Satu artikel berhubung salah silat batin yang telah diharamkan di Malaysia. Silat Nasrul Haq ini diharamkan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 iaitu pada April 1978. Pada ketika ini dikatakan silat ini telah mempunyai bilangan pengikut yang agak ramai.
"Salah satu seni mempertahankan diri atau silat yang telah diharamkan oleh JAKIM iaitu Nasrul Haq. Nasrul Haq diharamkan atas alasan ianya bukanlah dari ajaran Islam. Penulis bukan mempersoalkan kenapa ia diharamkan, tetapi mengikut pandangan otai-otai atau orang lama dalam silat ini mereka masih tertanya-tanya kenapa ia diharamkan pada masa tersebut.
Antara persoalan yang timbul adalah silat ini tidak melakukan perkara-perkara yang jelas mencarik adat atau luar biasa seperti berjalan di atas bara api, kebolehan untuk makan kaca, ditetak dengan parang tapi tidak lut, ditanam hidup-hidup tapi tidak mati dan lain-lain. Ironinya silat-silat lain yang jelas terdapat perkara-perkara tersebut tidak pula diharamkan walaupun jelas ianya bukan dari ajaran Islam.
Ada di antara orang-orang lama pada masa tersebut juga berpendapat mungkin ia diharamkan oleh sebab-sebab seperti tekanan pihak tertentu? Ada juga yang berpendapat atas faktor politik kerana pada masa silat ini diperkenalkan setiap hari ahli yang mendaftar adalah lebih kurang 2 ribu orang. Bayangkan pengaruh yang diperolehi oleh guru kepada silat ini. Salah seorang Guru Utama silat ini pula adalah menteri Belia dan Sukan pada ketika itu, iaitu Y.B Tan Sri Haji Abdul Samad Idris. Faktor lain seperti pembawaan segelintir ahli yang belajar silat ini yang menyimpang atau menyalahgunakan silat ini juga tidak dapat dinafikan seperti beribadat hanya untuk mencari hebat.
Berkenaan dengan ancaman komunis pula, ayah penulis merupakan salah seorang ahli pasukan keselamatan yang banyak bercerita mengenai kelebihan silat tersebut. Seingat penulis salah satu baiah atau sumpah ahli silat ini adalah “ Demi Allah, saya bersumpah, bahawa saya, akan ikut mempertahankan Negara ini, dari ancaman komunis dan golongan anti Islam”.
Sayangnya, penulis tidak dapat belajar silat ini daripada ayah penulis kerana pada masa itu penulis masih bersekolah dan ayah penulis juga sering masuk hutan untuk operasi melawan pihak komunis. Salah seorang kenalan penulis iaitu Haji Husin iatu seorang anggota polis hutan yang bertugas pada tahun 80an dulu juga banyak bercerita mengenai keberkesanan silat ini semasa beliau menjalankan tugas semasa darurat dulu. Beliau juga merupakan salah seorang jurulatih silat ini.
Sekali lagi penulis menegaskan, penulis bukan mempersoalkan kenapa silat ini diharamkan. Tapi sekiranya bekas komunis atau ejen komunis yang ada di Negara kita mengatakan mereka berjasa kerana membebaskan negara ini dari penjajah, maka penulis juga berhak menyatakan bahawa silat ini juga berjasa di dalam melawan keganasan pengganas komunis di zaman darurat dahulu.
Berikut adalah jurus atau langkah-langkah yang terdapat di dalam Silat Nasrul Haq seingat penulis:
1. Kepal
2. Sogok Terlentang
3. Sogok Tertangkup
4. Siku Dua
5. Sogok Bawah Terlentang
6. Sogok Bawah Tertangkup
7. Setir/ Sogok Satu
8. Kewal Tahan
9. Lewatan
10. Tendet/ Cincang
11. Siku Satu
12. Giles perut
13. Pites/ Tekan
14. Kendor
15. Buka Sogok
16. Sogok Atas Bawah
17. Seperempat Alif @ Ibu Jurus
Wallahu A’lam…"
Pengasas Nasrul Haq
1. Tan Sri Haji Abdul Samad Idris (Khalifah Nasrul Haq Malaysia)
2. Tuan Haji Johannes Choeldi (Khalifah Nasrul Haq)
3. Prof Muchtar Lintang (Penasihat)
(Sumber: blog http://gerakhalilintar.blogspot.com)
4 comments:
assalamualaikum. perkongsian y sangat baik..kasih. izinkan saya berkongsi.sperti yg pernah disebut oleh arwah guru saya encik Hamzah sungai panjng sabak bernam1989. nasrulhaq diharamkan sebb tekanan politik. ramai kafir cina komunis tak boleh lawan ahli nasrul haq. nasrul haq yg sebenar dia tak boleh dipertunjukkan atau dicuba2. kalau untuk dicuba2 atau tunjuk memangtak menjai sebab bukan pada tujuannya. tapi kalau untuk mempertahankan diri dari musuh zahir mahupn musuh yg guna silat batin baru ia berkesan. menurut arwah guru saya kalau yg boleh dipertunjukkan itu bukan nasrulhaq yg betol2 asli. w.alam.
Laju je kerajaan haramkan.. yg parti2 politik kapir terang2 menentang & menghina agama Islam, xde pulak kau nk haramkan?? Mcm celaka perangai.. Negara Islam tapi ikut telunjuk si kapir laknat.. rasuah, judi dgn arak berleluasa, ape kerajaan buat?? Ape tindakan si JAKIM? Diam sorok telor dua biji bwh katil ke? Termasuk la puak2 pak lebai yg konon bawak pemerintahan cara Islam..puihhh korg sama je..smua makan duit..mata dah kelabu dgn wang, serban tah kemana, jubah pun entah ke mana
Atok ak dlu slh sorg Ada dlm 13mei tu. Alhamdulillah smpai skrg masih segar dlm diri... akan ku turunkan pada keturunan ku..
nak belajar boleh?
Post a Comment