Monday, March 04, 2013

Chaiyo Bistro, Sg Merab, Bandar Baru Bangi

Malam ni dapat invitation lagi dari Masri untuk ajak lepak & makan malam. Janji nak jumpa kul 915pm so drive kereta and terus park depan Restoran Hathija Maju, Presint Diplomatik, Putrajaya. From there, terus shoot ke Bandar Baru Bangi. Punya la dok fikir nak pergi kedai mana sebab BB Bangi tu banyak bebenor kedai makan. Kedai mamak tu toksah cerita lah. Berlambak-lambak. Pilih je mana berkenan. Since dah lalu Gate 1, Putrajaya tu and ikut jalan Sg. Merab, terus terlintas nak makan kat satu restoran ni. CHAIYO BISTRO.


Kalau dok Bandar Baru Bangi tapi tak pernah ke sini tu tak tau la...Memang kebanyakan masa especially waktu malam, ramai orang datang makan-makan kat sini. So far, kat sini ada banyak pilihan makanan. Seperti Restoran Patatimo kat Wangsa Maju tu, Chaiyo Bistro jugak offer makanan pantai timur seperti nasi kerabu, nasi air, tomyam, kerabu mangga, poktek etc. Ikan siakap, kerapu, kembong untuk masak 3 rasa, halia, sweet sour pun ada. Selain tu ada juga menu special seperti Nasi Goreng Keretapi and few lagi yang takde kat kedai makan yang lain. Kalau tak caya, datang sini nanti cuba check menu tu. Suppose kena try makanan yang special tu so will know macamana rupanya and apa rasanya. Will do during my next visit here. Roti canai dan pelbagai jenis roti lagi ada jugak dijual kalau terasa nak pekena roti canai etc memalam.




Disebabkan sekarang ni tengah diet nasi, untuk hari ni just order chicken chop je lah. Kalau tak, dah order nasi kerabu dah sebab nampak sedap bebenor bila nampak nasi kerabu tu kat meja orang sebelah. 



Berasap kau chicken chop kat sini. Memang konpem makan asap la member kat seat sebelah bila sampai je chicken chop atas meja. Masri pilih untuk order char kuey tiow kerang sementara si Pejol plak order nasi goreng belacan dengan sup kosong. Selain tu, ada jugak kitorang order kerang rebus (yang licin dikerjakan tanpa sedar oleh Masri) & satay. Dua-dua makanan ni tak sempat nak snap gambar sebab sampai kat meja masa tengah sibuk makan. Satay kat sini pun boleh dikategorikan sebagai sedap jugaklah sebab ayam dan daging adalah lembut dan boleh dikunyah tanpa sebarang masalah. Kuah kacang plus sambal pun not bad sampai licin mangkuk tu dikerjakan oleh kami-kami ni. Alhamdulillah...kenyang pun.



Chaiyo Bistro ni dibuka dari pagi hingga jam 12.00 malam. Kul 11.00 gerai Char Kuey Tiow & satay dah start tutup dah. So, kalau nak breakfast, lunch and dinner tu sempat lagi la ke sini. During breakfast, ada dijual bermacam kuih muih selain bubur jagung, pengat pisang, bubur kacang, roti canai, nasi/mee/bihun/kueytiow goreng serta nasi lemak dan nasi putih berlauk. So, memang konpem banyak pilihan makanan kat sini. Sesapa yang kebetulan ada kat BB Bangi kerana bercuti atau urusan lain, boleh la try singgah breakfast kat sini. Jangan pulak curik-curik keluar dari opis time kerja..mintak izin bos dulu kalau lapar.. 

Kalau nak mai sini, boleh try refer panduan pada peta kat bawah ni. Chaiyo Bistro ni dekat je dengan traffic light Pusat Latihan OKU & Pemulihan dan betul-betul kat tepi jalan bertentangan dengan Restoran SOHO. Konpem tak susah nak jumpa.


No comments: