Thursday, March 14, 2013

The Famous Coconut Shake in Klebang, Melaka


Nowadays, ramai betul yang minat nak pekena coconut shake kat Klebang ni. Bukan main famous lagi. Ada yang sanggup datang dari jauh tu. No wonder tiap-tiap hari tak kira masa, gerai coconut shake selalu ramai orang. Cuaca pun panas sejak 2-3 hari ni so memang sesuai sangat datang ke Klebang semata-mata pekena coconut shake yang sejuk and nyaman. Dari hospital, sempat cabut kejap ke Klebang. Ada la dalam setengah jam nak sampai sini kalau jalan tak jem.




Dulunya coconut shake ni dijual kat gerai kat tepi jalan je. Punya la ramai yang suka sampai berderet-deret kereta park kat tepi jalan. Now, nampaknya bisnes dah makin maju and kalau datang sini nak pekena coconut shake, dah tak payah susah-susah nak kena berhenti kat tepi jalan depan gerai tu tapi just drive terus je masuk ke simpang sebelah gerai and follow anak panah, terus ke kedainya. Dah ada kedai rupanya....Ada disediakan parking lot yang besar and boleh tampung banyak kereta kat situ. Gerai tepi jalan tu now hanyalah untuk mereka-mereka yang datang semata-mata nak bungkus bawak balik je. Since dah ada kedai ni, maka banyak la meja and kerusi so x susah pelanggan yang datang nak cari tempat duduk. Tak payah berdiri lama, berebut dan masam-masam muka.





Selain coconut shake, ada jugak dijual air kelapa dan air tebu..tapi mostly people come for the coconut shake. Coconut Shake yang disediakan turut diletakkan ice cream perisa vanilla. Orang yang ada kencing manis taboleh minum ye. Minum air sejuk pun dah cukup nyaman jugak...
Selain tu, ada jugak makanan seperti kuih-muih, nasi lemak serta mi dan bihun goreng untuk disantap kalau kelaparan.




Modus Operandi: Sampai je kedai ni, terus order nak coconut shake berapa cawan, ambik sendiri and bawak ke meja yang dipilih. Sama jugak dengan makanan yang ada. Ambik sendiri. Dah setel makan/minum, sila beratur and bayar sebelum balik.


JJCM TV3 dah sampai ke sini and pekena.coconut shake..you should too...

No comments: