Tuesday, February 12, 2013

Restoran Tom Yam Noor Nadia, Seremban 2


Today, selepas selesai sesi terapi minda sambil berhibur nunton Die Hard: A Good Day to Die Hard kul 10.10 mlm (my 2nd session) dgn Mayna, bro Ajoy & sis Jannah kat TGV Seremban 2, maka terasalah akan laparnya perut ini. Mcm lagu Najwa Latip: Kosong...kosong... Dengan tidak semena-mena, bergegaslah mencari kedai makan berhampiran untuk merealisasikan aktiviti pemakanan sepertimana yang sering dilakukan oleh seluruh masyarakat amnya.Area sini ada la few kedai makan termasuklah Pappa Rich.

so...dalam byk2 kedai makan, Restoran Tomyam Noor Nadia tempat dituju. Ni kiranya kali kedua datang makan2 kat sini. So far so good. Service pun cepat, pantas dan tangkas. Makanan yang dihidang juga enak2 belako dan tak menghampakan. Menunya sama seperti menu-menu di kedai tom yam lain tapi atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, adalah wajar untuk hadir makan kat sini especially kalau dah terlanjur sampai area Seremban 2 atau dah tak larat nak makan lauk masak lomak...



Makanan yang diorder:

Nasi Putih
Tom Yam Campur
Ayam Masak Merah (kuah lebih)
Udang Goreng Kunyit
Telur Dadar
Kailan Ikan Masin
KueyTiow Kungfu
Kuey Tiow Ladna

Minuman:
Limau Suam
Nescafe Ais
Teh Tarik (bukannya 'the' - rujuk menu)
ABC
Air kosong (sejuk)

ayam masak merah


udang goreng kunyit

tom yam campur yg sedap


telur dadar kosong
kailan ikan masin


Makan dgn sgt tekun sampai tak tengok orang lain dah...
Aisehhh...lupa plak nak order kepok (keropok)...best kalu makan kepok sambil cicah sos cili thai sblm makanan yg diorder sampai. Konpem susah nak berenti.

So far semuanya sedap2. Next time boleh datang lagi untuk makan2 sambil lepak borak2 kosong.

map untuk ke sini:



No comments: