Thursday, March 07, 2013

Badminton Session at BSC (Badminton Sports Club), Seri Kembangan



BSC (Badminton Sport Centre), Seri Kembangan is the place where some of my friends berkumpul and main badminton pada setiap hari Jumaat malam Sabtu. Usually the game starts at 10pm and habis jam 12am. Adakala melarat sampai 1am kalau extend another 1 hour bila ada yang tak puas main. Kalau tak puas juak, sambung main time weekend and yang bestnya bila weekend ni memang tak ramai orang (waktu siang).


BSC ni terletak bersebelahan highway Plus dan bertentangan dengan South City Plaza. Dewannya agak besar. Boleh memuatkan sebanyak 18 court badminton. Kesemua court adalah merupakan rubber court. Sebab tu suka main badminton kat sini. Dengan rubber court, kasut pun ada good grip and mudah nak bergerak ke sana-sini (tak licin). 



Dulunya tempat ni merupakan bangunan/gudang perabot tetapi selepas bangunan berkenaan terbakar, ianya didirikan semula dan dibina sebagai dewan badminton. BSC dimiliki oleh Wong Mew Choo, bekas pemain badminton perseorangan wanita negara yang juga merupakan isteri kepada jaguh badminton no. 1 negara iaitu Lee Chong Wei. Ada gambar besar Wong Mew Choo kat luar dewan ni.




Khabarnya, Lee Chong Wei telah memberikan modal kepada Mew Choo untuk membina business ini. Khabarnya lah. Entah iya entah tidak. Tapi everybody knows that LCW mmg banyak duit pun. Kan? Anyway, memandangkan lokasinya yang tidak jauh dari Bukit Jalil, dewan ini jugak sering digunakan sebagai tempat latihan pemain-pemain badminton luar yang bertanding dalam kejohanan yang diadakan di Malaysia seperti BWF Malaysia Open. 


Antara jaguh yang pernah berlatih di sini adalah jaguh China seperti Lin dan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat dan ramai lagi jaguh badminton dari negara lain (malas sebenarnya nak sebut satu-satu). So, kalau ada tournament Malaysia Open tu sila-sila lah jenguk kat sini kot-kot boleh jumpa jaguh badminton pujaan hati.

Kalendar gambar laki si Wong Mew Choo...





Selain court, BSC juga turut menjual barangan/alatan badminton seperti kasut, reket, baju, stokin, seluar dan lain-lain lagi. Kalau lapar, ada dijual kuih pau dan megi in cup selain minuman spt mineral water, 100 Plus & Milo 3 in 1. Kalau still lapar jugak, kat kiri kanan dewan ada jual makanan. No worries.


Air Seratus EDGE...paling sedap...takde gas...mengikut kata tokey, kat sini je ada 100 Plus Edge ni..kat kedai mmg xjumpa...mmg betul pun...


Saya sepasang kasut badminton...


Barisan reket yang menunggu untuk dibeli


Ada service pasang tali reket tapi kena beli tali la..servis pasang tali kasut takde...


servis pasang pemegang reket..
Selain menyediakan tempat bermain, kalau ada yang nak training kasi power sket skill main badminton tu pun boleh jugak register kat sini. Bila datang malam-malam dalam kul 8pm tu boleh nampak la budak-budak training dengan coach yang dilantik sama ada secara 1-2, 1-3, 1-5 dsb. (1 itu adalah coach dan bukannya pelatih. Kalau sorang pelatih and ramai coach mau keras kejung la training sebab tak larat-macam kena buli pulak).


Dalam tahun 2011, me and my friends yang minat dengan game badminton ni telah sama-sama membentuk satu group yang dinamakan Shuttlers. From then, diorang rajin turun main badminton kat BSC ni plus kat dewan lain yang available dalam area Putrajaya. Asal cukup korum aje terus booking court. Lagipun badminton ni tak susah. Asalkan ada 2 atau empat orang je dah boleh main dah. Sekali-sekala buat jugak friendly game dengan memana team yang rasa diorang power. Kalah menang tu belakang cerita. By having this activity, at least dapat keluarkan peluh sambil release tension dengan bersukan. Ni gambar geng masa diorang main aritu...memang syiok betul diorang main kat sini.




Lepas penat beraksi main badminton, Masri beraksi kat Wassap plak...





Ni peta untuk ke lokasi kejadian:


Untuk tempahan court, jangan segan silu untuk call this number: 03-8941 6260

No comments: