Thursday, February 21, 2013

Day 3 (Part 1). Ekspedisi Gunung Kinabalu 2012 (13 - 17 Sept 2012) - (Climbing Time)

Day 3

Jam 7 pagi, van yang bertanggungjawab membawa kitorang pergi ke Pejabat Renjer di Timpohon pun sampai dan menjemput kami di depan Guard Post rumah Cik Sue. Lepas susun beg elok-elok, kitorang semua pun bergerak ke arah Kinabalu Park. (Excited betul semua orang time ni). Group kitorang ni jugak disertai dengan sweet couple iaitu Lin dan hubbynya. Diorang ni kawan Cik Sue and diorang nak juin naik Gunung Kinabalu ni as aktiviti sempena Anniversary diorang.

Dalam perjalanan tu, perut semua orang dah berbunyik-bunyik so nak tak nak van kena lah berhenti sekejap untuk memberi peluang kepada semua yang ada beli makanan untuk tujuan sarapan dan bukannya makan tengahari. Since tak cukup masa pagi ni, tak boleh nak lepak-lepak makan kat kedai. Beli bungkus je...cepat-cepat bungkus makanan yang berkenan pastu terus la makan dalam van. Kesian....At least, selain breakfast, sebelum mendaki ni kena makan something untuk alas perut dan bagi tenaga. 

Ms Rina & Cheryl menikmati hidangan sambil berbual2

I'm hungry too...
  
Mayna and Sue enjoying their meal


  


Dalam perjalanan tu, van sempat berhenti sekejap untuk memberi satu lagi peluang kepada semua orang yang dah kenyang breakfast untuk pergi melepaskan hajat (jika ada). (Rasanya driver tu nak berhenti smoking kot..tak pun dia dah pening bawak van tu sebab lalu jalan bengkang bengkok) Time ni, kitorang berhenti kat satu pekan kecik and ada hentian atau port dengan view berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Memang spot untuk orang berhenti and ambik gambar ni so apalagi....semua yang ada ni pun bergambar sakan la kat sini sebagai tanda kenang-kenangan. 




Di situ lah kami nak pergi...(ikut arah telunjuk Abg CC)
Yeay!



Awas. Gambar berikut merupakan Gambar Aksi Lompatan.

Ready untuk melompat? Aksi gambar lompat ini tidak menggunakan kamera DSLR tetapi hanya menggunakan kamera dari telefon Samsung Galaxy S3. (Tak larat la nak bawak kamera berat-berat naik gunung ni)
Ready? 1..2..3...lompat!


Lompat!









Landing time...


Selepas selesai sesi ambik gambar lompat-lompat ni, kitorang sambung perjalanan. Sebelum naik, kena register dulu kat Ranger Office kat Kinabalu Park tu. Lupa nak bagitau. For this trip, semua akan naik trek dari Mesilau dan bukannya Timpohon. Trek Mesilau ni agak panjang sikit and akan ambik extra 2 jam perjalanan berbanding trek dari Timpohon. Nak ke Mesilau ni pulak, kena naik balik van dari Kinabalu Park untuk perjalanan selama 45 minit untuk sampai ke Mesilau. 

So, sapa-sapa nak naik gunung Kinabalu ni ada 2 pilihan. Timpohon (kat Kinabalu Park tu) atau Mesilau. I've tried trek Timpohon so this is my 1st time naik ikut Mesilau. Most of them yang 1st time dalam trip kali ni terus merasa naik ikut Mesilau. Kedua-dua terk ni takde la terus sampai ke puncak Kinabalu. Both will meet up at one point then jadi satu trek heading to Laban Rata where semua akan berehat kat situ ikut hostel masing-masing. Kitorang sumanya akan stay kat Gunting Lagadan Hut, atas sikit dari restoran kat Laban rata tu.

  

The Gurls...yang kat depan tu Lin...

The Gurls...Cheryl mana?


Gunung yang akan ditakluki

Mayna & Sue

Sejukkk...kat kaki gunung pun dah sejuk sakan...

Wajah-wajah mereka yang excited nak naik gunung Kinabalu
   

Abg CC yang gagah perkasa sedang beraksi


Sedikit Lagenda Tendang Gunung Kinabalu (Sumber: Wikipedia)



Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang danRanau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.
Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.
Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", yakni "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.
Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, Etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.
Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.
Diatas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi, kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka mandi-manda, disini juga tempat dimana segelintir dari mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.
Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap disana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

No comments: