Ahad, 10 Februari 1013. Chinese New Year.
So, bersempena Chinese New Year holiday aritu, ramai dah pulun balik kampung. sampaikan jalan raya especially Highway sesak betul both arah Utara dan Selatan. Kesian kat kengkawan and those yang tersangkut sampai lenguh kaki bawak kereta kat highway tu. Abis lengang bandar especially Kuala Lumpur. Bila dah takde orang, boleh la berpiknik kat tengah jalan depan KLCC tu agaknya.
Since that day dah tak tau nak buat apa, finally amik keputusan untuk try naik Electronic Train Services (ETS) ke Ipoh. Lagipun dah lama sangat tak pergi Ipoh. Khabarnya ETS ni laju and will take only 2 1/2 jam je untuk sampai ke Ipoh. Projek ni dah lama ada...since era Tun Mahathir tapi masa era Tun Lah, projek ni kena stop even landasan dah siap. Begitu jugak stesen keretapi. Now, dah lama dah boleh guna dah ETS ni....
So, seawal jam 8.15 pagi lagi dah terpacak kat ERL Station Putrajaya. Tren transit ERL dari KLIA sampai kul 8.30am and terus shoot ke KL Sentral. Sampai je kat KL Sentral, terus tercangak sekejap. Tetiba jadi blur sebab tak tau kat mana letaknya kaunter Tren ETS ni. So, mula la misi mencari and rupanya kaunter ETS ni located next to kaunter teksi kat main entrance KL Sentral (the entrance yang facing Hilton & Le Meridien).
Bila sampai kat area kaunter, kena ambik no giliran dulu (kat meja kaler kuning) sebelum boleh proceed kat kaunter walaupun orang tak ramai. Bila sampai kat meja, just bagitau destinasi yang ingin dituju then the staff akan inform next train akan berlepas pukul berapa and bagi terus bagi no. giliran. Lepas tu, bila tiba no. giliran, boleh proceed ke kaunter and beli tiket yang dihajati.
Jenis Perkhidmatan ETS:
ETS ni ada 2 kelas perkhidmatan which is Gold and Silver. Explanation seperti berikut:
Gold - Perjalanan memakan masa 2 jam setengah dan tren akan berhenti di beberapa stesen sahaja.
Silver - Perjalanan akan memakan masa yang agak lama kerana tren akan berhenti di kesemua stesen sepanjang perjalanan. (Kiranya transit tren la ni). So, harga tiket bagi kelas Silver adalah agak murah berbanding kelas Gold.
Tiket bagi kelas Gold |
Lepas selesai beli tiket, perut rasa lapar so kenalah pergi breakfast dulu. Lagipun still ada banyak masa ni. Jam baru kul 9am walhal tren ETS ke Ipoh berlepas kul 11.10am. So, sebelum pergi breakfast, singgah kejap kat kedai buku dulu carik pape bahan yang boleh dibaca masa breakfast.
Dulu time study (lama dah) memang rajin sangat datang kedai buku ni sementara tunggu komuter nak balik ke Bangi. Punya la kerap sangat datang especially every weekend sampai one Indian guy (pak cik)yang keja kat kedai ni pun boleh kenal. Then. selalu jugak la borak-borak dengan pakcik tu sambil-sambil belek-belek buku yang ada kat sini. Kamcing dah. Haritu, takde plak nampak pak cik tu kerja kat situ. Mungkin dia dah pindah kerja kat tempat lain kot dalam masa beberapa tahun ni. Memang dah lama sangat tak turun kat sini pun, so konpem banyak perubahan...
Dulu time study (lama dah) memang rajin sangat datang kedai buku ni sementara tunggu komuter nak balik ke Bangi. Punya la kerap sangat datang especially every weekend sampai one Indian guy (pak cik)yang keja kat kedai ni pun boleh kenal. Then. selalu jugak la borak-borak dengan pakcik tu sambil-sambil belek-belek buku yang ada kat sini. Kamcing dah. Haritu, takde plak nampak pak cik tu kerja kat situ. Mungkin dia dah pindah kerja kat tempat lain kot dalam masa beberapa tahun ni. Memang dah lama sangat tak turun kat sini pun, so konpem banyak perubahan...
