Sabtu lepas, takde program sebab banyak program yang dah dirancang dari pagi tu terpaksa di kensel. Unexpectedly, petang tu pergi ke Seksyen 7, jumpa member, Yus kat sana and makan-makan kat Restoran Barra. Selepas puas melepak kat restoran tu, terasa bosan plak sebab makin lama makin ramai orang dan bila dah ramai orang tu, makin bising la jadinya. Rimas...
So, kitorang pun keluar dari kedai and Yus ajak pegi ke Uptown Shah Alam. Owh...ada Uptown kat sini...Kat mana tu? Tak pernah pergi lagi Uptown Shah Alam ni...Uptown damansara pernah la tapi tu lama punya cerita. Yus bagitau, dia pun selalunya lalu je kat kawasan tu...tak pernah sempat nak singgah pun. Ramai orang suka pergi situ, katanya...so, now dia pun teringin nak pergi jugak. Tanpa berlengah lagi, now...now...now...kitorang pun vrooom...vroom...naik kereta Vios baru Yus, cabut pergi ke Uptown tu...
Rupa-rupanya Uptown Shah Alam ni kat area Seksyen 24 je...betul-betul kat tepi highway Kemuning - Shah Alam...patut la masa sesat nak ke Seksyen 7 lalu Seksyen 24 ni tadi, nampak ada banyak kereta park kat kiri kanan jalan...bazaar uptown tu kat sini rupanya...
Bila dah sampai kat sini, 1st thing to do is...cari parking. Aktiviti ni memang payah kalau tak kena time. Mostly kereta memang park kat tepi jalan je sampai la masuk ke dalam area kawasan perumahan belakang Uptown tu. sampai macam tu sekali banyaknya kereta. Pusing punya pusing, dapat jugak la parking. Yelah, people come and go...bukannya diorang nak stay kat sini sampai subuh kot. Since nampak ramai betul orang datang sini time ni, nak jugak tau apa yang ada sebenarnya kat sini...sama macam Uptown Damansara ke...apa yang bestnya tempat ni...
|
Ini la entrance masuk ke Uptown Shah Alam... |
|
Punya banyak kereta sampai parking tengah-tengah jalan... |
|
Tu diaa....sanggup park sampai naik divider... |
Lepas dapat park kereta kat tepi jalan, kitorang pun menapak la slow-slow sampai ke entrance Uptown ni. Nasib baik tak jauh sangat. Dalam dok menapak tu, boleh tengok macam-macam stail orang park kereta...kereta MyVi pun park terjongket atas divider tepi jalan tu...macam la kereta tu 4x4...asalkan boleh park aje walau ruang kecik...obses sangat, dah tak tahan nak datang sini la agaknya kot...
|
Signboard kat entrance... |
|
Yus berjalan masuk dengan excitednye... |
Bila masuk je, dah nampak kemain ramai orang lagi kat dalam area ni. Memang nampak crowded. Banyak jugak lot-lot kedai yang jual bermacam-macam barang. jangankan jual barang, jual kereta pun ada kat dalam ni...tapi kereta MyVi dgn Preve ajelah yang ada...takdenye nak jumpa kedai jual BMW or VW Passat kat sini...mungkin tahun depan adalah kot...
|
Punya ramai orang kat sini...nak carik apa pun tak tau la... |
|
Ada show...pengunjung kasi test power nyanyi lagu..dapat hadiah kot... |
Dalam tengah dok bersesak-sesak tu, terdengar macam ada show. Ada artis ke? kemain sedap lagi suara menyanyi...Jenguk punya jenguk rupanya budak je, anak pengunjung Uptown ni kot...tengah test menyanyi atas pentas...kalau test nyanyi ni, ada dapat hadiah la agaknya...sebab tu kemain bersungguh lagi dia menyanyi...kalau tak, takkan siap tarik-tarik suara bagai...tapi memang power la suara dia...sebijik macam suara artis...boleh pergi jauh tu...
Kitorang pun meronda la tanpa hala tuju kat dalam ni. Meredah lautan manusia yang ada. Bukan nak carik apa pun, just nak tengok apa benda yang dijual kat sini. 1st time datang, kan...Kot ada terjumpa apa-apa yang berkenan, boleh la dibeli...kalau tak, sekadar tengok-tengok and window shopping ajelah...
|
Kedai menjual topeng beraneka rupa... |
|
Cuba beli topeng ni pastu masa camping dalam hutan, try pakai... pastu tengok, sempat sampuk orang ke atau dah kena sampuk awal2...huhu... |
|
Kedai jual beg...bermacam brand ada...pilih je kalau berkenan... |
Jalan punya jalan tetiba terjumpa food court kat dalam ni...ni jugak salah satu sebab atau tarikan kenapa ramai orang datang ke sini kot...Memang penuh orang kat food court ni...Sama ada diorang memang datang nak makan kat sini ataupun diorang ni semuanya berenti minum & makan lepas dah penat berjalan and membeli-belah...
|
Kat sebelah tepi (kanan) dari arah pintu masuk ada area food court... banyak kedai makan kat sini..pilih je mana yang berkenan di hati... |
|
Kalau tetiba terasa nak makan mi bandung, ada aje ni...jangan risau... |
Yus terjumpa plak kedai jual mainan...kereta remote control, Hot Wheels, Robot..sumanya ada...Dia pun kebetulan nak carik mainan untuk anak dia...sampai ke sudah tak jumpa Optimus Prime yang besar gabak tu...dah abis memanjang...tapi, kat sini pun takde. Hampa lagi la gamaknya...takpe, carik lagi...usaha tangga kejayaan....
Kalau tak mau beli mainan mahal-mahal untuk anak-anak yang asyik meragam kat rumah tu boleh la carik kat sini kot...bila dah tengok-tengok ni, tertarik jugak dengan kereta Hot Wheels yang kecik-kecik tu...Collectors item...bukan senang nak carik...harga sebijik pun ada yang RM10, RM 20 & RM30...memang model keluaran Hot Wheels sebelum-sebelum ni...tapi fikir punya fikir, next time ajelah beli...takde feel nak beli pape mainan arini...
|
Yus tengah survey kereta kontrol...kot ada yang best... |
|
Collection Hot Wheels... |
|
Kalau pengumpul kereta Hot Wheels ni boleh la beli kereta idaman kat sini untuk tambah collection... |
Kalau nak beli t-shirt yang ada gambar pistol Glock, Baretta etc, ada jugak kedai yang menjualnya. Kedai ni mostly jual baju and alat untuk anggota tentera & polis...tapi bukan boleh beli sebarangan...kalau takat t-shirt ni untuk buat bergaya tu boleh la...t-shirt ni ada banyak design and disusun mengikut size...masa ni terjumpa satu design yang cantik, memang nak beli dah tapi takde size la pulak...frust betul...
|
Kedai ni jual t-shirt bergambar pistol... |
|
Jual jugak aksesori bagi polis dan askar... |
|
Nak beli t-shirt ni tapi takde saiz M...yang ada L dgn XL aje... *frust* |
|
Tu dia...siap ada spesifikasi senjata lagi... |
Dalam dok jenjalan tu, terjumpa jugak kedai yang jual bermacam jenis beg untuk hiking and oudoor activity. Banyak brand seperti Deuter, Karrimor, Osprey dan lelain cuma tak sure sama ada suma beg ni ori atau tak. Ada jugak dijual satu basikal mountain bike ni...basikal 2nd hand je tapi harga, RM7500...perghhh...tak sure brand and model apa tapi boleh tahan jugak mahalnya...nampak canggih jugak basikal ni....ada sesapa yang berkenan and nak beli? Kalau ada, sila la datang cepat-cepat and beli sebelum dirembat orang...
|
Basikal untuk dijual...tgk harga tu...RM7500... |
|
Kedai jual beg untuk hiking pun ada..ada mcm2 brand kat sini..termasuklah Karrimor...Deuter... |
|
Penuh kedai dengan beg...kasut adidas and nike celup pun ada... |
|
Antara beg yang dijual...macam- macam jenis dan saiz beg...harga mungkin boleh tawar... |
|
Ada jual pakaian ala tentera jugak... |
|
Kasut boot...smart jugak kasut ni... |
|
Kalau nak beli boot untuk hiking and barang camping mcm khemah etc pun ada dijual kat sini agaknya... |
Mostly, kedai yang jual baju memang banyak kat sini selain beg dan barangan lain. Kalau rajin nak memilih tu boleh la spend masa lama sket. Kalau takat nak survey-survey aje pun takpe...diorang tak paksa beli pun kalau dah masuk ke dalam kedai so no worries...
|
Kedai ni ada jual t-shirt lambang Superman...lambang baru tu... tapi tak berapa cantik sangat so tengok ajelah... |
|
Kedai yang sama...nampak cantik tapi kualiti ada kureng sikit... |
|
Kalau mau makan sate, sate pun ada....sedap atau tak, tu taktau la... |
|
Ikan Bakar... |
Dalam dok pusing sana sini tengok kedai tu, bila dah nak sampai ke area food court balik, ternampak la satu gerai ni...jual Sengkuang Calit. 1st time jumpa makanan ni. Terasa nak beli and try tapi ramai sangat plak yang berkerumun kat depan gerai tu...kalau nak tunggu, memang jenuh la agaknya...so, for this time, just take note and one day nanti bila datang sini boleh la try...nak tau jugak mcmana rasanya...kalau tak sedap, takkan ramai bebenor orang nak membelinya, betul tak?
|
Kedai ni jual makanan yang dipanggil Sengkuang Calit... tak dapat nak beli sebab ramai sangat orang yang beratur time ni... |
|
Cuba nak ambik gambar Sengkuang Calit ni tapi tak dapat... |
Lepas penat berjalan, akhirnya kami akur dengan kehausan yang melanda tekak ini lalu bertekad untuk berhenti kat salah satu kedai makan yang ada and minum dulu sebelum balik. Kalau nak makan kat sini, boleh je masuk memana kedai tapi ada kedai yang jual specialty tertentu macam Nasi Ayam Penyet, Burger Kukus, Mi Bandung, Ikan Bakar etc. So, kena pandai pilih jugak...kalau takat nak minum aje, boleh la redah memana kedai yang ada...tak jadi masalah...tepuk tekak tanya nak minum apa...
|
Lepas ronda-ronda, berhenti kat kedai makan...mau minum2... |
|
Yus tekun tgk tv time nih...ada movie best ke apa ntah... |
|
Order ABC...bertahun jugak nak sampai...sedap jugak... |
So, lepas minum and borak-borak dalam setengah jam, kitorang pun keluar dari area Uptown ni. Jam pun dah pukul 2 lebih. Even dah pagi pun tak nampak macam berkurang je orang kat sini. Harapnya betul la tempat ni wujud. Jangan tetiba bila siang nanti tengok kawasan ni sebenarnya takde apa, penuh semak-samun dengan rumah terbengkalai aje...tak pasal-pasal masuk majalah MASTIKA nanti.....hehehe...
|
Kedai jual t-shirts and jerseys...boleh cetak nama kat belakang kalau nak... |
|
Rasanya kedai Digi ni bukak 24 jam kot...dah kul 2am pun tak tutup lagi... |
So, sesapa nak cuba experience sendiri Uptown ni, nak desperate nak beli beg untuk hiking ke..nak begi hand beg, spek itam untuk melaram or memacam lagi, boleh la datang especially pada hujung minggu untuk memeriahkan dan menambahkan lagi orang yang ada. Masuk free...tak kena bayar macam masuk ke i-City tu...Since tempat ni sesak dengan orang, just make sure kereta dikunci dengan baik dan dompet ataupun purse dijaga dengan rapi untuk mengelakkan kegiatan tak bermoral oleh penyeluk saku...ok?
Ni peta lokasi Uptown Damansara:
|
Lokasi Uptown ni sebelah Lebuhraya Kemuning - Shah Alam |
|
Drive balik ke rumah...dah pagi buta so jalan pun lengang... nak baring ambik gambar atas jalan pun boleh time ni... |
No comments:
Post a Comment