Wednesday, February 27, 2013

Restoran Al-Azwath, Equine Park, Seri Kembangan, Selangor

Sekarang ni musim hujan...Pagi hujan...petang pun hujan...malam pun hujan...memang best tidur time hujan-hujan ni kalau tak kerja...Selain tidur, aktiviti best yang boleh dibuat time hujan ni adalah lepak-lepak kat kedai mamak sambil pekena nasi kandar, roti canai, roti nan etc dan jugak teh tarik panas.

Dalam banyak-banyak kedai mamak, ada satu kedai mamak yang boleh dikatakan ada sediakan teh tarik yang sedap. Sedapnya sampaikan terasa nak order banyak-banyak tapi disebabkan tak boleh minum air manis banyak sangat (takut kena diabetes), kena la minum berpada-pada seadanya.



Kedai mamak yang dimaksudkan adalah tak lain dan tak bukan: Restoran Al-Azwath.

Sesiapa jua yang merupakan penghuni tetap/tidak tetap kat area Equine Park konpem tau kedai ni. Kedai ni letaknya di barisan kedai belakang Mc Donalds Equine, pada corner lot paling hujung sekali sebelah Kedai Teh O Beng 80 Sen (kedai makan jugak tu).
Nyum nyum...
Kalau makan nasik berlauk, so far lauk-pauk yang ada memang standard kedai mamak yang lain la...kari ayam, ikan, kambing, ayam masak madu, ayam sambal, ayam goreng, sayur kobis...semuanya pun ada tapi kat sini rasanya sedap sikit berbanding kedai lain. That's why ramai yang suka datang makan nasik kat sini. And kat sign borad kedai tu jelas tertulis 'HOUSE OF CURRY SPECIALIST' yang bermaksud, kedai tu merupakan rumah kepada pakar kari...So, ramai la kot pakar-pakar kari yang tinggal kat situ. So, now ramai dah tau pakar-pakar kari tinggal kat mana sebenarnya...Kalau nak tau sedap ke tak lauk-lauk kari kat situ, kena lah datang and try sendiri...datang la awal sket time lauk-lauk tu baru lepas masak...konpem tak lapar pun boleh jadik lapar...

Megi Goreng Ayam...(ayam tidak kelihatan)
Kalau tamau makan nasik, ada jugak makanan lain. Standard kedai mamak la jugak kan...macam mee goreng, mi goreng ayam, bihun goreng, bihun goreng ayam, rojak, rojak mi, roti telur, roti planta, roti milo, roti tisu, roti tampal, nan, nan cheese dan semuanyalah...letih nak sebut satu-satu. Mamak tu je boleh buat (nak sebut semua tu laju-laju) bila kita tanya apa yang ada diorang jual. lepas dia absi sebut suma menu tu, try la soh dia ulang balik 2-3 kali...then, tengok apa jadik...heheheh....

Menu semasa 2nd visit

Menu semasa 3rd Visit
Dah lama tak datang sini sebenarnya. So, dalam minggu lepas, sempat la 3 kali singgah makan kat sini sebab tak tau nak pegi makan kat mana. Memula datang time lunch (weekend kalau tak silap) then lepas keja, datang and just pekena maggi goreng ayam then after few days, sekali lagi datang time lepas keja untuk pekena roti canai/kosong (garing). Kuah dal kat sini pun boleh la tahan sedap jugak. Konpem licin kalau makan dengan roti kosong tu. Lagi best kalau order roti banjir.


Teh tarik kat sini sedap sebab kedai ni salah satu kedai yang dilabelkan sebagai Institut Teh Tarik oleh F&N...maknanya, diorang guna susu F&N dalam minuman diorang...tu yang sedap sebab nak jaga kualiti....






A Standard For Quality

Wherever you see the ‘Institut Teh Tarik’ emblem at a food outlet, you’ll be sure to find a great tasting cup of teh tarik. 
The ITT emblem represents the ‘Gold Standard’ in experiencing your favourite teh tarik beverage. It means the outlet uses quality ingredients from F&N products and maintains high service standards. This standard of quality is pioneered by F&N.

ITT is dedicated to promoting Malaysia’s favourite drink, teh tarik, and its cultural heritage. It also aims to help young entrepreneurs achieve success in the food outlet business through various programmes. 

For the very best in teh tarik quality, look for the ITT emblem wherever you go.




So, kalau ada masa free, jum lepak kedai mamak...pekena teh tarik sedap and order pape yang patut ikut nafsu makan masing-masing....


Malam-malam ada aktiviti 'game rebut kerusi' kat depan kedai...best, kan kedai ni? 

No comments: