On 19 February 1979...at 2.20am, was the day when i was born to this world...now, pejam celik pejam celik dah pun tahun 2013...its been 34 years now for me to be in this world...dalam setiap tahun, banyak suka duka kehidupan yang dah dilalui...bermacam ragam orang yang dah ditemui...daripada kecik sampai lah besar...daripada sekolah rendah, menengah, universiti hinggalah zaman bekerja...
Dari dulu lagi, bukannya jenis orang senang...bukannya dari keluarga yang kaya dan berduit...duit belanja sekolah pn xsebanyak mana...hanya cukup makan pakai sahaja...itupun dah byk bersyukur dengan rezeki yang Allah swt bagi pada keluarga especially ayah yang teruk bekerja siang dan malam...mak pulak sanggup bangun awal pagi kelam kabut & bersengkang mata nak siapkan sarapan dan buat bekal makanan untuk anak-anak kat sekolah...dan kemudian keluar bekerja untuk tambah nafkah keluarga...lewat petang baru balik. kita ni, jangankan nak buat breakfast, kita ni nak bangun awal pagi nak pergi kerja pun kadang-kadang liat...mak ayah yang rajin, tak putus usaha untuk lihat anak-anak membesar dengan sempurna dan jadi insan berjaya...
Ingat lagi, masa sekolah rendah. Tiap-tiap pagi ayah hantar ke sekolah naik motor cabuk C70. Berhenti makan roti canai dulu sebelum masuk sekolah. Lepas tu bila sampai sekolah, time belajar tu mesti tetiba sakit perut nak membuang sebab minum teh tarik masa mkn roti canai tu. Satu hari, masa naik motor lepas makan roti canai, tiba-tiba tayar pancit. Sama-sama menapak pelan-pelan dengan ayah sambil ayah tolak motor sampai ke sekolah. Lepas tu baru ayah hantar motor ke bengkel sebelum pergi kerja. Berpeluh sakan ayah masa tu. Kesian ayah. Masa sekolah menengah, masa salam mintak restu mak sebelum pergi ambik exam PMR & SPM, nampak mak tersenyum tapi air mata mak bergenang. Alhamdulillah result PMR ok dan then boleh masuk boarding school. SPM plak dpt pangkat 1. Bila sampai time ambik keputusan trial SPM pulak, ada sesi perjumpaan guru dan ibu bapa. Tak tahu masa tu yang jalan dari Air Hitam ke Kluang banjir. Kereta memang tak boleh nak lalu. Tak sangka ayah nak datang. Masa tu ayah sanggup berpeluh naik bas sampai ke sekolah. Bila balik tu, sama-sama tunggu & naik bas dengan ayah sebelum dapat ambik kereta. Sama-sama berdiri dalam bas dengan ayah sebab orang ramai. Sedih betul masa tu bila tengok ayah sanggup bersusah payah dari jauh datang ke sekolah. Sungguh besar jasa mak dan ayah...sungguh tak terbalas rasanya...kalau diingat betul-betul satu persatu, apa yang mak dan ayah lakukan sepanjang membesarkan kita, pasti kita akan rasa terharu...semoga Allah swt membalas segala jasa dan pengorbanan mereka...

Dulu, bukan setakat masa belajar, even bila dah abis belajar pun sanggup duduk jauh dari famili and ikat perut cari kerja...sanggup tiap-tiap hari makan roti canai bila tak ada duit...sebab tau bila dah makin membesar ni, kena cari jalan untuk cari duit sendiri, bantu, balas budi mak ayah dan mmg tak boleh nak susahkan keluarga lagi...mak ayah pun semakin tua...tak nak buat mak ayah risau kalau tak dapat kerja. Ijazah atau diploma tu bukannya bukti kita dah hebat dan jadi penentu kita boleh dapat kerja. Yang penting usaha dengan pengalaman. Bila mak ayah dah semakin berumur, bukan masanya untuk mereka bekerja dan cari duit untuk anak-anak...so, kita tak boleh duduk dalam 'comfort zone'...kalau tak, macamana nak survive dalam hidup...carik jugak kerja walau gaji kecik dan kerja tu kena berjemur tengah panas tiap-tiap hari pun diambik jugak..asalkan ada kerja..demi pengalaman...mak ayah tak pernah tau yang anaknya susah...lagipun, bila kita tau macamana hidup susah, kita akan appreciate bila dah semakin senang...
Well, thinking of all that i've been through, i am lucky to be alive, still breathing now and be able to continue my life...bersyukur dengan rezeki yang ada walau tak sebesar mana...tapi tak tahulah sampai bila agaknya..semoga Allah swt panjangkan umur dan kurniakan kesihatan serta kekuatan yang berpanjangan sebab rasanya ada banyak lagi yang perlu dilalui dan perlu dicapai...walaupun sukar tapi itulah kehidupan...
I am glad to be alive now...Syukur Alhamdulillah....semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan hendaknya...Amin..
6 comments:
Ada blog nampak?? Since when? Come blogwalking kt blog aku plak nnt ek.
br sambung mwnulia balik slps byk tahun stop..ok..aku akan blogwalking..hehe..hows life? hopefully suma ok...
Alhamdulillah makin ok n kuat tp kdg2 meroyan gakla sekejap. Aisehmen x perasanla besday ko hari nie. Gara2 bukak fb hanya di hp x pasan besday org....happy birthday Zam. Semoga sihat sentiasa n sukses dalam life dan diberkati oleh Allah SWT.
thank you for the wih..its ok...takpe, just be strong...u will be able to overcome it...cemana nak jd member kt blog ko..mcm xbole je..hehe..
Dah jd member tue pun. Aku jarang dh nak mengupdate blog nie sbb aku tak reti la nk meluah perasaan sgt..hehehe. Tq blogwalking kt blog aku. Take care Zam n wish me all the best k...
sblm tu x bole add as member..xtau knp..error kot..blog ni tempat kita share anything..nak mengarut merapu meraban pun bole..share info pun bole...so, tulis aje la..lagipun ko kan dah lama berblog..dah mahir sgt dah tu..aku je yg on off..hehe..yes, aku doakan yang terbaik untuk ko..life goes on..Insya Allah..
Post a Comment