Sekarang nak ke Ipoh (Utara) dah mudah sebab ada perkhidmatan train intercity Electric Train Service (ETS) dari KL Sentral ke Ipoh dan Ipoh Ke KL Sentral. So kalau malas nak bawak kereta redah jem esp yang duduk area Ipoh tu boleh la try naik tren ni. Selesa jgk and tak bising mcm naik keretapi. Memandangkan kesemua koc masih baru dan berkeadaan baik, maka sesungguhnya perjalanan adalah selesa. Seating kena ikut no seat yang terpampang pada tiket. Kalau nk duduk merata pn boleh juga. Terpulang la pada kehendak dan kemahuan masing-masing. Cuma takut bila ada passenger yang naik dari steswn lain quiry plak seat dia. Kang tak pasal2 bole jadi persengketaan plak dlm tren.
Sepertimana kapal terbang, Pramugari juga disediakan utk ETS tapi tugas diorg hanyalah check tiket passenger. Hehe...
Ada 2 jenis kelas yakni:
Gold - tren ekspres dan berhenti di beberapa stesen sahaja. (Masa perjalanan 2 1/2 jam)
Silver - tren transit yang berhenti di semua stesen (tiket sedikit murah berbanding Gold). Perjalanan akan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke Ipoh berbanding kelas Gold.
Dalam tren ada disediakan power plug pada dinding (body) train (bawah seat) so boleh la nak charge phone atau guna laptop untuk hilangkan kebosanan. Tp tiap seat ada satu jek and yang duduk sebelah tingkap dpt kelebihan ni. So, kena bawak extension la kalau nak share dgn org sebelah. Bukankah tolong menolong budaya kita?
Koc terdiri daripada A sampai F. Kantin ada pada koc C so boleh pergi makan2 atau minum kalau twtiba rasa lapar or xsempat nk mkn sblm naik tren. Toilet pulak ada tersergam indah kt koc C & E.
Link jadual bagi perjalanan ke utara (Ipoh):
http://ktmintercity.com.my/images/image/jadual_tren/20121001_ets_schedule_DN.jpg
http://ktmintercity.com.my/images/image/jadual_tren/20121001_ets_schedule_DN.jpg
Link jadual bagi perjalanan dari Ipoh ke KL Sentral:
http://ktmintercity.com.my/images/image/jadual_tren/20121001_ets_schedule_DN.jpg
http://ktmintercity.com.my/images/image/jadual_tren/20121001_ets_schedule_DN.jpg
No comments:
Post a Comment