Wednesday, February 13, 2013

Movie: The Last Stand. Dah tengok?


Sekarang ni sorang demi sorang hero tua hollywood buat come back especially lepas kuar movie gabungan hero tua & muda: Expendables 1 & 2. Except for Bruce Willis yang keep on getting offers to star in new films, hero lain spt Arnold Schwazenegger & Stallone tak ada filem yang boleh highlight semula diorang as hero tunggal yang power macam watak Conan & Rambo.

The Last Stand yang keluar wayang sebelum ni adalah filem latest  Arnold Schwazenegger. Filem aksi komedi ni simple dari segi jalan cerita tapi still entertaining. Jalan ceritanya adalah tentang seorang penjahat yang melarikan diri dari FBI & cuba untuk cross sempadan untuk mengelakkan dia kena tangkap semula (tau plak takut kena tangkap). For that, orang jahat tu gunakan kereta sport Corvette berkuasa tinggi yang dicuri daripada pertunjukan kereta. Memang power giler kereta tu. Siap ada night vision lagi so that dia boleh drive dalam gelap so that polis & FBI x boleh nak trace/follow. Dlm filem ni, FBI memang la lembab giler. 
Untuk cross border, orang jahat ni kena lalu satu small town & Arnold ni Sheriff untuk small town tu.

So, untuk stop orang jahat ni, Arnold & 2 orang lagi Sheriff (sorang tu awek cun) terpaksa bekerjasama/dapatkan pertolongan daripada sorang banduan yang tak berapa jahat sangat (nak tolong tangkap orang jahat tu sebab dia bunuh kawan baiknya yang kerja mencari nafkah sebagai Sheriff dgn Arnold) & sorang mamat sengal yang ada koleksi senjata yang banyak dalam gudang (dia cita-cita nak bukak muzium).

Masa 'berperang' dgn askar orang jahat yang nak bagi boss dia lalu kt town ni la banyak aksi kelakar. Hero dah tua...what do we expect. hehe..

Overall movie ni best...enjoyable & kereta sport pun power2 (corvette & chevrolet camaro). Sesapa yang tgh carik movie nak tengok tu boleh la jugak layan movie ni.

No comments: