Sunday, February 24, 2013

Hari Memandikan Bie & Citam...

Hari ni badan dah rasa ok sket & seems like demam pun nampaknya dah kebah. Hidung kiri kanan dah tak tersumbat lagi. So, now is the right time untuk mengemas rumah etc. Selepas setel kemas rumah, there is another task that i know i have to do.

The task is: mandikan Citam & Bie.

Tugas ni nampak je mudah tapi seandainya kedua-dua budak kucing ni buat perangai & meragam, nescaya rumitlah jadinya. 

laparnya...sedapnya....
1st thing to do is...bagi diorang makan sambil berborak dulu semasa tengah sibuk kemas rumah. So, lepas dah kenyang makan, diorang ni akan chillax & relaks sket. Bagi diorang tempoh santai and bertenang. Bagi can diorang jingle and mingle keliling rumah.

???

wei...nak buat apa kurung-kurung ni....
Bila dah habis sesi mengemas, its time to clean them up! Memula, tangkap Citam bebaik...masukkan dalam small cage yang ada tersiap sedia. Then, giliran Bie la pulak. Sebelum masukkan Citam and Bie ni, kena usap-usap dulu diorang...just takmo bagi diorang panik. 

Memula...mandikan Citam dulu. Pelan-pelan dia kuar bila bukak pintu cage. Then, pegang dia leklok...siram air kat seluruh tubuh badan dia yang panjang tu. Memula dia rileks je. Senang keja nak basahkan badan dia ni. Lepas tu...bila sapu je syampoo, Citam macam dah start panik. Mula la meronta bagai. Aiseh...kena pegang dia bebaik jangan sampai dia melantun-lantun sebab tak duduk diam. Dalam meronta tu, sempat jugak la kena cakar kat lengan ni. Meleleh darah tapi takpe, sikit je. Bukan tahap luka parah pun. Sapu cepat-cepat syampoo sampai hujung ekor kontot Citam then bilas cepat-cepat sebelum masukkan Citam dalam cage. Yang bagusnya Citam ni tak berbunyik pun. Senyap je. 

Then, keluarkan Bie plak. Bie ni dari mula lagi dah tak duduk diam. Panik. Awal-awal dah rasa cuak kot. So, kaedah yang sama diaplikasikan. Pegang dia leklok, siram air kat seluruh badan and sapu syampoo cepat-cepat and lastly, bilas. Bie ni meronta lagi kuat...dengan tak duduk diamnya. Sabar je lah...dalam tengah sibuk bilas badan dia...zassss....sempat dia cakar kat lutut ni. Adesss...luka lagi..tahan je lah..
merayu mintak keluar....igtkan blum abis sesi mandi kot...

bila resah...ingat saat indah...

apa ko dah buat ni Bie...abis runtuh cage ni...
So, lepas setel, masukkan Bie dalam cage so dia bole lepak dengan Citam dan bagi chance diorang keringkan badan secara berdikari. Nak tgk diorg ni rajin tak grooming diri sendiri. Bie nampak ok...Citam ni je macam malas sket. Tak kering-kering bulu Citam ni. Then, Bie nampak macam menggigil sebab sejuk. Terus pegi ambik tuala and tolong lap mana-mana bulu dia yang still basah tu. Biar cepat sket kering and dia tak sejuk dah. Dengan Citam pun macam tu jugak. Barulah adil dan saksama.

wet wet wet....

posing time keringkan badan...sejuk ke?

kesan cakaran Citam masa mandikan dia tadi...

badan tak kering lg dh nak manja-manja...

dah kering dah..

ni nak suruh usap kepala dia la tu...dasar kucing manja...

Bila nampak dah ok, baru lepaskan diorang ni dalam rumah. Diorang sambung grooming tapi Citam ni asik nak bermanja aje kerjanya. Tak habis-habis nak menggesel bila ada kelapangan. Manja betul kucing pasar ni...Bie, si British Shorthair plak dok lari sana sini...memang tak duduk diam dia tu..Ni si Citam dok kembang-kembangkan bulu ekor kontot (perasan Persian) and nak bermanja-manjaan lagi...

citam ni ada kebolehan utk camourflage...

Bie pulak, kebolehan dia ni makan ajelah...dgn menggatal...

susah nak amik gambar Bie ni sbb tak reti duduk dendiam...

So, now dua-dua dah wangi...sama je baunya sebab sharing syampoo yang sama. Now, turn tuannya plak nak pegi mandi. Kat luar pun dah ujan lebat...angin pun kuat dah macam ribut sampai tak nampak pape dah...lepas mandi, semayang etc baru la bole membawa diri ke Pasar Borong...demi sesuap Nasi Ayam Penyet dengan ayam yang digoreng panas dan cili yang digiling segar sebagai pengalas perut untuk hari ni...juga as a reward kemas rumah and mandikan dua ekor kucing nakal tu..

No comments: