Saturday, February 16, 2013

Nak badan fit & cantik? Moh la bersenam aka exercise


Semua orang nak bentuk badan yang cantik. Bagi lelaki, kebanyakannya nak badan yang sasa, fit tetapi xdelah sampai berotot sakan sampai nak tersembul urat sana sini macam body builder tu. Nak buat apa sampai tahap mcm tu. Tapi, bila dah ada badan yang fit, dah tentu pakai baju apa pun nampak cantik and smart. Konpem meleleh awek tengok, sampai naik juling diorg dok menjeling. Pastu tak segan silu la letak gambar kat fesbuk bagai.


Bila bentuk badan dah cantik, kalau pergi mandi kat laut & air terjun pun xde rasa segan silu nak bukak baju tayang badan yang berketak-ketak (kononnya baju tu je la selai yang ada masa tu). Macam tu jugak bagi orang perempuan. Bila badan dah fit, dh tentu mood nak bergaya tu ada. Diorg lagi ikut trend. Dengan nak pakai legging la...body hugging la...ikot korg la nak berfesyen asalkan tak memudaratkan diri & poket sendiri.



Selain dapat bentuk badan yang cantik, dengan exercise juga kita boleh bakar gula & lemak2 degil yang juga jahat yang ada dalam badan kita. Dalam ertikata lain, ada kebaikannya untuk kesihatan so kurang risiko untuk dapat obesiti, diabetes, darah tinggi dsbnya. Kan bagus tu...



Salah satu sebab atau alasan kenapa orang malas nak buat exercise atau senaman adalah kerana sibuk, xde equipment yang sesuai, yuran gym yang mahal dan sikap malas tu sendiri. Sebenarnya apa yang penting adalah sikap dan kesedaran betapa pentingnya untuk buat exercise. Exercise sebenarnya boleh dibuat dengan menggunakan alatan yang sesuai, aktiviti seperti berjogging, berbasikal atau buat aktiviti sukan. Tak perlu susah2 sign up yuran beribu nak masuk gym pun.


Mungkin kita terlalu sibuk dengan kerja seharian sampaikan kita tak sempat nak singgah gym atau pergi berjogging etc. Apa yang kita boleh buat ialah aktiviti yang senang iaitu senaman di rumah. Senaman atau work out yang simple tapi berkesan dalam membentuk otot2 etc. Antaranya adalah:




Sit-up.
Sit-up boleh dilakukan untuk membentuk otot pada bahagian abdomen. Biasanya senaman ni dibuat oleh mereka yang ingin mendapatkan six-pack yang cantik so boleh la show off pada orang keliling, sahabat handai, teman sekerja & saudara mara terdekat.



Push-up.
Push-up atau tekan tubi ni pun satu jenis senaman yang mudah. Senaman ni bagi membentuk otot lengan yang cantik disamping otot bahu, dada dan abdomen. Tak dilupa juga otot badan secara keseluruhannya. Bahan yang diperlukan adalah sepasang tangan dan kaki serta sekujur tubuh.

Beban yang digunakan untuk menguatkan otot2 yang terlibat adalah berat pada tubuh badan. Lakukan mengikut kaedah yang betul berulang kali dan make sure ada improvement. Memula buat 10x..bila dah ok, up sket sampai 15x..then 20x...sampai la korang rasa korang dah power mcm Captain Amerika, ikut suka korang la nak push-up berapa banyak kali pun. Ketua kampung korang sure ok aje.



Skipping.
Skipping menggunakan skipping rope jugak adalah senaman yang simple dan berkesan khususnya otot kaki. Bila nak buat lompatan ni, jangan lupa pakai kasut sukan untuk elakkan tapak kaki pecah2 dan terpeleot ketika melompat. Juga untuk keselesaan so that kaki tak sakit. Buat la lompatan sebanyak mana yang terlarat and jangan lupa untuk 'up' bilangan lompatan. Ada yang boleh buat seribu kali. Tali skipping ni pun bukannya mahal. Tak payah beli kat outlet sukan yang jual sampai berpuluh/beratus harga. Kat pasaraya macam Giant, Tesco, Carrefor & AEON pn ada jual. Murah je...tapi berkesan penggunaannya.




