Monday, February 18, 2013

Movie: Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit


This is happening. Yes..i've watched this movie. Mungkin sebab ada jin pakai toncit agaknya. Jin yang serba tau, yang mgkn boleh bgtau mcm2 perkara esp apa yang kita buat. Mungkin jugak sbb mlm semalam masa tidur termimpi jumpa hantu sampai terbangun kul 6 pagi. Scary, huh? Anyway, tu suma mainan tidur.. Was driving here and there, then stop kt Shaftburys, Cyberjaya utk lepak kt situ but realised that almost all the outlet close at 8 & 10pm. So, moved to Alamanda.

Apa lagi yang boleh dibuat kt sini. Window shopping seemed like impossible coz not planning to look/survey all the goods available here. Not planning to buy anything too. Gaji pun lambat lagi nak masuk (counting days). 


Sesampai je kat Alamanda, secara automatik kaki pun berjalan la sampai ke GSC. Secara automatiknya pun order 1 tiket utk movie Hantu Kak Limah 2 ni. Tak semua nak tengok movie ni so buat apa nak ajak tengok skali sampai tahap memaksa plak, betul tak? So, berdikari ajelah. Also heard that this movie dah cecah RM4.3 juta...so nak la tambah additional RM12 pada amount tu...kot2 dgn adanya extra RM12 boleh cecah RM5 juta plak. Who knows...? 


Walau diri sendiri tak kaya, apa yang boleh buat ialah bantu orang lain untuk senang & kaya je. No harm done anyway.
Movie was scheduled at 10.00pm. Sempat gi pekena KFC kejap. Nampaknya orang pun tak ramai today. Maybe ramai yang resting kat rumah dengan family or kuar jenjalan/sibuk dengan best friend. Bila dah lengang ni sejuk la sket. Lagipun memang sejuk arini sebab ujan lebat tadi and jalan licin sampaikan ada kereta eksiden dengan lori 1 tan kat depan Hospital Serdang petang tadi (lari topik sket).



Sinopsis:
Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian “Hantu Kak Limah Balik Rumah”, Husin yang telah muflis akibat ditipu skim cepat kaya di Singapura, telah balik ke Kampung Pisang. 

Sesampainya Husin kat Kampung Pisang, Husin pun berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi dulu. Tapi tak lama selepas tu, Kampung Pisang mula dilanda peristiwa-peristiwa aneh.

Nampaknya, peristiwa yang berlaku 45 tahun dulu terjadi semula. Kejadian kehilangan secara tiba-tiba lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui penduduk yang ada. Dalam kecoh-kecoh sebab kejadian pelik tu, Kak Limah yang dah pun pulih sepenuhnya, sibuk plak merancang nak buat rombongan pergi Singapura.

Masalah tetiba jadi semakin rumit dan sulit apabila Husin tiba-tiba hilang dari rumahnya. (Lepas blk dr Singapura, bole plak si Husin ni dok sengsorang kt rumah kampung yang besar tu dalam gelap xde letrik. Kalau teman, idok le teman nak carik penyakit). Kengkawan Husin spt Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK plak gagal untuk kesan kat mana sebenarnya Husin. Yang ada, hasil peninggalan Husin iaitu mee maggi Singapura…..(boleh cenggitu?)


Dalam pada semua dok kecoh, muncul plak Dr. Samsudin yang mengaku kononnya dia boleh kesan kat mana sebenarnya Husin berada. Apa sebenarnya yang berlaku…? Siapa yang culik Husin…? Siapakah Mon sebenarnya dan kenapa Mon cari Husin? Apa sebabnya Husin kena culik? Apa sebenarnya sejarah Kampung Pisang 45 tahun dulu tu? Kenapa lepas 45 tahun baru berlaku kejadian super pelik tu? Siapa Dr. Samsudin yang muka macam husband Vanidah Imran, yang muncul tiba-tiba dalam kampung tu? Apa kaitan Dr. tu dengan kampung tu? Banyak persoalan yang kena jawab...dan untuk jawapannya, kena la tengok movie ni.



Overall movie ni ok2 aje...enjoyable untuk ditonton oleh orang tempatan. Takdelah best giler pun. (Yang kureng sket and quite annoying ialah bila orang sebelah dah la masuk lambat, pastu over excited and dok membebel itu ini pasal movie ni...mgkn sbb dh pernah tgk sebelum ni and now dia nak bwk plak famili gi tgk. Mmg potong stim betul) Mgkn dh ramai yang biasa dgn stail movie arahan Mamat Khalid ni plus dengan expectation and publisiti esp dari movie2 sebelum ni (Zombie Kampung Pisang & Hantu Kak Limah Balik ke Rumah) so boleh la cecah pecah panggung sampai RM4.3 juta.

Lawak dalam movie ni bole la dikatakan sama mcm stail lawak dalam movie sebelumnya ni which is very cliche and ada maksudnya sendiri yang secara tak langsung agak sinikal (menyindir/menempelak situasi dan peel masyarakat spt yang berlaku pada masa skrg). Lagipun, idea dan arahan pun dari pengarah yang sama...Ada digunakan teknik CGI dalam movie ni untuk adegan2 yang berkaitan makhluk halus and it was done nicely walaupun tak segempak CGI movie Hollywood tp still nmpk ok.

So, boleh la nunton movie ni kalau tak nak tunggu kuar kat Astro ataupun masa raya nanti. Sokong la movie tempatan asalkan movie tu bukan movie yang ntah apa2. Bawalah insan tersayang pergi tengok and kalau tak nak, pergi je tengok sensorang.

Enjoy watching & Gnite to all....esok kerja.


No comments: