Amat jarang sekali sampai ke area Wangsa Maju. Apatah lagi dengan sengajanya dalam sedar untuk tujuan datang makan-makan kat sini. Memang sangat clueless. Zero. Nil. Sifar. Kosong. Tapi kali ni redah je pergi sini sebab dah tak tau nak pergi mana lagi dah kat ceruk KL ni. Kalau pergi Saloma Bistro, macam special sangat pulak. Belum pernah try situ pun lagi. Ni takat nak ubah angin tempat makan aje. Tidaklah untuk seleberet apa-apa pun.
So, semalam...lepas setel minum petang, dari Umai d'Cafe, Putrajaya, kitorang (me & Masri) pun drive terus ke KL. Masri serahkan saja kunci keretanya padaku untuk ku bawa sesuka hati ke mana-mana. (Bawaaa...aku pergi...pacu laju-laju...kita lari dari realiti...) Pasrah betul dia. As usual, drive kereta Masri...Masri plak sibuk ber'wassap' dengan buah hati pengarang jantungnya. Biasalah...tengah hangat di alam percintaan. So, dalam tengah drive sambil berbual mesra dengan Masri yang ber'wassap' dengan aweknya tu, terus terfikir nak ke Wangsa Maju bila dah sampai trafik lite depan G-Tower kat Jalan Tun Razak.
Hujan renyai-renyai lagi time ni. Bila dah sampai Wangsa Maju, tanpa berputus-asa terus park kat depan kedai al-Ikhsan. Then, dengan tenangnya masuk al-Ikhsan kejap nak tengok2 baju and kasut jogging kat situ. Lepas tu, terus pulak bergerak (jalan kaki je) mencarik kedai makan yang sesuai dan berkenan di hati.
|
Roti Krup Krip??? |
|
kerang bakar, mee celup, mee colek suma ada... |
|
Satay.... |
Carik punya carik, tersua kedai ni: Restoran Patatimo (sebut betul-betul). Huk aloh deme...make kak sini aje lah...Masri ajak makan kat sini. Nama pun macam special. Ikutkan menu, selain makanan bergoreng dan nasi berlauk, of course ada makanan dari pantai timur macam nasi air, nasi kerabu, pok tek etc. Yelah, dah nama kedai pun Patatimo (Pantai Timur).
|
Walau perang dunia berlaku, Masri tetap tekun ber'wassap'..heheh |
|
Kepok... |
|
oit sedara...helo..helo... |
|
sup tulang temulang |
|
nasi goreng biasa je |
|
sup ayam |
Since tengah praktiskan diet tanpa nasik arini, just order sup ayam ajelah. Masri pulak order sup tulang dan nasi goreng biasa (sebab frust nasi goreng sotong takde sebab sotong dah habis. Huh???) Selain tu, order jugak kepok (keropok) so boleh kunyah-kunyah masa tunggu sup and nasi goreng sampai. Sedap kepok tu, ujar Masri sambil mengunyah laju. Pastu sambung wassapppp....hehehe...
|
bukti JJCM pernah mai sini |
Rasanya kedai ni specialty nya terletak pada makanan pantai timur. Nampaknya Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun dah sampai ke sini sebelum ni. (ada sign JJCM tergantung kat kaunter). My sup ayam was ok. Masri just komplen sup tulang tu harga RM8.00 tapi lebih banyak tulang dari dagingnya. (Hmmm...?)
|
Ayers Rock kt sebelah kedai.. |
Restoran ni terletak di belakang CIMB Bank, berhadapan Bank Islam dan disebelah Restoran Ayers Rock yang menjual makanan western.
So, sesapa suka nak pekena makanan pantai timur especially tetiba nak makan nasi kerabu memalam tu boleh la try datang ke sini and bagi komen sewajarnya.
Dan juga sesapa yang tau selok-belok kawasan ni dan boleh recommend kat mana kedai makan yang best even kedai tu sempoi malahan gerai kecik sekalipun, yang ada kat area ni pun dialu-alukan untuk berkongsi info sbb nak try nanti...
5 comments:
Adakah bile makan roti krup krip iteww akan menghasilkan bunyian "krup krip krup krip" bile di makan?. hihihi
Mungkin juga...tak sempat nak try masa tu...next time pegi boleh order and rakam bunyi masa makan...okeh??? hehe..
sila lah rakam dan haplod ke dalam ini belog untuk di jadikan bukti jika benar roti itu sudah di makan. hihihi.
ntah bila lagi la nak gi situ agaknya...kalau pergi nanti, konpem try...so, tungguuuu...
sementara tu boleh carik kedai lain yang ada bunyik pelik2 jugak...
Kimsalam kat Masri tu ye.. Ckp pa cikgu siti kimsalam..
Post a Comment