Kedai buku feveret |
Boleh terjumpa plak buku ni... |
Lepas puas belek-belek, pilih-pilih and jumpa magazine apa yang nak dibaca, lepas bayar terus plak menghala ke kedai La Cucur Express. Dulu kedai ni namanya La Cucur aje tapi dah ada penambahan 'Express' kat situ. Ni pun tempat feveret jugak lepak2 sambil layan makan kuih-muih yang ada kat kedai ni. Satu lagi kedai ni ada jugak kat KLCC sebelah A&W. memang port utk makan kuih muih ni.
Memang layan la kuih kat sini...cuma bila datang aritu, dah tak banyak plak kuih yang ada. Nasi lemak pun dah abis. Konpem ramai orang breakfast kat sini tadi. So, order la Laksa Utara and Teh Tarik buat alas perut as breakfast. Tak pernah-pernah makan laksa pepagi ni.
La Cucur Express...tempat makan kuih |
Ni lah dianya Laksa Utara, teh tarik and magazine untuk dibaca ketika makan. |
Brader Polis tu perasan plak tgh maik gambar dia...ciss... |
Bila sampai kat Gate B tu, nampak ada 2 orang awek pakai baju kuning tengah standby. Mungkin tu staff ETS kot yang nak check tiket tapi masa lalu diorang takde plak mintak tiket. Lalu depan diorang macam tu je. Diorang tengah sibuk tapi sibuk berborak sambil gelak-gelak jelah. So, lalu depan diornag and then turun je kat eskeletor kat Gate B tu pergi ke landasan (as if nak naik keretapi sebab kalau naik keretapi pun turun kat situ jugak kalau bukan Gate A).
Bila dah turun ke Gate B, nanti nampak la tren ETS yang sedang menunggu penumpang. Ada sorang brader Polis Bantuan akan stand by kat sebelah tren tu. Bia nampak ada passenger yang tercangak-cangak masa rusa jinak masuk KL Sentral, brader tu dengan berbudi bahasanya akan mintak tiket then tolong inform/tunjuk which tren yang kena naik based pada maklumat tiket.
Koc ETS ni terdiri daripada koc A, B, C, D, E dan F. So, masuk lah pada koc yang betul dan duduk pada no seat yang betul jugak. Jangan plak duduk kat seat orang lain. Nanti jadik bergaduh plak dalam tren sebab akan ada passenger lain naik pada stesen yang tren ni akan berhenti nanti. Kang kalau ada yang berebut seat, tak pasal-pasal je kuat Buletin Utama malam nanti.
Bila dah turun ke Gate B, nanti nampak la tren ETS yang sedang menunggu penumpang. Ada sorang brader Polis Bantuan akan stand by kat sebelah tren tu. Bia nampak ada passenger yang tercangak-cangak masa rusa jinak masuk KL Sentral, brader tu dengan berbudi bahasanya akan mintak tiket then tolong inform/tunjuk which tren yang kena naik based pada maklumat tiket.
Koc ETS ni terdiri daripada koc A, B, C, D, E dan F. So, masuk lah pada koc yang betul dan duduk pada no seat yang betul jugak. Jangan plak duduk kat seat orang lain. Nanti jadik bergaduh plak dalam tren sebab akan ada passenger lain naik pada stesen yang tren ni akan berhenti nanti. Kang kalau ada yang berebut seat, tak pasal-pasal je kuat Buletin Utama malam nanti.
Seat dalam tren |
Lepas duduk, terus check apa-apa yang patut pada kawasan seat tu. Bila tengok bawah seat, rupanya ada power plug. Good. So, takde masalah la nak charge phone atau laptop masa dalam perjalanan. Tapi ada satu power plug je utk setiap 2 seat. Maknanya kalau nak share dengan orang sebelah, kena la bawak extension. Takde la berebut plug. Tapi jangan bawak water heater nak masak megi plak. Kang tak pepasal black out, terus tren takde letrik. Stranded kat tengah-tengah jalan plak.
Power plug bawah seat |
Tren ETS jugak ada pramugari. Macam naik flight pulak. Tapi....tugas diorang ni simple jek...just check tiket penumpang. Lepas setel check, diorang pun duduk la kat memana seat yang kosong and bial dah setel keja diorang, diorang layan borak or layan fesbuk. Rupanya 'Pramugari' ni sebenarnya 2 orang awek yang jaga kat eskeletor gate B kat KL Sentral tadi tu.
Masa suka-suka nak test wifi signal, tengok-tengok memang detect ada signal Wifi dalam Koc. Tapi bila try connect macam kenal letak password plak. Try tanya kat awek Pramugari tu tapi respond dia:
"Wifi belum operate lagi Bang...Memang tak boleh nak pakai. Saya ni pun pakai duit je nak guna internet"
"OooOoo...yeke...macam tu ke...Alahai, ingatkan ada wifi tadi..Takpelah, terima kasih ye.." terus duduk balik at seat. (Baru nak kagum kalau ada Wifi service dalam tren)
Masa suka-suka nak test wifi signal, tengok-tengok memang detect ada signal Wifi dalam Koc. Tapi bila try connect macam kenal letak password plak. Try tanya kat awek Pramugari tu tapi respond dia:
"Wifi belum operate lagi Bang...Memang tak boleh nak pakai. Saya ni pun pakai duit je nak guna internet"
"OooOoo...yeke...macam tu ke...Alahai, ingatkan ada wifi tadi..Takpelah, terima kasih ye.." terus duduk balik at seat. (Baru nak kagum kalau ada Wifi service dalam tren)
Dalam pada tengah travelling tu, kalau tetiba anda rasa terkucil tak boleh nak tahan dah sampai bergoncang badan macam nak menari Harlem Shake, jangan risau...jangan panik...jangan terjerit-jerit buat haru dalam tren.
Toilet memang ada disediakan...apa yang korang perlu buat adalah bangun dari tempat duduk dengan tenang dan pergi la ke Koc B atau C (mana yang berdekatan) dengan segeranya sebelum tercicir apa-apa yang tidak sepatutnya. Then lepaskanlah hajat mana yang perlu tu dengan sepuas hati.
Ada jugak toilet OKU kat situ. Bagi toilet OKU, korang kena tekan punat butang yang ada disebelah pintu dan kemudian pintu akan terbukak secara automatiknya. Jalan cuba buka dengan sepenuh tenaga takut nanti rosak plak pintu tu. Tak pasal-pasal je....
Toilet memang ada disediakan...apa yang korang perlu buat adalah bangun dari tempat duduk dengan tenang dan pergi la ke Koc B atau C (mana yang berdekatan) dengan segeranya sebelum tercicir apa-apa yang tidak sepatutnya. Then lepaskanlah hajat mana yang perlu tu dengan sepuas hati.
Ada jugak toilet OKU kat situ. Bagi toilet OKU, korang kena tekan punat butang yang ada disebelah pintu dan kemudian pintu akan terbukak secara automatiknya. Jalan cuba buka dengan sepenuh tenaga takut nanti rosak plak pintu tu. Tak pasal-pasal je....
Toilet di Koc B |
Ni dah sampai area Batu Gajah... |
Seandainya tetiba pulak terasa lapar yang amat, anda tak perlu bawak makanan dari luar atau call Domino's Pizza suruh hantar ke Koc tu. (Tapi kalau nak seludup tu terpulanglah kepada kebijaksanaan & keterreran memasing). Kafe atau kantin ada sedia wujud di Koc C. Kantinnya tak berapa besar. Rasanya standard macam kantin dalam Koc keretapi yang lain. Insya-Allah, nasi Ayam Penyet tidak ada disediakan dalam kafe ni.
Kantin |
Tren ETS sampai kat Ipoh tepat jam 1.30 petang. Tepat 2 jam setengah perjalanan dengan kelajuan maksima 145km/j. (Speed tren ni ada terpampang kat screen TV dalam Koc) Dah nak masuk waktu Zohor dah time ni. So, apalagi...kena turun la ke Stesen Keretapi Ipoh tu...punyalah lama betul tak jejak kaki kat sini...Masa ni stesen sangat lengang...mostly yang ada hari tu pun those yang turun and nak naik ETS ni je.
'Pramugari' masuk opis... |
So, lepas turun dari tren, terus la bergerak ke pintu keluar stesen. Kat situ ada banyak teksi dah siap-siap tunggu passenger (kalau nak naik teksi lah) but i chose to walk. Saja nak buang tebiat kuarkan peluh tengahari buta yang panas terik tu sebab dah plan nak berjalan kaki je keliling area Ipoh (mana yang sempat). Orang pun tengok dengan pelik je kenapa ada sorang ni nak jalan kaki dalam panas buta tu. Apa-apapun, tengok map dulu....
Kat Stesen Keretapi Ipoh ni jugak ada sebuah hotel yang dikenali sebagai Majestic Station Hotel Ipoh tapi now nampaknya hotel ni macam dah tak beroperasi. Dulu ramai passenger stay kat hotel ni especially yang arrive pagi-pagi buta bila naik keretapi. Tak tau la now tutup sekejap sebab renovation ke atau tutup terus.
Bangunan depan stesen Keretapi...(seberang jalan) |
From the Train Station, terus berjalan kaki and lalu few bangunan putih yang cantik rekabentuknya. Dari stesen tu, lalu depan IPD Ipoh then terus membelok masuk ke kawasan Little India. Dah namanya pun Little India, kesemua kedai-kedai kat sini dan tentunya dimiliki oleh kaum India yang menjalankan bermacam jenis perniagaan.
Little India Town |
Jalan kaki dalam panas....weiii....berpeluh sakan nih... |
Kat area Little India lagi ni.. |
Bila jalan-jalan ni, boleh tengok satu-satu bangunan yang ada, yang still kekalkan seni bina atau arkitektur asal hasil daripada peninggalan sejarah. Dari Little India, kaki yang semakin letih, baju yang dah basah dengan peluh, terus gagah menapak ke arah Padang Ipoh. Since time ni panas terik, takde sapa nak bersukan kat padang ni. Memang takde orang langsung. yang ada tu cuma 2 orang Bangla tengah baring-baring bawah pokok. Tak jauh dari padang ni ada kedai Oldtown White Coffee so sesapa nak minum kopi Oldtown tu boleh la melepak kat situ sambil perati kawasan padang ni.
Masjid India |
Ni masa menapak masuk ke bandar Ipoh. Time ni jugak la ada segerombolan pekerja asing Myanmar, Bangladesh dan Indonesia yang kebetulan dok seronok bersiar-siar sambil berjalan kaki. Memang timing baik je masa ni...tak pasal-pasal terjuin group diorang ni...jangan kena paw sudah la...ada yang merempat kat sini plak nanti...
Tayangan pada hari itu... |
Pawagam lama yang diubahsuai menjadi bangunan perniagaan |
Jalan punya jalan, tak jumpa-jumpa jugak kedai Nasi Ayam Hainan tu. Bila sampai kat check point, rupanya kedai yang ada tu sebenarnya kedai mamak. Hampeh betul. Dah alang-alang sampai kedai mamak tu, berhenti rehat la kejap...pekena teh ais segelas kasi hilang haus kat tekak ni sambil charging energy. Ambik angin kejap. Cuaca pun panas menggila...ada harapan nak ujan petang or malam nanti tu. Bila dah ada power sket, set balik GPS and sambung usaha carik kedai nasi Ayam Hainan tu.
Carik punya carik, tengok-tengok GPS sudah bagi salah direction. Masa ni dah sangkut kat depan kedai McDonalds. Punyalah letih. Pastu nampak tak jauh dari McDonalds tu ada satu kedai makan yang nampak besar la jugak. Restoran Haji Yahaya namanya.
Daripada makan kat McDonalds, baik pergi makan kat kedai tu. Kot-kot ada lauk yang best-best. Takat McDonalds ni, kat tempat lain pun berlambak. Sama je menunya pun. So, time tu memang dah give up dah nak carik Kedai Nasi Ayam Hainan so terus la berjalan pergi ke arah Restoran Haji Yahaya. Sesampai je kat kedai, tengok-tengok ada banyak lagi lauk yang available. Ayam plak baru je lepas digoreng. Besar-besar plak tu. Dah la besar, panas lagi. Pastu ada letak sambal plak atas ayam goreng tu. Tak kasi can, terus la amik nasi k sepinggan and pilih lauk yang ada.
Banyak bebenor lauknye... |
Ayam Goreng Bersambal |
Nasi putih, sayur kobis dengan ikan sembilang... |
So, these are the biulding including old cinema buildings yang ada kat dalam bandar Ipoh. Since dah letih, sempat snap beberapa building je.
Shaw Brothers (Ipoh) building |
Rasanya ni pun dulunya bangunan untuk pawagam |
Bangunan sekolah... |
Bila dah letih, terus menapak menghala ke Ipoh Parade. Time to rest sekejap and charge the phone. Masa ni dah pukul 4 petang. So, bila dah sampai ke Ipoh Parade tu, terus la lepak kat Starbucks. Since ramai sangat orang (mostly Chinese sebab ramai yang lepak sini lepas diorang penat beraya kot), tak dapat nak beli air minuman so dok selamba ajelah kat tempat yang available sambil charge phone. Dalam sejam lebih jugak la baru blah coz kena ada cukup time nak menapak balik plak ke Stesen Keretapi. Kalau tak beli tiket kul 7pm, boleh la tidur semalam kat sini kot...Tapi next time lah...kali ni memang suka-suka nak survey area je...
Jalan kaki menghala ke Ipoh Parade... |
Ni la Hotel Excelsior...nak sebut pun tak berapa nak reti. Dah lama dah Hotel ni ada kat bandar Ipoh ni. Khabarnya Bapa Kemerdekaan, YTM Tunku Abdul Rahman al-Haj dulu pun pernah stay kat sini dalam tahun 1950/1960an kalau tak silap. Dalam bandar ni ada banyak hotel so kalau ada sesapa nak stay kat Ipoh, memang takde masalah...ikut la bajet masing-masing...
Hotel Excelsior... |
So, bila dah makin petang ni, makin tak ada orang kat bandar. Bila sampai kat area Gerbang Malam (kira kawasan macam uptown la agaknya ni), just ada few people tengah nak setting khemah untuk berniaga. Mungkin malam tu meriah sikit kot. Tak sempat nak juin sekaki tengok apa yang ada kat situ. Kalau boleh stay 1 night kat sini boleh la tengok apa yang ada kat Bandar Ipoh ni. Next time...next time...
Gerbang malam... |
Dah makin nak ke senja...redup je masa ni,,, |
Menapak punya menapak. akhirnya sampai balik kat area Padang Ipoh. Bila dah sampai kat situ, nampak meriah sket. Ada few people tengah tekun nak ambik gambar burung merbok yang berkumpul makan dedak/jagung kat tepi padang. Maybe ni aktiviti petang-petang kat sini selain ada orang berjogging keliling padang. Ramai jugak orang bawak famili berehat-rehat kat situ. Selain tu, padang pun meriah dengan game bolasepak. Tak tau la team mana yang main tapi mungkin diorang main suka-suka je kot as aktiviti riadah. Baguslah tu...
Berbaris kat tepi nak ambik gambar burung... |
Ni dah dekat nak sampai kat Stesen Keretapi. Makin petang, makin nampak cantik area ni. Sesuai kalau sesapa nak ambik pre-wedding photos kat sini. Dengan bangunan zaman kolonialnya..dengan pokok besar and rimbun...jangankan ambik gambar pre-wedding, nak buat filem kat sini pun ok kot...lengang je...tapi taktau la kalau tengah waktu sibuk macamana keadaannya...
Stesen Keretapi Ipoh at dawn... |
Koridor kat Stesen Keretapi Ipoh |
Lengang yang amat...dulu (tahun 1980an) memang meriah kat sini... |
Kat Stesen Keretapi Ipoh ni ada small cafe. Pada dinding tu ada la satu potrait besar pasal gambar-gambar bersejarah kat Stesen ni...sambil minum-minum basahkan tekak tu boleh la perhati satu-satu gambar tu...baca apape yang patut...at least boleh tahu something pasal sejarah kat sini...tak semuanya ada kat wikipedia atau google...
Pekena Teh Ais segelas...masa ni train dah sampai... |
So, Tren ETS pun dah sampai. dah ready tunggu passenger yang nak ke KL dan kawasan-kawasan sebelumnya. Tepat kul 7.05pm, tren pun bergerak meninggalkan Stesen Keretapi Ipoh dan Bandar Ipoh...hari pun dah semakin gelap. Bila dah penat-penat berjalan tadi, memang best betul dapat duduk dalam tren layan air-cond yang sejuk. Time nak balik ni memang ramai orang dalam tren. Ramai nak ke KL agaknya. Tadi masa kat Stesen, nampak ada yang hantar sedara-mara, hantar isteri/suami yang kerja kat Selangor/KL...so, memang bagus la ada tren ETS ni...as if tren komuter dah...senang, tak payah nak naik bas lagi dah...lagipun nowadays, macam bahaya plak kalau naik bas ekspres sebab banyak sangat kes eksiden...bahaya...bahaya...
Koc A...dah ready dah... |
Masa ni tengah tunggu pilot.... |
Area mana ni agak-agak? |
Ni dah sampai Kampar...boleh nampak Gunung Bujang Melaka dari sini...kalau ada plan nak naik gunung tu, boleh la naik ETS je pasni ke Kampar... |
Map untuk setiap hentian... |
Perjalanan balik memakan masa selama 2 jam setengah jugak. Expected to arrive pukul 9.35 malam tapi disebabkan tren ETS ni terpaksa stop sekejap untuk bagi laluan kepada keretapi yang lalu kat area Rawang, tren ETS ni sampai kat Stesen Keretapi Ipoh pada jam 9.50 malam. Memang lama sket tapi puas jugak la layan tido dalam tren. Rasa tak nak bangun je masa dah sampai. Mamai plus blur sekejap time turun tu...
Sampai dah kat KL Sentral.... |
Since nak balik ke Putrajaya, kena la ambik tren ERL...bila dah sampai KL, dapat tau akan ada plak sesi karaoke kat Alamanda...tetiba plak buah hati pengarang jantungku plan nak buat karaoke beramai-ramai malam ni sebab kebetulan datang dari Seremban dengan adik beradiknya untuk attend majlis kenduri kat Equine then pergi shopping kat Pavilion Kuala Lumpur (bestnye diorang belasah makan teppanyaki kat situ) then lepas tu terus plak nak ke Alamanda...even badan penat, juin jugaklah karaoke...takde masalah pun...janji happy-happy and enjoy hari ni...
Balik ke Putrajaya |
So, next time boleh la naik lagi tren ETS tu...hopefully projek ETS ni boleh extend route to Johor Bahru and Kedah pulak...baru best nak travel. Boleh berehat sekejap drive kereta (selain driver, kereta pun dapat berehat) and enjoy the scenery along the way to the destination...This is a good public service indeed...menyenangkan orang ramai untuk ulang alik dari Ipoh KL-Ipoh...hopefully dengan ada perkhidmatan ni, boleh la boost ekonomi Bandar Ipoh especially dari aktiviti-aktiviti Tourism and then Ipoh boleh pesat membangun macam bandaraya lain...really miss the old Ipoh...Kalau ada pasni ada ETS ke JB, harap ada la Stesen kat JPO...konpem ramai orang buat rombongan naik tren nak shopping beg kat sana...hehee...
Till next journey...tapi tak tau nak pegi mana plak...
6 comments:
wey...napa tak bgtau turun ipoh time tue aku de kt ipoh. klu tak bleh aku bwk ko g jalan2 pekena laksa yg best dkt padang polo or popia ss ali kt tkk.
p/s: ko tangkap gambar sekolah aku tue...sempoikan sekolah sblh ipoh parade je...hehehe
haha..laa..yeke..aku mana tau sapa ada kat ipoh..tu pun x plan nak pi sana..sbb borink tu yg tetiba je tu..laksa & popiah tu mmg sedap ke..kalu sedap mmg best la..next time bole try kalu pi sana lg..aku kecik2 dulu je slalu pi Ipoh sbb ddk kt pekan Parit..
haah..sekolah tu punya besar..design mmg antik la..suka la budak2 sekolah tu tmasuk ko lepak kt Ipoh Parade lepas abis time sekolah..hehe..
boleh tanya. Dalam setiap koc ets tu ada tmpat simpan bagasi yg besar tak selain dari dekat atas tempat duduk ?
Ada tempat letak bagasi besar tetapi mgkin jauh dari seat, biasa nya bertempat kat hujung setiap coach.
Ada tempat letak bagasi besar tetapi mgkin jauh dari seat, biasa nya bertempat kat hujung setiap coach.
Nak tanya,jauh tak jalan kaki dari stesen ETS sampai ke Ipoh Parade tu? Berapa minit ye?
Post a Comment