Monday, March 11, 2013

Restoran D' Sedap Sengoti, Neo Cyber, Cyberjaya

Dulu kawasan Cyberjaya ni tak banyak pilihan kedai makan. Ramai yang kerja and belajar kat sini terpaksa la keluar sampai ke Dengkil atau Putrajaya semata-mata nak carik makanan.  Kalau tak, bungkus je makanan siap-siap atau masak sendiri. Tapi sekarang, dah banyak dah area yang dibuka and salah satu area yang banyak kedai makan selain Shaftsbury Square ialah Neo Cyber.


Kat area Neo Cyber ni, ada bermacam jenis kedai makan. Ada kedai mamak, kedai makanan Arab, Tuti Fruti, Restoran Seri Penang, Restoran Mat Ayam Kampung, Dominos Pizza dan banyak lagi. Selalunya kalau datang sini, selain kedai mamak, akan singgah ke satu kedai ni. Restoran D' Sedap Sengoti namanya. Restoran ni letaknya tak jauh dari Tuti Fruti. Selang beberapa kedai je pun. Bertentangan jugak dengan Restoran Mat Ayam Kampung. So, kalau nak dah sampai area kedai-kedai ni, carik la tuti Fruti or Restoran Mat Ayam Kampung.  


Yang bestnya D' Sedap Sengoti ni, selain ada wifi, kedai ni ada banyak jenis makanan. Kalau malam, selain bermacam jenis roti canai, ada bermacam jenis makanan bergoreng (nasi/mee/bihun) selain tom yam, pelbagai sup etc. Western food pun ada. Selain tu, ada jugak cucur udang, lempeng, pengat pisang dan bubur-bubur lain tapi selalunya cepat habis (asal nak order aje, takde..dah habis...asal dah habis je, nak order...) and bila dah habis tu takde top-up (masak yang baru) lagi dah. Tak macam D'Umai Cafe, Putrajaya yang konpem ada semua makanan tu tak kira siang atau malam. Maybe diorang kena take note hal ni sebab tak semua yang datang malam-malam tu nak makan makanan yang heavy. Kalau ada kuih-muih macam cekodok etc dan bubur-bubur tu pun molek jugak sambil minum-minum and borak-borak. Kat luar kedai tu, ada jugak gerai yang jual nasi kukus and ayam kampung goreng.  

Untuk senang cerita pasal menu yang ada kat D' Sedap Sengoti, boleh la tengok gambar kat bawah ni. Malas nak tulis satu-satu.







Kalau ikutkan, menu makanan kat sini tak jauh beza dengan D' Umai Cafe, Putrajaya tu. Tak tau la kalau dua-dua ni asalnya dari company yang sama. 

For me, quite few times jugak la datang makan kat sini and so far, makanan kat sini sedap-sedap belako. Sebab sedap tu la boleh datang lagi dan lagi dan lagi especially kalau rajin nak drive sampai ke area Cyberjaya ni. Yang bestnya kat sini, selain makan, boleh guna wifi and layan movie or game bola kat skrin besar yang ada. 

Kat sblh luar pun ada skrin besar...

Dalam kedai...luas jugak la...and selesa (tak sesak/cramp)...

Area luar kedai...
Selalunya, kalau menyinggah ke kedai ni, just rajin order makanan bergoreng je macam nasi goreng, bihun gorang and nasi putih dengan lauk yang simple-simple macam ayam masak merah and kangkung goreng belacan. So far, semuanya sedap. Takde komplen lagi buat masa ni. Maybe next round boleh try lauk special sket macam ikan Siakap masak pedas or masak 3 rasa. 

Hari tu, terasa nak order Nasi Goreng Pataya Special. Bila sampai je makanan, tengok je dah tau sedap. Dah la ada telur, ada pulak ayam masak merah tu...Memang tak ambik masa lama pun...sekejap je dah setel. Alhamdulillah...My friend, Masri plak order bihun goreng and Pejol order Nasi Goreng Kerabu (takde dalam gambar sebab lupa nak ambik) tapi nampak sedap juge. Boleh try nanti.

Nasi Goreng Pataya Special

Bihun Goreng dengan Telur Mata

As usual, Teh Ais...

Nak pergi ke area Neo Cyber ni tak susah. Area ni tak jauh daripada bangunan LHDN. Kalau dari arah Putrajaya, masuk simpang ke Cyberjaya (yang ada Sekolah Seri Puteri kat sebelah kiri) and kat traffic light tu, belok ke kanan. Kalau dari arah Dengkil, naik flyover yang sama (Sekolah Seri Puteri kat sebelah kanan) and belok ke kiri. Then go straight.  U will definitely reach the first traffic light junction, yang ada Bangunan Dell kat sebelah kiri and Balai Bomba kat sebelah kanan. (kalau tak jumpa, sila mula balik dari arah Sekolah Seri Puteri). Dari traffc light tu jangan belok kiri or kanan. Just go straight until u reach second traffic light (yang ada Bangunan LHDN kat sebelah kiri). From there, just belok ke kanan dengan tenangnya and dalam 100 meter, sampai la kat area Neo Cyber tu...

Map ada kat bawah ni tapi dalam map ni tak ditunjukkan plak bangunan LHDN (sbb bangunan LHDN tu baru siap kot)


Selamat mencuba....

2 comments:

umai cafe said...

untuk pengetahua restoren ini tak ada kenamengena dengan umai cafe...dulu dia pernah kerja kat umai cafe..tup tup bila berhenti keja buka restoren tiru bulat bulat yang umai cafe punya...tapi rasanya mungkin tak sama kot sebab boss umai cafe masak sendiri memang oroginal....terima kasih

carolyn said...

Semi D @ Cyberjaya
* Free Hold 2 & 3 storey
* Gated & Guarded
* Clubhouse facilities
* Complete soon
* fr RM 1.8 million
Call Carolyn 012 - 9393 486