Monday, February 11, 2013

Badan Rasa Lesu & Tak Bermaya Lepas Turun Dari Gunung...Sebab ada 'gangguan' atau Kena Urut Badan?

Sejak turun dari Gunung Bujang Melaka tempohari, rasa xsedap badan plak. Bahu rasa sengal, leher rasa tegang and badan plak rasa lesu. Memula ingatkan sebab apa la kan...takkan ada benda dok mengikut balik plak...ishhh...mintak dijauhkan la....moga tidak la begitu...usually kalau ada benda mengikut, orang yang diikutnya akan rasa lain macam and sekali sekala akan nampak atau kena ganggu dengan benda tu...so far takde lagi la...sangat la diharap agar terus kekal begitu..hehe.

Had one experience before this..but it happened to my roommate. Long time ago masa attend kursus DPA kat INTAN Bukit Kiara. There was a time where the pelatih had to attend modul luar. So i had mine...and my roommate went for his training after i had finished mine & came back to the hostel. Kiranya, dia group lain la...mine was ok...i came back dgn selamatnya...means xde pape yg berlaku..

It was just my roommate..something happened to him. When he returned from modul luar, he was acting weird. At times, i saw him reading surah Yassin kat atas katil...siap lencun dengan air sembahyang lagi...sedangkan before that dia elok je tido atas katil....ok...i didnt expect anything at first...dia pun xde plak nak cerita pape. i assumed everything was ok je. 

During weekends, i always arrived earlier than the others. Naik komuter from Stesen UKM then turun kt KL Sentral. Pastu beli makanan siap2 kt ctu before ambik teksi and balik ke INTAN, makan sorang2 dlm bilik sambil tgk tv and layan air-cond. Mmg nyaman rasanya. i always stayed alone in the room whenever my roommate came late. 

Then, one day ada black out kat hostel. Me and my roommate, had discussion with others and was sitting nearby the stairs. Then after the lights dah ada balik, my roommate was gone. Rupanya dia dah balik bilik. Oklah tu...bukannya MIA kena culik whatsoever. Dia dh amik air semayang. Then he told me he saw something at the corner of the area near the stairs, and that thing was looking directly at him. Dia pun naik cuak and trus cabut balik ke bilik. Then...he told me that after dia balik kursus modul luar, dia terasa lain macam...as if ada benda mengikut and kept diganggu especially bila dia sorang2 kat dalam bilik. The day i saw him reading Yassin tu was the day where he was sleeping when suddenly dia terasa spt ada tangan mencekik leher dia. Tu pasal dia bangun and amik air semayang etc.

Wow...who would expect that, huh? What about the time when i was alone in the room? Benda tu ada jugak ke or benda tu dok follow my room mate ni gi memana je yang dia pergi? I was lucky to see nothing in the room. He also told me, since then, dia pergi berubat nak bagi benda tu go away for good and tak ganggu dia lagi...Finally, after a while, that thing pun dah takde and he's back to normal life...no more unnecessary gangguan from makhluk halus...

So, by remembering that, i feel a bit worry but i don't think i'm facing the real problem. I think it is because i bawak beg yang berat and had a slow journey to the camp site yang buat my body restless. Selalunya naik gunung takdelah sampai cenggini. So, i went  to Prima Saujana and pergi la berurut kat Pusat Urut Kaki dan Terapi Aupair...well, pusat urut ni jenis yang halal punyalah...xde part ngarut2 tu...tukang urut pn lelaki jek..Takde tukang urut dr China, Thai or Vietnam yang menggoda jiwa raga pelanggan. So, jgn rasa kecewa. Been here for few times already untuk urut kaki dan badan...sangat ok..cuma kena tahan sakit sikit kalau urut kaki tu esp yang 1st time and tak biasa..biasanya kalau ada tempat yang bermasalah kat badan kita, baru kita terasa sakit kt tapak kaki masa diurut tu...kawasan yg sakit pd tapak kaki tu memberi petunjuk bahagian badan atau organ kita mungkin ada masalah.

So, for this time, just ambik full body massage for 1 hour je...damage: RM58...ok la tu, kan...pakej urut kaki & badan pun ada and it will cost RM88. Kalau urut kaki saja, RM48. So kalau amik pakej, dpt urut badan sejam and kaki sejam pastu jimat seploh hingget. Urutan mmg ok...tukang urut akan bagi urutan yang bisa melegakan lenguh2, sengal2 badan. Kalau badan berangin pun Insya Allah akan menjadi lega. Badan akan rasa fresh. Kalau ada anggota yang pernah cedera atau ada masalah kesihatan mcm kencing manis, darah tinggi etc eloklah dimaklumkan kepada tukang urut dulu sblm sesi dimulakan.

Selepas sejam urut badan, baru rasa lega sket esp part bahu, tangan & kaki. Badan pun rasa sedikit ringan. Leher pn tak rasa kejang. So far semuanya ok. I do recommend all to try this place. Pernah sblm ni datang untuk urut kaki, and at the same time Ustaz Wan Akashah, husband Ustazah Siti Nor Bahyah yang femes dgn urutan cakar harimau tu pn ada berurut kaki kat sini. Selamba je dia tido time tukang urut tu urut2, tekan2 tapak kaki dia. Mcm tak sakit je. Mungkin sebab dia rajin buat urut kaki agaknya. Bagus jgk untuk kesihatan & lancarkan peredaran darah esp yang rajin bekerja & dh berumur. Boleh jgk hilangkan stress keja dgn berurut ni.

so, sesapa nak try boleh la bermudik ke Kedai ni and cuba sendri. 

address:

Aupair Pusat Urut Kaki dan Terapi, 
Jalan Prima Saujana 2/D, 
Prima Saujana, 
Kajang.











No comments: