Wednesday, February 27, 2013

Daylight - Maroon 5



Here I am waiting,
I'll have to leave soon
Why am I, holding on?

We knew this day would come, we knew it all along
How did it, come so fast?
This is our last night but it's late
And I'm trying not to sleep
Cause I know, when I wake, I will have to slip away
And when the daylight comes I'll have to go
But tonight I'm gonna hold you so close
Cause in the daylight we'll be on our own
But tonight I need to hold you so close
Oh-woah, oh-woah, oh-woah
Oh-woah, oh-woah, oh-woah
Here I am staring at your perfection
In my arms, so beautiful
The sky is getting back the stars are burning out
Somebody slow it down

This is way too hard, cause I know
When the sun comes up, I will leave
This is my last glance that will soon be memory
And when the daylight comes I'll have to go
But tonight I'm gonna hold you so close
Cause in the daylight we'll be on our own
But tonight I need to hold you so close
Oh-woah, oh-woah, oh-woah
Oh-woah, oh-woah, oh-woah
I never wanted to stop because I don't wanna start all over, start all over
I was afraid of the dark but now it's all that I want, all that I want, all that I want
And when the daylight comes I'll have to go
But tonight I'm gonna hold you so close
Cause in the daylight we'll be on our own

But tonight I need to hold you so close
And when the daylight comes I'll have to go
But tonight I'm gonna hold you so close
Cause in the daylight we'll be on our own
But tonight I need to hold you so close

Oh-woah, oh-woah, oh-woah
Oh-woah, oh-woah, oh-woah
Oh-woah (yeah), oh-woah (yeah), oh-woah (yeah)
Oh-woah (yeah), oh-woah (yeah), oh-woah!

The Keretapi Sarong aka Hari Pakai Sarong


23 Februari 2013 (Sabtu) yang lepas, sama ada sedar ataupun tidak telah berlaku satu fenomena di mana kain sarung telah dipakai dengan berleluasanya oleh penumpang LRT, ERL, Komuter etc. Event yang dinamakan The Keretapi Sarong ni adalah unik dan dibuat seperti event di New York sebelum ini yang mana penumpang lrt disana menaiki lrt dengan hanya memakai spender atau seluar dalam bersempena 'satu hari tanpa seluar' (hanya memakai seluar dalam)

Memandangkan amatlah tidak sesuainya memakai seluar dalam dalam pengangkutan awam di Malaysia ni kerna dikhuatiri akan mendapat sambutan yang diluar jangkaan selain menyalahi tata susila tempatan, hari tanpa seluar tu sangatlah tidak boleh dibuat disini dan ditukar la kepada Hari Pakai Kain Sarong....

Comel-comel belako...
The Keretapi Sarong ini telah dianjurkan oleh RandomAlphabets (RA) menggunakan slogan ‘Every Sarong Has A Story. (So, apa cerita/kenangan korang dengan kain sarung sebelum ni?)

Pakai sarung reramai camni idok le segan...

Event ini juga mendapat perhatian warga US dan dikhabarkan akan turut diadakan untuk julung kalinya di tiga bandar raya utama Amerika Syarikat (AS) - Washington D.C, Boston dan Philadelphia. 

InsightPR, LLC, sebuah syarikat perhubungan awam yang ditubuhkan di Virginia oleh rakyat Malaysia, membuat hebahan melalui media sosial tentang pelancaran program itu di Washington DC, Boston, Philadelphia dan New York City.

Weewit....ada sesapa yang nyesal tak juin aritu??? Sila juin next event di tahun hadapan...

Alahai comelnya...(gambar cilok dari blog orang)
Anyway, rasanya ini memang satu event yang menarik. Mungkin jugak lepas ni boleh dianjurkan 'The Office Sarong' atau 'Satu Hari pakai Sarong kat Opis'....tengok cemana gaya orang bekerja, ke hulu ke hilir berjalan dalam opis pakai kain sarung...duduk dalam air-cond opis yang sejuk pakai kain sarung...pastu pergi meeting atau attend perhimpunan pakai kain sarung...keh keh keh...

(Sumber gambar: pelbagai sumber..just search guna Google image)

Restoran Al-Azwath, Equine Park, Seri Kembangan, Selangor

Sekarang ni musim hujan...Pagi hujan...petang pun hujan...malam pun hujan...memang best tidur time hujan-hujan ni kalau tak kerja...Selain tidur, aktiviti best yang boleh dibuat time hujan ni adalah lepak-lepak kat kedai mamak sambil pekena nasi kandar, roti canai, roti nan etc dan jugak teh tarik panas.

Dalam banyak-banyak kedai mamak, ada satu kedai mamak yang boleh dikatakan ada sediakan teh tarik yang sedap. Sedapnya sampaikan terasa nak order banyak-banyak tapi disebabkan tak boleh minum air manis banyak sangat (takut kena diabetes), kena la minum berpada-pada seadanya.



Kedai mamak yang dimaksudkan adalah tak lain dan tak bukan: Restoran Al-Azwath.

Sesiapa jua yang merupakan penghuni tetap/tidak tetap kat area Equine Park konpem tau kedai ni. Kedai ni letaknya di barisan kedai belakang Mc Donalds Equine, pada corner lot paling hujung sekali sebelah Kedai Teh O Beng 80 Sen (kedai makan jugak tu).
Nyum nyum...
Kalau makan nasik berlauk, so far lauk-pauk yang ada memang standard kedai mamak yang lain la...kari ayam, ikan, kambing, ayam masak madu, ayam sambal, ayam goreng, sayur kobis...semuanya pun ada tapi kat sini rasanya sedap sikit berbanding kedai lain. That's why ramai yang suka datang makan nasik kat sini. And kat sign borad kedai tu jelas tertulis 'HOUSE OF CURRY SPECIALIST' yang bermaksud, kedai tu merupakan rumah kepada pakar kari...So, ramai la kot pakar-pakar kari yang tinggal kat situ. So, now ramai dah tau pakar-pakar kari tinggal kat mana sebenarnya...Kalau nak tau sedap ke tak lauk-lauk kari kat situ, kena lah datang and try sendiri...datang la awal sket time lauk-lauk tu baru lepas masak...konpem tak lapar pun boleh jadik lapar...

Megi Goreng Ayam...(ayam tidak kelihatan)
Kalau tamau makan nasik, ada jugak makanan lain. Standard kedai mamak la jugak kan...macam mee goreng, mi goreng ayam, bihun goreng, bihun goreng ayam, rojak, rojak mi, roti telur, roti planta, roti milo, roti tisu, roti tampal, nan, nan cheese dan semuanyalah...letih nak sebut satu-satu. Mamak tu je boleh buat (nak sebut semua tu laju-laju) bila kita tanya apa yang ada diorang jual. lepas dia absi sebut suma menu tu, try la soh dia ulang balik 2-3 kali...then, tengok apa jadik...heheheh....

Menu semasa 2nd visit

Menu semasa 3rd Visit
Dah lama tak datang sini sebenarnya. So, dalam minggu lepas, sempat la 3 kali singgah makan kat sini sebab tak tau nak pegi makan kat mana. Memula datang time lunch (weekend kalau tak silap) then lepas keja, datang and just pekena maggi goreng ayam then after few days, sekali lagi datang time lepas keja untuk pekena roti canai/kosong (garing). Kuah dal kat sini pun boleh la tahan sedap jugak. Konpem licin kalau makan dengan roti kosong tu. Lagi best kalau order roti banjir.


Teh tarik kat sini sedap sebab kedai ni salah satu kedai yang dilabelkan sebagai Institut Teh Tarik oleh F&N...maknanya, diorang guna susu F&N dalam minuman diorang...tu yang sedap sebab nak jaga kualiti....






A Standard For Quality

Wherever you see the ‘Institut Teh Tarik’ emblem at a food outlet, you’ll be sure to find a great tasting cup of teh tarik. 
The ITT emblem represents the ‘Gold Standard’ in experiencing your favourite teh tarik beverage. It means the outlet uses quality ingredients from F&N products and maintains high service standards. This standard of quality is pioneered by F&N.

ITT is dedicated to promoting Malaysia’s favourite drink, teh tarik, and its cultural heritage. It also aims to help young entrepreneurs achieve success in the food outlet business through various programmes. 

For the very best in teh tarik quality, look for the ITT emblem wherever you go.




So, kalau ada masa free, jum lepak kedai mamak...pekena teh tarik sedap and order pape yang patut ikut nafsu makan masing-masing....


Malam-malam ada aktiviti 'game rebut kerusi' kat depan kedai...best, kan kedai ni? 

Tentang Rasa - Astrid (OST Nada Cinta & Vanilla Cokelat)


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tuesday, February 26, 2013

Restoran Patatimo, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Amat jarang sekali sampai ke area Wangsa Maju. Apatah lagi dengan sengajanya dalam sedar untuk tujuan datang makan-makan kat sini. Memang sangat clueless. Zero. Nil. Sifar. Kosong. Tapi kali ni redah je pergi sini sebab dah tak tau nak pergi mana lagi dah kat ceruk KL ni. Kalau pergi Saloma Bistro, macam special sangat pulak. Belum pernah try situ pun lagi. Ni takat nak ubah angin tempat makan aje. Tidaklah untuk seleberet apa-apa pun.

So, semalam...lepas setel minum petang, dari Umai d'Cafe, Putrajaya, kitorang (me & Masri) pun drive terus ke KL. Masri serahkan saja kunci keretanya padaku untuk ku bawa sesuka hati ke mana-mana. (Bawaaa...aku pergi...pacu laju-laju...kita lari dari realiti...) Pasrah betul dia. As usual, drive kereta Masri...Masri plak sibuk ber'wassap' dengan buah hati pengarang jantungnya. Biasalah...tengah hangat di alam percintaan. So, dalam tengah drive sambil berbual mesra dengan Masri yang ber'wassap' dengan aweknya tu, terus terfikir nak ke Wangsa Maju bila dah sampai trafik lite depan G-Tower kat Jalan Tun Razak. 

Hujan renyai-renyai lagi time ni. Bila dah sampai Wangsa Maju, tanpa berputus-asa terus park kat depan kedai al-Ikhsan. Then, dengan tenangnya masuk al-Ikhsan kejap nak tengok2 baju and kasut jogging kat situ. Lepas tu, terus pulak bergerak (jalan kaki je) mencarik kedai makan yang sesuai dan berkenan di hati.


Roti Krup Krip???

kerang bakar, mee celup, mee colek suma ada...

Satay....
Carik punya carik, tersua kedai ni: Restoran Patatimo (sebut betul-betul). Huk aloh deme...make kak sini aje lah...Masri ajak makan kat sini. Nama pun macam special. Ikutkan menu, selain makanan bergoreng dan nasi berlauk, of course ada makanan dari pantai timur macam nasi air, nasi kerabu, pok tek etc. Yelah, dah nama kedai pun Patatimo (Pantai Timur).

Walau perang dunia berlaku, Masri tetap tekun ber'wassap'..heheh

Kepok...


oit sedara...helo..helo...

sup tulang temulang

nasi goreng biasa je

sup ayam


Since tengah praktiskan diet tanpa nasik arini, just order sup ayam ajelah. Masri pulak order sup tulang dan nasi goreng biasa (sebab frust nasi goreng sotong takde sebab sotong dah habis. Huh???) Selain tu, order jugak kepok (keropok) so boleh kunyah-kunyah masa tunggu sup and nasi goreng sampai. Sedap kepok tu, ujar Masri sambil mengunyah laju. Pastu sambung wassapppp....hehehe...

bukti JJCM pernah mai sini
Rasanya kedai ni specialty nya terletak pada makanan pantai timur. Nampaknya Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun dah sampai ke sini sebelum ni. (ada sign JJCM tergantung kat kaunter). My sup ayam was ok. Masri just komplen sup tulang tu harga RM8.00 tapi lebih banyak tulang dari dagingnya. (Hmmm...?)

Ayers Rock kt sebelah kedai..
Restoran ni terletak di belakang CIMB Bank, berhadapan Bank Islam dan disebelah Restoran Ayers Rock yang menjual makanan western.

So, sesapa suka nak pekena makanan pantai timur especially tetiba nak makan nasi kerabu memalam tu boleh la try datang ke sini and bagi komen sewajarnya. 

Dan juga sesapa yang tau selok-belok kawasan ni dan boleh recommend kat mana kedai makan yang best even kedai tu sempoi malahan gerai kecik sekalipun, yang ada kat area ni pun dialu-alukan untuk berkongsi info sbb nak try nanti...

Belasungkawa: 26.02.2013 - Perginya Seorang Pegawai Menemui Illahi..

Pada hari ini, saya telah dikejutkan dengan berita bahawa Pegawai dibawah seliaan saya, Allahyarhamah Rusnani bt Pa'Adik telah kembali ke Rahmatullah pada awal pagi tadi. Pemergian beliau adalah disebabkan serangan penyakit SLE yang telah lama dihidapinya sejak kecil. Ini merupakan kali pertama saya kehilangan Pegawai yang bertugas di bawah seliaan saya sepanjang saya berkhidmat.

Saya tidak lama mengenali beliau. Saya mula kenal beliau dan sama-sama melaksanakan tugas yang diarahkan sebaik sahaja saya ditempatkan di Unit Parlimen mulai September 2011. Ketika bertugas, arwah ceria dan cekal menjalankan tugas dan sering memberikan khidmat yang terbaik apabila diperlukan. Adakalanya ketika bertugas di pejabat, beliau terpaksa bertarung dengan serangan penyakit tersebut. Akhirnya, keadaan beliau menjadi semakin kronik bilamana penyakit tersebut telah menyerang organ-organ dalaman arwah. Keadaan arwah yang menjadi semakin kritikal dari hari ke hari menyebabkan beliau terpaksa dibawa pulang ke kampung halaman dan ditempatkan wad ICU HUSM Kubang Kerian, Kelantan untuk menerima rawatan rapi pada setiap masa. Pada sesi ziarah sebelum ini, saya sempat melihat sendiri keadaan arwah di hospital dan bertemu dengan sebahagian ahli keluarganya.  Arwah koma pada ketika itu dan sewaktu saya sampai, arwah baru sedar dari koma tetapi berada dalam keadaan yang sangat lemah.

Menurut maklumat daripada rakan sekerja, arwah dijangka dikebumikan pada jam 11 pagi tadi di kampung halamannya. Selain wakil daripada Bahagian, beberapa orang pegawai yang kebetulan berada di Kota Bharu, Kelantan atas urusan mesyuarat juga akan melawat keluarga arwah. Alhamdulillah. Memandangkan saya tidak berkesempatan untuk turut sama menziarahi keluarga arwah pada hari ini, saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman di sisi-Nya. 

Takziah kepada keluarga beliau, semoga mereka banyak-banyak bersabar dan tabah atas kehilangannya. Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah buat beliau.

Al-Fatihah...

Minum Petang di Umai d'Cafe, Lake Garden, Presint 2, Putrajaya

Dari arah Monumen boleh nampak cafe ni
Restoran Umai d'Cafe ni letaknya tak jauh dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi dan Monumen Alaf Baru (yang bentuk macam roket tu). Umai d'Cafe ni jugak menghadap tasik Putrajaya so it has a nice view for all the customers yang datang mengisi perut kat sini. 

the famous Cucur Udang
Dah 2-3 kali jugak la datang sini after my officemates cakap makanan kat sini sedap-sedap belaka. For today, I wanted to come here sebab terasa nak makan Cucur Udang. Cucur Udang kat sini pun boleh tahan sedapnya. (salah satu makanan yang jadi sebutan ramai) Selain kuah kacang, turut setia menemani cucur udang ni adalah sos cili yang dibuat khas. So, kalau tak minat makan dengan kuah kacang, boleh cicah dengan sos tu.

Selain tu, ada jugak makanan tradisional lain antaranya seperti lempeng pisang, lempeng kelapa, cucur kodok, bubur kacang, roti jala, pengat pisang, pengat pulut durian dan ubi kayu rebus. Cucur kodok atau cekodok pisang pun ramai yang kata sedap tapi tak sempat pulak nak order. No wonder nampak ramai yang makan cekodok tadi. 

