Thursday, February 21, 2013

Day 2. Ekspedisi Gunung Kinabalu 2012 (13 - 17 Sept 2012) - (Seafood Time)

Sambungan daripada part yang sebelum ni..Now, where to begin? 

Selepas selesai makan Nasi Padang for lunch kat jeti (lepas balik dari island hopping), semuanya terus proceed ke Centre Point, Kota Kinabalu sebab ada geng-geng yang tak cukup barang/peralatan nak naik ke gunung. Ada yang takde beg, tongkat, baju hujan, head lamp etc sebab tak sempat nak bershopping sebelum datang ke Kota Kinabalu. Memasing sibuk kan...so, tak ada masalah. Abg CC tau kat mana nak pergi. Yang penting, bawak duit secukupnya.



Kat Centre Point ni ada kedai yang khusus menjual bermacam ragam barang-barang hiking. You name it, you got it. Kalau tak silap, kat Aras 5 kedai tu. tak jauh dari eskeletor. Kalau gomen servant or orang berpencen, bole la dapat diskaun sampai 10% or 20%. So, borong sakan diorang kat sana. I managed to buy rain cover for my bag and sehelai selluar pendek yang khusus untuk hiking. Waterproof seluar tu. Harga pun RM60 je...boleh la beli selai. Disebabkan sibuk sangat membeli dan bergerak ke sana-sini, terlupa langsung nak ambik gambar kedai tu. So, tak dapat nak tunjuk kat sini.






Then, after lenguh-lenguh kaki sebab dok keluar masuk kedai barang hiking tu then keluar masuk kedai lain then pegi balik kedai hiking tu, some of us pun pakat turun minum kat restoren mamak kat level paling bawah sekali, depan Maybank. Kalau tak, sampai bila tak sudah nak membeli itu ini. Yang lelain tu still kat atas, continue carik barang-barang yang diorang nak carik. Lagipun, dah kat dalam shopping complex, kan...Kat kedai mamak ni ada roti canai/murtabak yang special namanya.  Masalahnya, now tak ingat apa nama roti canai/murtabak tu. Cobra? Hurricane? Tornado? Ntah...memang tak ingat...Next time kalau pergi mungkin boleh check balik menu kat kedai ni.
  



Next plan, malam ni nak pekena seafood kat area Pasar Filipin or Pasar Filipina. So, lepas setel shopping, semua dah berkumpul & bila dah cukup semuanya (takde yang tertinggal dalam kedai), terus la bergegas ke Pasar Filipina tu. Tempat ni pun tak jauh jugak dari Centre Point. Area depan Hotel Le Meridien je. Time ni.  semua orang pun dah lapar sakan especially bila dah terbayang seafood kat sini. Cik Sue pun bagi direction mana nak park and kedai mana nak pegi so, bila sampai je terus pilih meja mana nak duduk. Time ni jugak la tetiba ujan turun dengan lebatnya. Angin bukan main kuat lagi macam ribut gamaknya tapi nasib baik tak mengganggu gugat kedai-kedai makan kat sini. Orang keliling berlari-lari carik tempat berteduh. 

Area kat Pasar Filipin ni memang banyak kedai/gerai makan yang jual bermacam jenis seafood. Lebih kurang sama aje menunya. So, feel free to choose kedai mana yang berkenan. Makanan kat sini jugak rasanya tak sama macam makanan kat Semenanjung. So, need to get use to it and just enjoy the food.


Duduk-duduk je, semua terus pilih menu apa yang teringin nak di order. Gasak la. Asalkan sedap. Asalkan esok semua tak sakit perut/perut meragam bila nak mendaki gunung. Makan ni kena hati-hati sikit especially the day before hari mendaki tu. Takut nanti bila perut dah start problem, tak enjoy plak journey nak ke atas tu. 



Seaweed yang mcm buah anggur..Anggur Laut kot...

Posing dulu....
Bila makanan, dah sampai, kemain ceria lagi semua orang. Belasah aje la apa yang ada. Kalau boleh, banyak lagi yang nak diorder agaknya tu. Ada jugak menu yang pelik-pelik sebab tak jumpa kat tempat lain. Ni referring to menu berasaskan seaweed...Nak makan pun fikir banyak kali sebab rupa yang pelik pastu tak pernah makan sebelum-sebelum ni.






Semua sibuk makan sambil berborak-borak. Excited nak naik gunung esoknya. Barang pun dah cukup, so makin bersemangat la nak menawan Gunung Kinabalu tu. Abg CC rileks je...mentang-mentang la dah banyak kali naik turun Gunung Kinabalu. Tapi papepun, hari ni memang enjoy walaupun penat bershopping sakan kat sana sini plus aktiviti Island hopping, snorkeling pagi tadi.


Ikan pari bakar...

Sotong...

satu lagi sea weed...

Nampak cool tapi mcm berebut--rebut jugak time makan ni...



Sue Intan pun tekun menjamah makanan yang ada...
Cik Sue our tourist guide...


Ntah apa la yang diborakkan masa ni dgn Abg CC...


Tak sempat nak ambik gambar, dah kena bedal...so, ni lah ikan masak halia...(ikan susu rasanya ni)

So, aktiviti makan-makan ni tamat dalam pukul 10 lebih then semua cepat-cepat balik ke tempat berehat sebab nak mengemas barang untuk sesi esoknya. Yang lelaki plak kena check out esok pagi. Lagi banyak benda nak dikemas. Kena agih 2 beg la...beg untuk barang-barang yang nak ditinggalkan and satu lagi beg dengan barang-barang yang nak dibawa naik gunung. Beg dengan barang yang nak ditinggalkan tu boleh tumpang kat rumah Cik Sue je. 

Tak banyak yang perlu dibawak kalau nak naik Gunung Kinabalu ni. Antara barang yang penting and kena ada tu seperti baju sejuk/wind breaker, rain jacket, head lamp, makanan dan minuman sepanjang jalan tu, serkup kepala, sarung tangan, baju and seluar spare. Tak payah bawak beg besar gabak sampai 7 liter tu. Bukannya nak berkhemah kat atas gunung pun. 

So, lepas selesai mengemas malam ni, semuanya terus tidur. Yang gegurls tu rasanya diorang dok beborak dulu kot sampai diorang pengsan.





















No comments: