Wednesday, February 13, 2013

Rasa Macam Nak Pekena Urut Kaki (Refleksologi) Seround Petang Ni...


Petang ni rasanya macam nak pergi buat urut kaki la...Kaki rasa lenguh-lenguh and lutut kiri plak sakit ni. Bila dah 3-4 hari baru la terasa sakit lepas turun gunung hari tu. Ada 2 tampat kalau nak pergi pun. Sama ada kat Alamanda (Reborn) atau ke Prima Saujana, Kajang (Aur Pair). 



Bila buat urut tapak kaki ni, kalau ikutkan memang la sakit bila kena tekan/urut kat tapak kaki tu. Kalau rasa geli kat tapak kaki pun kejap aje la rasa tu ada pun...lepas tu rasa geli ntah hilang ke mana pun tak tau...Carik la konpem tak dapat...Kalau nak kaver-kaver tahan sakit tu, buat-buat la tidur kalau boleh...takpun main fesbuk or main game kat phone...But you will appreciate the process later bila semuanya dah setel...bak kata pepatah: "Susah-susah (bersakit-sakit) dahulu, bersenang-senang kemudian"...


Kalau pergi Aur Pair tu, macam biasalah..lepas bagitau staff kat kaunter tu, boleh la terus masuk and pilih tempat duduk mana yang berkenan. Jangan lupa basuh kaki dulu. Kang pensan plak brader yang nak urut kaki tu. Kat sini selesa jugak sebab kerusinya besar-besar. Lepas tu suasana kelam-kelam aje. Dalam kelam-kelam tu, kedengaran lagu tradisional indonesia dengan bunyik air mengalir je. (hari tu pegi urut badan kat situ, boleh plak pak cik yang dok urut badan kat katil sebelah ingat lagu tradisional tu lagu Thai. Konpem brader yang dok urut badan pak cik tu pun terkejut dengan soalan pak cik tu. Jauh benor bezanya lagu tradisional Indonesia dengan lagu Thai pak cik oii...tak sama langsung). 

So, bila dah duduk leklok, brader tu akan sapu krim aka minyak urut and then process mengurut tapak kaki hingga paras betis pun bermula (dengan penuh rasa saspen). Simple je. Tapi part tahan sakit tu la yang best. Terkonang-konang dibueknyo...tapi bila dah survive part tu, konpem rasa fresh sket satu badan especially part kaki. Ingat lagi 1st time berurut kaki (kat Aurpair ni lah). Masa tu memang saspen and dok menahan je bila rasa sakit time urut tu. (Yelah, 1st timer...konpem tak biasa). 


Member kat sebelah sampai terangkat-angkat badan dok menahan sakit. Muka kemain berpeluh, berkerut lagi. Apa taknya, big boss yang urut kaki dia. Mau tak mengeliat satu badan. Konpem dia rasa nak balik je masa tu...hehe...Lengan brader (big boss) tu aje lagi besar dari dengan betis member tu. Lepas urut, hah..hambik kau...baru drive tak sampai 200m dah rasa sakit perut. Dah tak boleh tahan dah. Kelam kabut bawak kereta carik toilet. Memang abis kuar suma toksin-toksin dalam badan ni. Esok harinya, badan terasa memang ringan betul. Takde rasa lesu dah.


Kalau pegi kat Reborn, Alamanda plak. Lepas bagitau staff kat kaunter tu, boleh la terus masuk tapi tak boleh terus duduk kat kerusi urut tu. Kena pergi rendam kaki dulu dalam air panas (tapi bukannya panas menggelegak. Panas yang acceptable). Kaki plak akan ditenggelamkan dalam bijik-bijik bulat kecik yang dipanggil Ray Emmiting Stones (SGES) yang mana bijik-bijik tu batu daripada Kyushu Mountian, Japan dan berupaya untuk pancarkan sinaran infrared. 

So, ada therapeutic benefit kalau rendam kaki dengan batu and air panas tu. Masa memula buat dulu, memang la ok je...tapi bila dah lama sangat rendam kaki dalam air panas tu, mula la tak senang duduk. Mungkin masa tu staff tu leka berborak sampai lupa kaki customer dah lama sangat dalam air panas. Kalau lelama, mana nak tahan.

 

So, lepas setel process rendam kaki tu, boleh la maju ke kerusi urut dan lepas tu, sambung plak dengan proses urutan tapak kaki yang berselang seli dengan rasa sakit. Hanya kat bahagian tapak kakilah yang terdapat urat saraf yang dihubungkan ke seluruh tubuh badan kita. Jika ada bahagian di tapak kaki yang terasa sakit tu, maknanya ada la bahagian tertentu di badan yang tidak berfungsi dengan sempurna. So, eloklah diurut dan diperbetulkan.

So...nak ke Aupair ke Reborn?






2 comments:

mayna said...

Reborn je ka dekat

eezarm said...

nak pekena yang power sket...huhu