During my 2nd visit, i ordered nasi goreng sardin..diorder bersama kangkung masak belacan & telur dadar.. 
Kat sini jugak memang banyak pilihan kalau nak makan makanan lain seperti nasi goreng yang pelbagai jenis (nasi goreng sardin ada jgk), mee..bihun..kueytiow..tomyam...sama jugak variety macam menu kat restoran lain. Selain local food, western food pun available. So, jangan risau...macam-macam ada. You name it, you got it. Cuma jangan la pulak order menu yang pelik-pelik. Just order pape makanan sepertimana termaktub dalam buku menu yang disediakan.

Pengat Pisang
So, selain cucur udang, i also ordered pengat pisang. Waited for almost 45 min until i got mine. Dunno what took so long to prepare it. For today, i came here with my friend, Masri...who i accidentally met while driving to this place. Dia pun baru balik dari kerja. Masa driving, turunkan tingkap, bagi sign 'minum' then he followed me there.

Orang tengah bercinta...macam ni lah...hehe...
He also ordered pengat pisang and he got his much more earlier than mine. Maybe few of the pelayan tu terlupa even i've reminded them more than 3 times. If lambat sket je lagi, memang dah kensel terus dah. Nasib baik sampai jugak and the pengat pisang still panas and pisangnya pulak manis. Baru siap masak agaknya. Licin terus semangkuk. Sebab sedap...

teh tarik = sedap lah
Selain makan, i also had 2 glasses of teh tarik here. Teh tarik kat sini pun best jugak...that's why tak cukup segelas. Gelas besar pulak tu. Minum time tengah panas memang lah terasa sangat nyaman. Kalau order satu jug pun takpe agaknya.

Usually memang ramai orang datang makan kat sini especially during lunch, selepas office hour untuk minum petang and for dinner. Overall, this is a nice place untuk makan-makan sambil berborak and enjoying view tasik. 

Alhamdulillah...nak abiskan pengat pisang yang baru sampai
Untuk datang ke sini, kena lalu Masjid Tuanku Mizan dulu then belok ke simpang kiri untuk masuk ke kawasan parking di sebelah cafe ni (sebelum Monumen Alaf Baru). Kalau nak berjalan dari arah monumen pun boleh jugak. Ikutlah mana yang sesuai dengan kehendak dan selera masing-masing. Tiada siapa yang akan menghalang.

monumen alaf baru
Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di waktu malam
Umai d'Cafe ni dibuka setiap hari dari pagi sehingga jam 12 malam. So, sesenang nanti jom lah lepak and makan kat sini....kalau bernasib baik, ada peluang terserempak dengan Tun Mahathir...boleh la belanja Tun minum/makan nanti...

Monday, February 25, 2013

Cubaan Masak Daging Guna Microwave. Eh?

Hari ni terasa nak try nak masak daging. Ada beli daging marinated kat Cold Storage tadi. Dah malam-malam ni so ada la diskaun sebab nak clear stok, kan... Half chicken (marinated) pun ada tadi tapi kalau beli takut tak termakan pulak. Untuk malam ni, boleh la cuba masak daging je dulu.

Sebenarnya bukan tak biasa masak daging ni. Biasa dah...tapi selalunya masak pakai kuali bagai tapi kali ni nak masak daging pakai mikrowave pulak. Memang tak pernah reti guna mikrowave sebenarnya. Tu yang baru nak cuba-cuba. Kalau cuba pastu berjaya tu takpe la. Kalau cuba tapi tak berjaya? Tapi, at least mencuba jugak dari tak cuba langsung...

Bila dah sampai rumah, dah ready nak masak, tetiba jadi blur. Berapa power nak guna untuk masak daging ni? 100W? 450W? 600W? Berapa lama plak masa nak tunggu sampai daging tu masak? 10 minit? 15 minit? Sejam? Sehari suntuk?

Puas search, carik panduan kat Google. Takde satu pun yang boleh tolong. Semuanya ntah apa-apa. Leceh le macam ni. Last-last, belasah je la...power letak sampai takat 450W, masa plak...bagi can sampai 9 minit...pastu try tengok apa berlaku...

Saspennn...meletop-letop bunyik kat dalam mikrowave tu. Normal la tu, kan? Cukup time, terus check daging...pecah berkecai ke apa...huhuhu...Bila bukak je, tengok-tengok, struktur daging masih kekal cantik..nampak macam dah masak tu tapi macam terlebih masak pun ada jugak...sebab apa ye jadi macam tu...power kuat sangat ke? atau masa tu yang lama sangat? Kalau reti, bole la set cantik-cantik and masak takat medium-well. Baru daging tu lembut teksturnya...senang nak potong and tak letih nak mengunyah...

Anyway, daging marinated kat Cold Storage tu boleh tahan sedap rasanya. Kalau beli awal and masak awal-awal sket tentu lagi sedap kot...freshness is important. Boleh beli lagi nanti...try lagi sekali.

Hopefully, lepas ni ada la sesapa yang dah jadi pakar masak guna mikrowave ni boleh tolong bagi panduan berguna. Sebabnya, saya ni budak baru belajar...amik galah tolong la jolokkan...


Sunday, February 24, 2013

1st Visit to A-Saloon, Alamanda


Dunno what to do tonight. Been driving here & there without clear direction. Suddenly terasa nak gunting rambut even rambut tak ada lah panjang mana pun. Boleh trim je kot. Since hujan petang ni, terus drive menghala ke Alamanda. Ingat nak pergi salon Hairven tu. Dah banyak kali nak pegi secara walk-in tapi manjang je tak dapat. Kena buat appointment, katanya. Pernah sekali je dapat walk-in lepas tu langsung xdapat dah.

Takde luck.

Jam baru 8.30pm. Bila sampai kat Hairven, bagitau nak wash & cut, girl kat kaunter cakap salon dah tutup dari kul 8.00pm tadi. Cisss....Jadahnya. Alamanda kan tutup kul 10.00pm. Ada 2 jam lagi. Tolak rezeki betul la diorang ni. Macamana nak maju kalau bisnes macam ni. Then, amik business card Hairven atas kaunter tu (saje je ambik sebab girl kat kaunter tu suh amik so senang nak call buat appointment nanti, katanya). Pastu trus blah. Teringat ada satu lagi salon kat sini sebelah butik Valentino Rudy. A-Saloon namanya.



Sesampai je kat kaunter, terus request nak wash & cut. Orang pun nampak tak ramai. Dah lengang. Ada sorang budak je yang terjerit-jerit masa kena gunting rambut. Famili dia pakat gelak reramai. Kesian budak tu. The guy yang ada kat kaunter terus ajak masuk and tunjuk seat. Good...ingatkan dah tutup mcm Hairven tadi. And, wow...each seat ada provided i-Pad untuk customer surf internet masa tengah gunting rambut etc. Usually salon provide wifi tapi yang ni provide i-Pad terus. Cuma tak boleh bawak balik je. Kalau takkkk.....


The service is good. As usual, memula shampoo rambut dulu itu ini begitu begini. Lelaki yang entertain tapi tak rasa sangat time urut kepala masa shampoo tu. Takde plak urut smpi ke bahu and belakang leher. Kalau ada, alangkah bestnya...then lepas tu, macam biasa terus bilas rambut. Ada la picit kepala sket masa nak lap rambut. Then proceed balik ke seat untuk gunting rambut plak. Suruh trim aje. Not more than that. So, a lady who is the stylist at the moment pun guna skill menggunting rambut yang dia ada. 

baca blog Paultan..pasal kereta je...


After 10 min, siap sudah gunting rambut. Then pegi basuh/bilas kepala balik then bila dah duduk kt seat, pakai wax. Siap sembur rambut kiri-kanan-belakang. Time ni la stylist tu akan buat style ntahapa2 ikut kreativiti dia. Memang tak sama langsung dgn style sebelum masuk salon. Serius nampak pelik. Ala rambut Zyn Malik, member One Direction tu.

So, altogether RM38 je. Kalau Director's cut lagi mahal. Maknanya that lady bukan salah seorang Board of Directors salon ni. Different stylist level, different price. Kalau nak rambut style tongkang pecah, try la amik junior stylist. Konpem dia tarah kepala sampai dia puas hati. Customer plak panas hati.  

So, overall puas ati la dengan service kat A-Saloon ni. Kalau dia massage kepala kuat sket tadi, mmg lagi puas hati. Akan datang lagi bila rambut dah panjang sket. Sorry Haven, u dah hilang sorang customer from today. Hairven no more.

Off to Cold Storage now.