Friday, March 15, 2013

Cerita Pasal Roti John Klasik, Semabok, Melaka

I am in Penang now...hantar my parents to my brother's place. Hari ni sangat la panasnya sampai berpeluh sakan, rasa lesu satu badan and naik migrain kepala ni. Since movie kat Astro ni bosan-bosan belaka, nak bercerita and share info sikit pasal makanan.

Bila balik je Melaka, i will never miss to go to Semabok at night. Semabok ni area kampung je...bukan pekan pun. Sebabnya, kat Semabok ni ada satu kedai makan. Restoran BokChik & Keluarga namanya.  Apa yang ada kat sini, selain menu ala carte, restoran ni ada jual yong tau foo, satay, asam pedas dan what i love most is my all time favourite food yang buat menyinggah ke sini iaitu....roti john yang kekadang orang panggil Roti John Klasik.

nyum...nyum..nyummm...

nama kedai


Usually some people will go to Pantai Puteri aka Pantai Tanjung Kling untuk pekena Roti John Barkat, medan selera near Odeon lama untuk pekena roti john kat situ...Kalau search kat Google pun asyik cerita Roti John kat Pantai Puteri je...ikut selera masing-masinglah sebab tekak tak sama feel...whatever it is, i will always, never fail to go to Semabok for its Roti John Klasik.

Roti John Klasik ni tak sama langsung macam roti john kat memana pasar malam sebab Roti John Klasik menggunakan roti perancis (bukan roti panjang yang lembut)...isi/inti roti yang dicampur dengan daging, telur, bawang dan bermacam lagi dan tak sesimple inti roti john kat pasar malam yang banyak telur dari ramuan lelain. Plus, roti john ni takde diletaknya mayonis dan sos cili botol tapi sos yang dibuat sendiri, yang diasingkan untuk dicicah dengan roti john ketika makan. Inti dan sos yang ada dah cukup sedap and fit to each other very well sampaikan tak perlu mayonis dan lelain sebagai perasa tambahan untuk menyedapkan lagi roti john tu.

roti john @ melaka

roti perancis dan intinya...sebelum disatukan...

rajin adik ni tolong mak dia meniaga...

Selalunya, memang ramai yang akan datang ke kedai makan ni sama ada untuk makan di kedai atau bungkus roti john untuk dibawak balik. I prefer untuk bungkus sebab boleh pekena roti john puas-puas sambil tengok tv kat rumah. Lebih santai sebab biasanya beli sampai 2-3 bungkus and boleh habiskan sensorang kalau orang lain dah kenyang. 

Lagi garing intinya, lagi sedap...

Harga roti john ni dulu harganya RM2.50 pastu naik RM3.00...then RM3.50 and now RM4.00 sebungkus...sebab harga barang makin naik sekarang...don't mind as long as kualiti tetap maintain...

roti canai..asam pedas pun ado...

taknak makan kat dalam, duduk kat luar pun boleh...

Restoran ni terletak kat tepi jalan, betul-betul berhampiran flyover kat Semabok, sebelum bangunan sekolah rendah Semabok. So, kalau sesenang bila bercuti kat Melaka or on the way ke Muar and lalu bandar Melaka tu, bolehlah singgah and cuba roti john ni. Cuma harus diingat, gerai roti john ni dibuka pada jam 8.00 malam (kalau tak silap) so come at the right time. Jangan lambat sangat...takut cepat habis pulak.

Map untuk.ke lokasi..sila perhatikan landmark yang ada.


8 comments:

Unknown said...

Kawan dh selalu kt kdai ni. Smpai blh ngam ngn tauke roti john ni.

Unknown said...

Kawan dh selalu kt kdai ni. Smpai blh ngam ngn tauke roti john ni.

Supermama Aju Zubaidah said...

roti john klasik ni memang tiada tandingan ....bukan sebab sy anak kepada pengasasnya...tapi resepi kasih sayang buatkan rasanya LEBIH ENAK...

Kalo dtg kedai tolong tegur saya, Aju or Aishah ( si penggoreng roti yg handal).. sy akan belanja awak...

eezarm said...

yeke...haha..saya memang selalu pergi sini...tak pergi kedai roti john lain dah...

Isra' (east rock) said...

Hai kak ju... belanje satu!!!

Unknown said...

mmg sedap roti john ni x jemu bila mkn saya selalu singgh mkn taw bawa balik tpi skrg harga dah naik rm6.00

Unknown said...

Harga terbaru semalam 11/10/20 rm7. Mmg sedap. Recommended.

Unknown said...

Boleh pos ke? Dah duduk Penang..rindu roti john ni