Dumbbell
Kalau nak guna alatan untuk bantu bina otot, boleh la beli dumbbell. Dumbbell pun ada banyak jenis. Sama ada yang adjustable (bole tambah & kurangkan berat) atau yang dah siap sedia dengan berat tertentu. So, pilih la mana yang berkenan. Kalau nak fancy2, amik la yang warna warni tu...kalau nak yang nampak ganas sket, ambik yang adjustable lepas tu guna la ikut kaedah yang betul. Jangan sampai tercedera plak.
Untuk menambahkan stamina disamping membakar lemak, aktiviti seperti berjogging atau berbasikal boleh dilakukan.



Jogging/Running
Untuk aktiviti berjogging, kos yang terlibat hanya untuk membeli kasut jogging yang sesuai, track suit or seluar legging (utk perempuan), track suit or seluar pendek (utk para pria) serta t-shirt (sebaiknya dry fit). Untuk kaum lelaki, kalau badan dah cantik tu tanak pakai baju pn take. Ini la masanya nak show off. Takpun, pakai baju tak berlengan. Tayang sket otot kat lengan tu. Mau mleleh air liur awek yang jogging...tempat jogging plak boleh pilih sama ada trek di kawasan rekreasi (berbukit atau rata) ataupun trek balapan. Trek balapan ni kalau 1 round bersamaan 400m. So, ikut feel la berapa round terlarat.


Berbasikal
Sekarang ni berbasikal dah jadi trend utk kebanyakan orang. Kalau malam2 pun boleh nampak group berbasikal siap dgn helmet bagai. Ini satu aktiviti yang sihat dan wajar diamalkan. Tapi biarlah dibuat secara berkumpulan dan bukannya sorang2 bagi tujuan keselamatan. Kalau dh tergolek tepi jalan sorang2, sapa nak tau, btul tak?  Sama ada mountain bike atau racing, terpulang la kepada yang empunya kaki dan poket. Lagi mahal basikalnya, lagi baik dari segi kualiti & makin ringan berbanding basikal biasa (ikut material basikal).



Kalau nak lagi seronok berbasikal, kena build stamina dulu (dgn jogging) and buat workout di gym untuk kuatkan otot kaki. Juga perlu kurangkan berat badan agar kekal fit. Sebab, kalau basikal tu ringan mcmana pun, berat badan akan menjadi beban kepada kayuhan. Set target untuk jarak berbasikal selain pilihan tempat yang mencabar seperti kawasan berbukit. Dalam erti kata lain, u have to challenge urself and tgk sejauh mana kemampuan yang boleh dicapai. Selepas tu, cabar kemampuan yang ada untuk improvement.



Bagi yang nak pergi ke gym, sebenarnya tak perlu pun jadi member sampai kena bayar beribu walaupun sebenarnya bila bayar beribu tu, dpt tempat yg selesa, ada banyak kemudahan selain gym iaitu spa, pilates, aerobik etc. Boleh jgk usha awek2 atau mamat2 yang kebanyakannya pakai daring2 kalau kat gym yg high class ni. Hehehe...



Anyway, kalau utk guna gym equipment bagi kuatkan otot etc, pergi gym yang biasa pun dah memadai. Asalkan banyak equipment dan selesa. Masuk per entry je. Bukannya boleh nak datang tiap2 hari pun sebab busy kerja. So, kalau masuk secara per entry, just bayar masa datang ajelah. Ataupun, ada yang offer kupon so beli kupon tu dan guna masa nak masuk tu. Then pakailah equipment yang ada sampai tak larat, sampai puas ati tgk badan berpeluh sakan.



Dalam setiap senaman, aktiviti sukan yang kita buat, the most important is, u must never give up, know what ur want (target) & always challenge urself. Kota Rom tak dibina dalam masa sehari. Begitu juga badan yang berketak-ketak dan stamina yang power. Kena rajin usaha dan sabar. Kuatkan mental Maintain buat tiap2 hari walau sekejap sekalipun. Do not stop sebab bila dah miss satu hari means u dah miss one session.
Insya Allah, bila tiba waktunya, u will be impressed by the result. U will appreciate it and u wont regret at all.
Now, terpulang kepada diri kita sendiri. Sama ada kita pilih dan usaha untuk kekal sihat ataupun pilih untuk mempunyai penyakit. We are what we eat.

Apapun, beringat sebelum terlambat.
Selamat mencuba..

2 comments:

Unknown said...

Most important Eat Clean it start from the kitchen not the Gym :))

Santi said...

artikelnya lengkap sekali, badan cantik dan berotot maulah aku
Home Gym 3 Sisi , Jual Treadmill Elektrik , Alat Olahraga Lari