Wednesday, February 27, 2013

The Keretapi Sarong aka Hari Pakai Sarong


23 Februari 2013 (Sabtu) yang lepas, sama ada sedar ataupun tidak telah berlaku satu fenomena di mana kain sarung telah dipakai dengan berleluasanya oleh penumpang LRT, ERL, Komuter etc. Event yang dinamakan The Keretapi Sarong ni adalah unik dan dibuat seperti event di New York sebelum ini yang mana penumpang lrt disana menaiki lrt dengan hanya memakai spender atau seluar dalam bersempena 'satu hari tanpa seluar' (hanya memakai seluar dalam)

Memandangkan amatlah tidak sesuainya memakai seluar dalam dalam pengangkutan awam di Malaysia ni kerna dikhuatiri akan mendapat sambutan yang diluar jangkaan selain menyalahi tata susila tempatan, hari tanpa seluar tu sangatlah tidak boleh dibuat disini dan ditukar la kepada Hari Pakai Kain Sarong....

Comel-comel belako...
The Keretapi Sarong ini telah dianjurkan oleh RandomAlphabets (RA) menggunakan slogan ‘Every Sarong Has A Story. (So, apa cerita/kenangan korang dengan kain sarung sebelum ni?)

Pakai sarung reramai camni idok le segan...

Event ini juga mendapat perhatian warga US dan dikhabarkan akan turut diadakan untuk julung kalinya di tiga bandar raya utama Amerika Syarikat (AS) - Washington D.C, Boston dan Philadelphia. 

InsightPR, LLC, sebuah syarikat perhubungan awam yang ditubuhkan di Virginia oleh rakyat Malaysia, membuat hebahan melalui media sosial tentang pelancaran program itu di Washington DC, Boston, Philadelphia dan New York City.

Weewit....ada sesapa yang nyesal tak juin aritu??? Sila juin next event di tahun hadapan...

Alahai comelnya...(gambar cilok dari blog orang)
Anyway, rasanya ini memang satu event yang menarik. Mungkin jugak lepas ni boleh dianjurkan 'The Office Sarong' atau 'Satu Hari pakai Sarong kat Opis'....tengok cemana gaya orang bekerja, ke hulu ke hilir berjalan dalam opis pakai kain sarung...duduk dalam air-cond opis yang sejuk pakai kain sarung...pastu pergi meeting atau attend perhimpunan pakai kain sarung...keh keh keh...

(Sumber gambar: pelbagai sumber..just search guna Google image)

No comments: