan tapi beratur orang nak beli roti canai. Now dah ada banyak meja makan and nak park kereta pun takde masalah.

Beratur dengan sabar kalau nak membungkus

Dapur yang senantiasa sibuk

Apa yang specialnya roti canai ni dengan roti canai kat tempat lain esp kedai mamak? Roti canai special ni dimasak dengan menggunakan arang...bukan guna gas dari tong gas...pastu kuahnya pulak kuah kari ikan pari dan 2-3 jenis lauk lagi yang boleh dimakan bersama dengan roti canai.

Berselera diorg ni makan...yummehh...nmpk lauk ikan tu?

Memang keselaluannya, kedai ni akan ramai orang yang datang semata-mata nak pekena roti canainya. Kalau terasa nak makan asam pedas melaka, takde pulak kat kedai ni tapi still boleh diorder dari kedai sebelah. Tak ada masalah. Asam pedas Melaka esp tetel memang sedap dimakan dengan roti canai atau dengan nasik putih. Ikut selera memasing waktu pagi tu macamana. For me, bila dah ada kat Melaka ni terus jadi buruk lantak sikit. Pepagi konpem nak pekena nasik putih dengan lauk asam pedas. Takpun, mee lambung atau mee bodo kat kedai sebelah Masjid Jamek Tengkera.  

Kedai makanan lain yang turut ada...

My meal selepas melantak roti canai...nasi putih, ayam goreng & asam pedas tetel...

So, kalau berkesempatan tu datang lah ke Medan Selera Limbongan dan join the group pekena roti canai special kat sini.

Madrasah Al-Rahmah kat seberang jalan

Kat area ni ada few bangunan lama yang usang macam ni...tak boleh nak diruntuhkan sebab dikatakan berpenunggu...huhuhu...

No comments: