Tuesday, February 26, 2013

Minum Petang di Umai d'Cafe, Lake Garden, Presint 2, Putrajaya

Dari arah Monumen boleh nampak cafe ni
Restoran Umai d'Cafe ni letaknya tak jauh dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi dan Monumen Alaf Baru (yang bentuk macam roket tu). Umai d'Cafe ni jugak menghadap tasik Putrajaya so it has a nice view for all the customers yang datang mengisi perut kat sini. 

the famous Cucur Udang
Dah 2-3 kali jugak la datang sini after my officemates cakap makanan kat sini sedap-sedap belaka. For today, I wanted to come here sebab terasa nak makan Cucur Udang. Cucur Udang kat sini pun boleh tahan sedapnya. (salah satu makanan yang jadi sebutan ramai) Selain kuah kacang, turut setia menemani cucur udang ni adalah sos cili yang dibuat khas. So, kalau tak minat makan dengan kuah kacang, boleh cicah dengan sos tu.

Selain tu, ada jugak makanan tradisional lain antaranya seperti lempeng pisang, lempeng kelapa, cucur kodok, bubur kacang, roti jala, pengat pisang, pengat pulut durian dan ubi kayu rebus. Cucur kodok atau cekodok pisang pun ramai yang kata sedap tapi tak sempat pulak nak order. No wonder nampak ramai yang makan cekodok tadi. 

During my 2nd visit, i ordered nasi goreng sardin..diorder bersama kangkung masak belacan & telur dadar.. 
Kat sini jugak memang banyak pilihan kalau nak makan makanan lain seperti nasi goreng yang pelbagai jenis (nasi goreng sardin ada jgk), mee..bihun..kueytiow..tomyam...sama jugak variety macam menu kat restoran lain. Selain local food, western food pun available. So, jangan risau...macam-macam ada. You name it, you got it. Cuma jangan la pulak order menu yang pelik-pelik. Just order pape makanan sepertimana termaktub dalam buku menu yang disediakan.

Pengat Pisang
So, selain cucur udang, i also ordered pengat pisang. Waited for almost 45 min until i got mine. Dunno what took so long to prepare it. For today, i came here with my friend, Masri...who i accidentally met while driving to this place. Dia pun baru balik dari kerja. Masa driving, turunkan tingkap, bagi sign 'minum' then he followed me there.

Orang tengah bercinta...macam ni lah...hehe...
He also ordered pengat pisang and he got his much more earlier than mine. Maybe few of the pelayan tu terlupa even i've reminded them more than 3 times. If lambat sket je lagi, memang dah kensel terus dah. Nasib baik sampai jugak and the pengat pisang still panas and pisangnya pulak manis. Baru siap masak agaknya. Licin terus semangkuk. Sebab sedap...

teh tarik = sedap lah
Selain makan, i also had 2 glasses of teh tarik here. Teh tarik kat sini pun best jugak...that's why tak cukup segelas. Gelas besar pulak tu. Minum time tengah panas memang lah terasa sangat nyaman. Kalau order satu jug pun takpe agaknya.

Usually memang ramai orang datang makan kat sini especially during lunch, selepas office hour untuk minum petang and for dinner. Overall, this is a nice place untuk makan-makan sambil berborak and enjoying view tasik. 

Alhamdulillah...nak abiskan pengat pisang yang baru sampai
Untuk datang ke sini, kena lalu Masjid Tuanku Mizan dulu then belok ke simpang kiri untuk masuk ke kawasan parking di sebelah cafe ni (sebelum Monumen Alaf Baru). Kalau nak berjalan dari arah monumen pun boleh jugak. Ikutlah mana yang sesuai dengan kehendak dan selera masing-masing. Tiada siapa yang akan menghalang.

monumen alaf baru
Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di waktu malam
Umai d'Cafe ni dibuka setiap hari dari pagi sehingga jam 12 malam. So, sesenang nanti jom lah lepak and makan kat sini....kalau bernasib baik, ada peluang terserempak dengan Tun Mahathir...boleh la belanja Tun minum/makan nanti...

2 comments:

...alynna said...
This comment has been removed by a blog administrator.
eezarm said...

alamak...sorry...terclick remove plak komen tadi...tak sengaja...

no worries...twmpat tu ada lagi kt situ...sempat lagi kalau nak makan kat sana dengan kengkawan.. ;)