Day 3 Part 2.
Masa ni semua dah ada kat Kinabalu Park. Menikmati udara nyaman sambil asap kuar kepul-kepul dari mulut bila berborak. Memang sejuk dah kat sini kalau pepagi ni. Banyak van dan bas parking sana sini sebab hantar group-group pendaki dari serata tempat. Ramai orang masa kat Kinabalu Park ni. Banyak group lain yang akan mendaki tapi mostly diorang naik dari Timpohon. Kitorang je yang naik dari Mesilau. Ngengada.
Nak tengok macamana excitednya diorang masa nak naik Gunung Kinabalu ni? Sila tengok aksi gambar lompat ni...asik nak melompat aje kejanya...Orang keliling sengih-sengih je perati diorang ni...
|
Ready semua? |
|
1...2.... |
|
Aik..Baru nak mula lompat, Abg CC terus masuk nak juin sekaki... |
|
up..up and away... |
|
Reach the peak of lompatan |
|
Going down... |
|
Landing time... |
|
Nak satu round lagi? |
|
Tukar posisi dulu..takkan nak posisi yang sama aje...ready? |
Dah habis sesi lompat-lompat, semua kena masuk balik dalam van. Kena continue balik perjalanan ke Mesilau pulak. Selepas selesai sesi register (yang diuruskan oleh Cik Sue), semua orang dapat pas masing-masing. Pas ni adalah sebagai pengenalan diri bagi semua orang yang akan mendaki Gunug Kinabalu. Selain sebagai pengenalan diri, boleh juga la dibawak balik sebagai kenang-kenangan, bukti korang dah sampai ke Gunung Kinabalu ni.
|
Gunung Kinabalu dalam pengamatan |
Selain pas, semua orang juga dapat ration masing-masing sebagai bekalan makanan penambah tenaga dan penghilang rasa lapar semasa naik ke atas nanti. Yang dibekalkan adalah roti, pisang, epal dan dua bijik telur ayam. Takde pizza ataupun ayam KFC di sini.
Setelah 45 minit berlalu, sampai la semuanya ke Mesilau. Time ni haru sikit. Van tak boleh dan tak larat nak daki jalan ke atas tu sebab berat sangat (tu la...sapa suruh makan banyak-banyak semalam) so semuanya kena turun and menapak. Makan asap aje la masa ni. Oklah jugak, untuk warm-up pun bagus jugak ni. Seperti kebiasaan, sambil menapak pun ada juga yang nak bergambar....
Kat Mesilau ni ada jugak pejabat ranjer tapi kecik je. kawasan ni tak sebesar Timpohon. Ada air sungai kecik mengalir kat sini. Keadaan pun sejuk jugak. Masa kitorang sampai ni, jam dah dekat kul 10 pagi. By right, kul 10 pagi ni dah kena bergerak naik. Time is very important. Ini bagi mengelakkan pendaki lambat sampai ke Laban Rata sebab perjalanan biasanya memakan masa selama 5 jam. Kalau dari Mesilau ni kiranya 7 jam lah sebab extra 2 jam jauhnya berbanding trek Timpohon.
Semua yang ada ni kena ambik keluar barang-barang dari dalam van dan kemudian berkumpul kat satu kasawan untuk dengar sedikit penerangan daripada Guide yang akan mengemudi dan membawa ahli rombongan ni semuanya naik ke Laban rata dan seterusnya ke puncak Gunung Kinabalu. Guide ni jugak bertindak sebagai Porter yang akan membawa beg-beg ahli rombongan andaikata malas nak pikul beg sendiri. Bayaran yang dikenakan mengikut berat beg tersebut. 1 kg bersamaan RM8. So, kalau beg tu 10 kg, maknanya RM80 lah yang perlu dibayar. Ada ke yang nak bawak sampai 10kg?
|
Guide memberikah sepatah dua kata dalam bentuk taklimat |
|
MS rina mendengar dengan penuh minat |
|
Dengar bebaik ye adik-adik... |
|
Masih dalam sesi taklimat |
So, inilah trek yang akan dilalui. Berbanding trek yang luas dan bertangga kat Timpohon, trek kat Mesilau ni macam denai and kebanyakan trek hutan yang kita lalui kalau kita naik kat mana-mana gunung yang lain. So, kat sini pun agak mencabar jugalah. Kena hati-hati jugak semasa melangkah. Ingat pesanan orang tua-tua kalau masuk hutan...
|
Jum masuk.... |
|
Adehhh.... |
|
Mayna dan Abg CC |
|
Abg CC dengan aksi dan gaya gagah perkasanya... |
Setelah puas berjalan, kitorang pun berhenti ambik nafas sebab dah start mengah-mengah. Pwuerghhh.....So, bila tengah reramai lagi ni, kitorang pun bergambar la secara reramai dulu. Lepas ni konpem dah berpecah sket sebab kena ikut pace masing-masing tapi make sure, kena jalan secara berpartner. Guide pulak akan berada paling belakang sekali. Walau macamanapun, diorang akan ada kat belakang jugak. Diorang akan make sure semua ahli rombongan akan sampai ke Laban Rata dan membantu kalau ada sebarang masalah berlaku.
|
We are the world..we are the children... |
|
Sesi bersatu hati sambil tayang kasut memasing... |
|
Amenda tu CC? Aishhh...jangan tegur laaa... |
|
We are heading there... |
Bersambung lagi nampaknya....adessss....
No comments:
Post a Comment